MAJLIS AKIKAH DAN CUKUR JAMBUL
SOPHEA ADRIANA BINTI SHAH ESKANDA :D
20 APRIL 2013
MELAKA
alhamdulillah..
sehari sebelom masuk keje aritu kami buat majlis kecil2an cukur jambul dan akikah sophea kat melaka :)
seua berjalan lancar..atok nenek mak cik pak cik seua turun dari KL ke Melaka..:)
seronok sgt dpt berkumpul beramai2 kat kampong..
lg seronok bile majlis ni kami semua gotong royong dengan orang kampong ..:). masak@ semua kat umah..pasang khemah..potong kambing..sembelih kambing semua baut kat umah..alhamdulillah selesai da majlis anak kecil kami nie..lega bile semua da berjalan lancar tau :)
Kegembiraan menyambut bayi dalam kalangan orang Melayu lazimnya akan diikuti dengan jemputan kepada keluarga, sahabat dan jiran tetangga untuk kenduri sempena majlis bercukur jambul.
Pada kebiasaan juga ibadah akikah akan diadakan sekali, dua ekor kambing untuk anak lelaki atau seekor kambing untuk anak perempuan akan disembelih dan dagingnya diagihkan, sebahagiannya dimasak untuk menjamu tetamu.
Kenduri akan disempurnakan dengan bacaan doa selamat. Kebiasaannya majlis cukur jambul ini meriah kerana ketika itulah bayi diperkenal kepada kebanyakan adik-beradik, saudara mara, rakan dan tetamu.