Buat SuAmI..

When we first met, I fell in love with you. I knew right then you were the only one for me. As time goes by, our love grows stronger still. You're the most amazing man I ever knew. The place I want to be is close to you. There’s ecstasy and peace in your embrace. I know that I can cope with what life brings as long as I wake up to see your face.Thank you my treasured and cherished love. Your loving and caring have made our marriage a blissful adventure of two! Thanks Love.

together forever til jannah

Daisypath Anniversary tickers

♥SoPhea AdriANNa♥

Lilypie Third Birthday tickers

♥sOpHEA aLEESya♥

Lilypie Second Birthday tickers
bila tiada yang baik untuk diucapkan.
maka diamlah.
itu lebih baik dari bicara yang sia-sia.

sama seperti berbicara,
bila tiada yang bermanfaat dan berfaedah untuk ditulis dan dikongsikan,
maka diamkanlah jemarimu.
sepi dari catatan.
itu lebih baik daripada menulis perkara yang sia-sia.

Thursday, December 11, 2008

kEhIdUpan bUKANnYA sILAP MAta


Dia sebenarnya merasakan betapa bosannya kehidupan ini andai pencarian jawapan atau sesuatu persoalan tidak mendapat jawapan yang dinanti atau diharap, dan terasa sangat diri seperti manusia paling malang dan duka.

Apakah daya yang mampu dia lakukan andai banyak persoalan tidak menemukan jawapan dan dia terus terkontang-kontang dalam ketidakpastian, bagaikan teraba-raba mencari kepastian.

Tentunya, dia merasakan betapa teruknya kehidupan sedemikian, seolah-olah diri manusia tidak berguna, sering tersasar atau tersesat dan tercari-cari dalam ketidaktentuan.

Dia sudah puas mengeluh dan merintih, dan merasakan kekecewaan bagaikan suatu yang amat sebati dalam kehidupan, dan amat menakutkan dirinya untuk menyamakan kegagalan dengan diri bagaikan irama dan lagu, suatu gandingan yang tidak boleh dipisah, gandingan yang tidak mungkin tercerai.

Pelik, fikirnya apabila mempunyai tanggapan atau ketakutan sebegitu, seolah-olah segalanya seperti suatu kengerian, suatu ketakutan yang menjelma, misalnya pada suatu malam yang amat gelap dan sunyi, jauh daripada manusia lain dan kemudiannya terjelma, dalam tiba-tiba suatu bunyi yang asing, dan mungkin pelik yang begitu mudah menyentuh deria.

Bukankah itu wajah ketakutan yang bisa sahaja mencemaskan sesiapa sahaja, bisa sahaja mencetuskan suatu ketakutan yang amat dahsyat, misalnya, boleh menyebabkan seseorang hilang pertimbangan, hilang kewarasan dan melakukan perkara yang tidak terduga.

Barangkali dia boleh mengharapkan keajaiban berlaku pada ketika ini, itu sekadar harapan berlakunya suatu yang bersifat magis atau seperti suatu permainan silap mata, yang begitu licik memanipulasi indera penglihatan seseorang, sedangkan, itu merupakan suatu bentuk penipuan yang diterima, dan semuanya disebabkan bahawa penipuan itu sebenar suatu hiburan, suatu yang dilakukan untuk memberikan rasa gembira dan seronok pada orang lain tanpa mempeduli apakah muslihat di sebaliknya.

Tidak, dia menyedari kehidupannya bukan silap mata, biarpun tidak untuk menghibur orang lain, bahawa hidupnya memerlukan tindakan atau langkah tertentu misalnya untuk membebaskan diri daripada segala kekusutan yang semakin tegar, semakin tebal untuk dikikis atau dibersih.

Bahawa ini sebenarnya daki kehidupan yang tidak pernah dapat diselongkar oleh manusia tentang kewujudan dan kejadian, sama ada menjadi nanah atau barah, atau menjadi apa juga ciri fizikal suatu penyakit, atau ia diterima dengan baik sebagai suatu misteri kehidupan.

“Aku,” katanya kepada seorang teman, “amat patah hati, bukan sekadar kecewa sahaja mengenai segala yang menimpa diri, dan merasakan, betapa malangnya hidup ini. Mungkin menjadi suatu yang tidak tertanggung”.

Dan kemudian dia menyatakan dengan suatu nada sedih bahawa sebenarnya dia beranggapan dirinya amat malang, amat derita dengan kehidupan yang dilalui dan tidak dapat membezakan, apakah ia berpunca daripada tindakan dan pilihan, atau manusia tidak pernah mahu menyenangkan manusia lain, sering melihat segala yang ada dalam hidup ini sebagai persaingan, dan persaingan juga harus diberikan penjelasan, ia suatu pertentangan dan permusuhan secara langsung.

Barangkali, fikirnya, ini soal pilihan dan kesilapan sendiri, bahawa peranan setiap orang tetapi ada dalam apa juga situasi, sama ada dilakukan secara sedar atau tidak, dalam kawalan atau di luar kawalan.

Sebab itu berlakunya keadaan yang tidak menyenangkan dirinya, keadaan yang dalam banyak masa tidak memihak kepada dirinya, menjadikan dirinya sebagai banduan dan tahanan yang perlu diikat dengan segala peraturan dan kawalan.

Lalu dia mempersoalkan perkara ini, bahawa dirinya manusia merdeka, manusia bebas yang berhak ke atas diri dan perbuatan dan bukankah segala perlakuan dan perbuatannya kelak yang dipertanggungjawabkan secara penuh kepada dirinya.

Ia tidak akan membabitkan orang lain atau sesiapa sahaja, dan sekiranya berlaku perkara sedemikian, ia tidak patut dipersalahkan terhadap dirinya, bahawa itu juga pilihan dan tindakan masing-masing.

Dia menegaskan, segala perlakuan dan keputusan merupakan dorongan dan kemahuannya sendiri, segala keputusan dibuat atas pertimbangan diri sendiri, jika pun dia tidak bertanya atau meminta pandangan sesiapa, ia tidak boleh dianggap sebagai kesalahan.

Kini dia merasakan sudah sampai masanya dia mahu bebas daripada sesiapa sahaja yang mahu memperkatakan tentang dirinya, atau membuat kesimpulan-kesimpulan yang tidak lebih daripada kepalsuan dan pendustaan, tidak lebih daripada serangan yang terlalu bersifat peribadi dan tidak mempunyai sebarang asas atau sesuatu yang dikatakan sebagai mempunyai integriti.

Selama ini dia merasakan banyak perkara dalam hidupnya terpaksa dikawal, dan dia memilih laluan hidup secara lebih berhati-hati dan meyakini pada setiap gerakan atau tingkah akan ada mata yang memerhati daripada setiap penjuru yang tidak memungkin dia bebas berbuat apa sahaja, hatta untuk kebaikan dan kebajikan sesama manusia.

Kadang-kadang pun dia dapat merasakan betapa gawatnya hidup, betapa gawatnya keadaan yang diharungi, betapa sebenarnya dia berdepan dengan beribu-ribu kesukaran dan kepayahan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran.

Itu pun bukan bermakna dia sebelum ini mengambil mudah atas sesuatu perkara dan persoalan, melainkan merasakan bahawa dia seharusnya membuat keputusan dan memilih melakukan sesuatu mengikut pertimbangan dan kewajaran.

Bukankah dia sudah memberi pertimbangan yang amat mendalam dalam setiap tingkah dan perlakuan, dan kenapa perlu ada yang mahu mempertikai, atau dalam erti kata sebenar mahu menjadikannya sebagai topik untuk mengata dan melemparkan pelbagai kata-kata bernada kecaman.

Lantas dia sering bertanya kepada dirinya, apakah dia telah melakukan sesuatu yang tepat atau sebenarnya tertipu oleh bayangan sedang hakikatnya membuat kesilapan atau komplot dan mungkin konspirasi dengan tujuan amat jahat.

Tidak, dia tidak seperti itu, tidak seperti yang dibayang oleh tanggapan dan fikiran juga kecelaruannya, cuma kecelaruan dan rusuh dalam hidupnya telah mengorbankan dirinya, menjatuhkan nilai kesabaran dan kewarasan dalam dirinya, dan sering beranggapan dan percaya, semua yang terjadi dalam hidupnya tidak lebih daripada suatu yang negatif, tidak benar, tidak tepat dan tidak betul.

Dan kemudian dia mengingatkan kembali dirinya, bahawa dia ada tanggungjawab dalam hidup, melakukan kebaikan dan berbuat baik, tidak menaruh curiga atau syak kepada sesiapa andai tidak mengetahui atau memahami secara mendalam suatu perkara, persoalan, atau seseorang itu.

Kemudian, selepas dia mewaraskan fikiran dan mempercayai segala kebaikan yang dilakukan, fikirannya kembali menyoal apakah dia melakukan sesuatu yang tidak benar dan tidak baik juga.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَ‌جِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا