Malangnya apabila kita ada nama dan hebat, janganlah pula sampai memperkuda kuasa untuk menindas dan menjatihkan warga manusia kecil yang kerdil. Mentang-mentang kuasa ada di tangan seolah-olah kita maharaja yang paling agung dengan segala titah dan perintah.
Ingatlah asalnya pun manusia kecil juga, mengapakah harus bangga dengan gelaran dan nama yang dipinjam Sang Dewata buat semnetara. Itukan sebuah anugerah sementara dalam hidup ini. Jangan sekali-kali menyalahgunakan kuasa dan nama yang ada lalu menginjak-injak manusia kecil lain.
Memang kita layak mengeluarkan kata-kata najis dan hanyir kepada manusia kecil kerana kita besar, tetapi ingat impaknya dalam hidup kita semakin meloya dan semakin membusuk jadinya. Kita hanya dihormati sementara ada pangkat dan kuasa, tetapi bila itu terlucut nanti silap-silap kita akan dilayan tidak ubah seperti anjing kurap atau najis jalanan yang tidak akan dipandang.
Jadi kepada yang berkuasa, janganlah hanya sebagai tukang lancar dan menyampaikan ucapan berapi-api dan mendayu-dayu, hakikatnya hambar sedangkan diri kita sendiri tidak seperti yang diperkatakan, mungkin itu adalah hipoklrit yang paling besar dalam hidup ini alias penipu yang hebat di abad ini. Usahlah bercakap tentang agama dan ketuhanan, itu di luar pengetahuan ini.
Saya dalam melayari hidup ini seringkali terjumpa, bila manusia yang dulunya orang kecil tetapi kini apabila menjadi besar, sombong dan egonya bukan main. Tidak payahlah hendak sebut siapa dia. Cukuplah saya tulis catatan ini sebagai pedoman saya dan sesiapa yang membaca ruangan ini agar sedar dan kembali ke akar diri. Kita sebagai manusia, maka tunjukkanlah sifat "kemanusiaan" itu terpancar dan terpercik dari kita, bukanlah api amarah atau pemberontakkan yang kejam dengan tindakan dan kata-kata menghina, menghiris melukai kalbu, lidah yang bercabang, hala tuju tidak menentu, keputusan yang tidak tekal dan berserabut, arahan yang tidak konkrit dan lebih banyak ucap tama yang menekan golongan bawah dengan kertas kerja, konsep, perkongsian pintar, tetapi di peringkatnya sendiri, sekeping kertas konsep pun tiada waktu mesyuarat, hanya pandai membidas dan mencari kesilapan dan kesalahan orang bawahan, tidak pernha betul dari kiri ke kanan, kemudian dari atas ke bawah lalau dari depan ke belakang, jauh lagi mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih malah dihina dan dikeji pula dengan kata-kata sadis dan menyakitkan. Perit dan nyilu rasanya, bila kita mendengar pidato yang penuh dengan ejekan kata-kata hanyir yang mengalir di lautan api neraka yang dikcipta oleh sang syaitan.
sedarlah sikit diri tu siapa???
cuba dengar lagu putihnya lukisan dari meet uncle husin. sesuai sangat dengan perwatakan manusia besar yang memperkecilkan manusia kecil. aduh. dunia hari ini.
ReplyDelete..bagus artikel ni..aku cuma nak pesan kt sorg pmpuan tu kalo dia baca la kan..kalo setakat pengalaman baru setahun jagung jadi LOYAR BURUK dia tu..gi mampus la kan..aku keje ngan REAL LAWYER yg dah bertahun pengalaman tak der pun sekeret sepoyo nak mampus cam LOYAR sekor tu...
ReplyDelete..gud jobs babe with the article..
..tkper la ni masa dia naik, kita tgk sket brapa tahun dia nak tahan ngan keje LOYAR dia yg kononnya abes bagus tu...
BEAUTIFUL DISASTER:
ReplyDeletebeautiful disaster:
ReplyDeleteu are beautiful babes..;)
i will isten to the song..
keje kat mana sis?
biler due date ni..;)
aidan:
u know me..;)
thanks babe...
don worry we know everything...;)