Doa Akhir Tahun:
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Berikutan kalendar Islam bermula pada 1 Muharam menyebabkan ia turut dikenali sebagai Awal Muharam, tetapi paling penting ia mengingatkan umat Islam kepada peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad saw dari Makkah ke Madinah.
Perlu diingatkan, Muharam bukan sekadar bulan bagi permulaan tahun dalam kalendar Islam, sebaliknya termasuk dalam kumpulan empat bulan paling diberkati dan dimuliakan Allah SWT.
Firman Allah dalam surah at-Taubat ayat 36 bermaksud: "Sesungguhnya bilangan pada sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah pada waktu Dia mencipta langit dan bumi, di antaranya empat bulan adalah 'haram' (iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab)."
Haram dalam bahasa Arab bererti dihormati dalam segala aspek iaitu bulan yang mengikut riwayat sahih ialah Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab. Bukan bermakna bulan lain tidak baik, tetapi keberkatan Allah turun pada empat bulan itu.
Muharam penuh dengan peristiwa dalam sejarah tamadun Islam. Selama 30 hari itu penuh dengan pelbagai keistimewaan. Teristimewa adalah 10 hari pertama. Banyak peristiwa berlaku sejak zaman berzaman dalam sejarah Muharam yang dikenali dengan nama Asyura.Beberapa perkara penting berlaku pada Muharam mengikut pandangan cendekiawan ilmu dalam Islam, termasuk bulan ini Allah mencipta syurga dan bumi, menyelamatkan nabi daripada kezaliman musuh dan mencipta Nabi Adam.
Pada hari Asyura iaitu pada hari 10 Muharam pula bahtera Nabi Nuh diselamatkan di Gunung Judi, Nabi Ibrahim daripada api Namrud dan Nabi Musa daripada Firaun dengan hari kiamat
PADA zaman Rasulullah saw ada seorang Yahudi menuduh seorang Muslim rnencuri juga akan berlaku pada hari Asyura.Asyura adalah hari paling mulia di dalam Muharam sebagaimana sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, "Apabila Nabiberhijrah ke Madinah, orang Yahudi di Madinah berpuasa pada 10 Muharam dan mereka mengatakan pada hari itulah Nabi Musa diselamatkan daripada kezaliman Firaun. Nabi Musa diselamatkan bersama sahabat baginda, tetapi Firaun dan askarnya lemas dalam sungai. Itu sebabnya kami berpuasa pada hari Asyura.
"Apabila baginda mendengar penjelasan mereka, baginda kemudian berkata dengan bangga bahawa kami paling berhak dan paling dekat kepada Nabi Musa lebih daripada kamu sekelian dalam semua aspek. Maka Rasulullah menyuruh umat Islam berpuasa pada hari Asyura." (Hadis riwayat Abu Daud)
Ganjaran pahala
Selain berpuasa, umat Islam digalak melakukan pelbagai perkara sunat kerana Allah menjanjikan ganjaran pahala besar bagi yang mengamalkannya pada hari penuh berkat itu.
Mengikut ulama besar, Syeikh Abdul Rahman Asyfuri, 14 perkara sunat diamalkan pada hari Asyura (10 Muharam). Antaranya:
Puasa sunat hari Asyura. Allah menjanjikan pahala laksana 1,000 kali haji, seribu umrah, seribu syahid dan diharamkan daripada neraka.
Menjamu orang berbuka puasa. Allah memberi pahala, seperti member! sekalian umat Islam berbuka puasa.
Sembahyang sunat empat rakaat. Niatnya "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah, baca surah Qul-huwallah 11 kali. Allah akan mengampunkan dosanya, walaupun berlarutan 50 tahun melaku-kannya.
Membaca Qulhuwallah 1,000 kali. Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat di akhirat.
Mandi sunat. Niatnya "Sahaja aku mandi sunat Asyura kerana Allah Taala." Allah memberi kesihatan yang baik dan tidak sakit berat, pada tahun itu.
Memakai celak. Allah menjauhkan daripada sakit mata pada tahun itu.
Memelihara kehormatan diri. Allah mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
Bersedekah. Allah menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti hingga ia mati dan diberi pahala seperti bersedekah kepada fakir miskin di dunia ini.
Menyapu kepala anak yatim. Allah mengurniakan sepohon di syurga bagi setiap helai rambut yang disapunya.
Menunjukkan orang sesat ke jalan benar. Allah memenuhkan cahaya iman dalam hati-nya.
Menahan marah. Allah memasukkannya ke dalam golongan orang yang reda.
Memuliakan fakir miskin. Allah memuliakan-nya dalam kubur.
Melapangkan belanja anak isteri. Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun itu.
Membaca surah al-Infithaar. Jika seseorang yang ditimpa musibah seperti demam membacanya ketika mandi, Insya-Allah akan sembuh.
Firman Allah Taala;
" قل إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين"
Persoalan yang sedang difikirkan, bagaimana ingin memastikan kehidupan ini dilakukan kerana Allah? Hakikat yang sedang saya fikirkan. Ada masa saya akan cuba menulis dalam ruangan ini mengenainya.
PADA DIA YANG MENGATAKAN TUJUAN SAYA MENUNAIKAN UMRAH ADALAH KERANA UNTUK MENUNJUK-NUNJUK..ALHAMDULILLAH SEBAB DOA AKU KHAS BUAT KAMU DI SANA NANTI INSYAALLAH..BUAT DIA YANG HATINYA SEBUSUK SAMPAH YG MENGINGATKAN AKU "SUPAYA JGN BERLAGAK SEBAGAI MUSLIMAH SEJATI"..ALHAMDULILLAH..SEMOGA DOA AKU BUAT ENGKAU MANUSIA YG LUPA DIRI INI DITERIMA DI SISI ALLAH..PADA DIA YANG MENYALAK SEPERTI ANJING KEPANASAN DI SINI HARI INI..ALHAMDULILLAH ALLAH DA BUKA KAN MATA AKU UNTUK MELIHAT SIAPA KAMU YG DARI DAHULU MEMANG BEGITU SIFATNYA..YANG MASIH TIADA KESEDARAN TENTANG HATI DAN BUSUK PERIBADI.. ALHAMDULILLAH.. SYUKUR ATAS KATA2 NISTA DAN PENUH HASAD DENGKI YANG ENGKAU TUTURKAN BUAT AKU..BUAT ENGKAU YANG MENABURKAN FITNAH BAHAWA AKU MENIRU TENTANG KAMU..MERAMPAS HAK KAMU..AMIN AKU DOAKAN SEMOGA KAU KETEMU BAHAGIA MU YG PENUH PURA2 DAN DOAKU DI MAKBULKAN DI SANA..DAN DI SINI AKU TUTURKAN BAHAWA AKU NOOR SAFINEE HALALKAN SEGALA TUTUR KATA..HASAD DENGKI DAN IRI HATI ENGKAU YG BARANGKALI SAKIT HATI DENGAN KEBAHAGIAAN YANG AKU MILIKI BERKAT DARI KESABARAN AKU MELIHAT ENGKAU BERMAIN LIDAH SELAMA7 TAHUN INI..KAU BUKA LAA PINTU HATI MANUSIA YG PENUH HASAD DENGKI INI WAHAI TUHANKU..YG HATINYE TELAH HITAM DENGAN DUSTA DAN NISTA..AMIN..
Sekali lagi, saya memohon jutaan kemaafan kepada semua sahabat sekiranya saya ada melakukan kesilapan tanpa saya sedari. Memohon maaf di dunia sebelum Allah Taala menjemput untuk bertemunya. Entah, sampai bila saya mampu bertahan di dunia yang sementara ini.
Menyesal di dunia sempat bertaubat, menyesal di akhirat tiada gunanya. Semoga sahabat-sahabat sudi memberi kemaafan dan semoga Allah Taala mengampunkan dosa yang saya lakukan kepadaNya. Doakan saya ‘ بظهر الغيب ’ supaya saya di redhai olehNya.
Wallahuaa’lam.
TQ ninie.. kongsi banyak info pasal Muharram!!
ReplyDeleteSelamat tahu baru!
salam maal hijrah ye ninie..
ReplyDeletesemoga tahun baru ini bakal memberi seribu makna dalam kehidupan kita semua.. hee~
salam maal hijrah sis
ReplyDeletesalam maal hijrah sis
ReplyDelete