Buat SuAmI..

When we first met, I fell in love with you. I knew right then you were the only one for me. As time goes by, our love grows stronger still. You're the most amazing man I ever knew. The place I want to be is close to you. There’s ecstasy and peace in your embrace. I know that I can cope with what life brings as long as I wake up to see your face.Thank you my treasured and cherished love. Your loving and caring have made our marriage a blissful adventure of two! Thanks Love.

together forever til jannah

Daisypath Anniversary tickers

♥SoPhea AdriANNa♥

Lilypie Third Birthday tickers

♥sOpHEA aLEESya♥

Lilypie Second Birthday tickers
bila tiada yang baik untuk diucapkan.
maka diamlah.
itu lebih baik dari bicara yang sia-sia.

sama seperti berbicara,
bila tiada yang bermanfaat dan berfaedah untuk ditulis dan dikongsikan,
maka diamkanlah jemarimu.
sepi dari catatan.
itu lebih baik daripada menulis perkara yang sia-sia.

Monday, June 27, 2011

hUbbY & wIfEy SunDAy pLanNinG..;D

hello hello...;)
da pukul 3..bape jam je laie mau pulang nie..
arini parents in law dtg umah..
mlm ni mereka tido umah..yeah yeah ada kawan..;p

yeahhh wifey mulakan sunday mowning dengan mengemas umah dan cuci baju since petang semalam kak long n da kids datang umah..;)..so kena laa settle2kan hal umah kan..;p

buat kan hubby keshayangan bekfest sambil2 cik abe tu masih lg tarik selimut kan?..;)
buat sambal ikan bilis dengan ubi rebus plus teh o..fuhhh terbaek..hehehe

settle sume hubby bangun bersiap dan makan sama..:)
terus kami kuar g beli barang2 dapur kat tesco..da ujung bulan kan...hehehe


balik dari tesco layan PS3 sama hubby
almaklum laa cik abg baru angkat game skate baru dia..;)
seronok kemain x sabar nak balik umah layan game baru...


lepak2 laa laki bini main ps3 sambil makan nugget..;)
ari minggu berehat2 begini memang terbaek!!
hahaha..



dlm pukul 3 kak long sampai umah..sambung laa maen game plak dengan abg ipar n akid..:)

yang hana plak sesi melukis dan mewarna sama auntie finee dia nie..;D
si kecik ni stay umah kami ptg semalam..


teringat janji acu nak bw mereka jalan2 klcc..:)

terus mandikan dan siapkan mereka then kami ke klcc

hubby park at bangsar then bw da kids naek lrt train.

excited kemain budak dua orang nie..bising kemain mulut bertanya itu ini..:)






ujan lebat di KLCC..

alhamdulillah ari pon x panas..;)

bw mereka masuk kedai buku...

nampak buku mcm nampak hantu dua2

melekat terus kat situ membelek2 buku masing2..:)

big daddy ku bw anak buah jenjalan..;D

terserlah kebapaan cik hubby..hehehe..

i liiiiiiiiiiikeeee...;D



x bleh berenggang kalau da jumpe acunyer..:)

pegang tangan sentiasa..;D

hehehe



p/s:

WILL BE OFF TO KUCHING, SARAWAK

FOR 5 DAYS TOMORROWWWWWWWWWWWWWWWW..

wehuuuuuuuuuuuuuuuu

Acu & Auntie FINee wEEkeNDS wiF da KidS..;D

assalamualaikuom..:)

selamat pg sumer...alhamdulillah

arini ujan kan?dari jam 3 pg ujan kat umah ninie sapai laa nak g keje td..

siapkan cik abe..:)..hot milo for breakfast..;p..sejuk2 kena air panas best!!


hhehe

oo yaa..dis is about our weekends..:)

weekend yg full n best wif fam..

lagi2 wif all dis active kids..anak 2 buah nie laa penyeri kan..:)


full saturday..;)

dari pagi sampai ke mlm..

"her name is HANNAH..;D"

"she is 4 years old"

hehehe..adorable gurl of kak long..;p


last sabtu HER BOOK 1 CONVOCATION..;P

book 1 tu ape ek??she is the YAMAHA class student..

she played piano so well...sgt teruja okeh bile lihat si kecil ini bermain piano..:)

superb!!..if i had one..;)

acu n abang, hannah lil brother akid..:)

acu siap belikan anak buah balloon lg..sempaena konvo laa katekan..;p

heehhe..siap janji nak bw g klcc lagi..;D yeahhh..auntie pon suke juge..hahaha


acu n mummy..they are sister n brother's.:)

kakak sulong hubby..so kak long shaye off course..;p

well uncle & auntie..

let's hear hannah play..;D





BOOK 1 STUDENT..;D

n she's n kenji's is da youngest among them..:)



at home...bersiap2 nak g konvo..acu n auntie finee lepak umah kak long dat saturday..:)
tolong mummy siapkan chicken pie nak bw to hannah konsert..;)..da bersiap lawa2 dah dia...:)..


sabtu tu sume in laws shaye ada kat umah kak long..makan2 laksa sarawak kat sana..:)

ni hubby ngan abg ngah..;D..arkitek dia..memang x lari laa kalau da jumpe lego kan??

nama pon arkitek..so bab seni bina ni dlm tangan je laa kan..:)

aksi bapak2 budak..heheheh

bkn bebudak yang main lego..baba ayah n acu yang beria2 main lego sampai ke petang..:)

seronok lepak ramai2 ngan in lawas nie tau..anak2 buah lgi riuh rendah..;)

mama ayah pon ada sama...;D





sambil makan layan AVATAR dulu..:)



then tolong kak long masak2 kat dapur..

we baked chicken pie dat day...;D






ni acu..auntie finee n yaya..:)

gurl kak chik hubby...pagi sabtu tu kami ke sg merap..g umah kak chik lepak2 before ke umah kak long..:)..ehhehe..


pegi laa melayan si kecik dua orang ni main kaler2 kan..

yaya & jaja..;D

aleh2 nak ikut plak si kakak ke uamh kak long..sebelom2 ni tobat dia xkan ikut punyer naek keta kalau xde uminya..dis time mau plak..:)





so ini laa acu & auntie finee punyer plan last saturday..:)..habiskan masa dengan in laws n da kids..;D..riuh rendah weekend shaye..seronokkkkkkkkkkkkkkkkkk giler!!

Friday, June 24, 2011

kERNA dIRIMu BeGiTu BerhArgA..;D

Wanita.....
Dahulu dirimu tiada nilainya,
Kau ditanam jika rupamu tidak rupawan,
Kau dibesarkan jika memiliki raut wajah kecantikan
Sebagai pemuas nafsu dan barang dagangan
ketika kau dewasa kelak.....

Wanita.....
Diangkat martabatmu ke tahap tertinggi
Selepas Islam tersebar
Dipertahankan hakmu dan Islam membelamu
Dari terus dirosakkan oleh lelaki yang bertuhankan nafsu

Wanita.....
Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah
Kau dijamin memasuki syurga terlebih dahulu sebelum suamimu,
Telah dijanjikan nikmat-nikmat yang baik untukmu
Kerana kau menjaga kesucian dan harga dirimu
Dan juga cintamu pada Tuhan-Mu

Wanita.....
Kau memiliki kelembutan
kelembutanmu mampu menggoncang dunia
Kelembutanmu mampu mencairkan dan mendamaikan para lelaki
Seperti mana damainya Firaun tatkala ditenangkan oleh Asiah
Ketika Musa ingin dibunuh olehnya(Firaun)

Wanita.....
Kau tahu dirimu begitu berharga
Kau tahu dirimu begitu bernilai
Kau juga tahu kesucianmu begitu berharga

TETAPI.....

Mengapa kau berikan mahkotamu bukan pada suamimu
Mengapa kau rela menggadaikan maruahmu kerana wang ringgit?

Adakah kau lupa?
Wanita adalah yang terbanyak sekali menghuni Neraka Allah!

Adakah kau lupa?
Janji ALLAH itu pasti ...

Wanita.....
Mengapa kau berasa takut dan malu
Selepas nafsumu dipenuhi
Mengapa baru terbit sifat malumu
Ketika kau mendapati dirimu telah hamil
Hasil perbuatan kejimu
dan kemudiannya kau mengambil jalan pintas
Menggugurkan kandunganmu,
membunuh anakmu,
membuang bayi kecilmu yang tidak mengerti apa-apa
walaupun zahirnya anak itu adalah hasil di luar pernikahan

namun...

Ingatlah
Setiap anak yang lahir di dunia ini fitrahnya adalah suci,
Ibarat kain putih yang bersih,
Ibu bapalah yang akan mencorak anak itu

Tetapi....
Hakikatnya,
Kau membuang zuriatmu,
Zuriatmu yang akan mendoakan kesejahteraanmu
ketika kau hidup, dan ketika kau sudah tiada,
Kau membuang zuriatmu di tempat-tempat yang merbahaya,
Menjadi santapan kepada haiwan-haiwan liar
yang sentiasa berkeliaran di mana-mana,

Wanita.....
Sedarlah.....
Sedarlah dari mimpi-mimpi yang tidak pasti,
Jangan kau biarkan dirimu disentuh oleh kumbang-kumbang larangan
Yang hanya ingin menghirup madumu,
Dan meninggalkanmu selepas ia merasa puas

Wanita....
Ingatlah dirimu begitu berharga
Biarlah kau dikatakan sombong
Asalkan kau tahu mana baik dan buruknya
Demi menjaga maruah dirimu
Jangan sekali kau serahkan jiwa dan ragamu
kepada kekasihmu....
kerana belum tentu ia akan menjadi suamimu....

Wanita....
Ingatlah sang lelaki amat bijak bermain kata-kata
Mereka amat bijak dalam tipu daya
Mereka akan berusaha mencapai apa yang mereka hajati
Sehingga mereka jemu dengan apa yang telah mereka rasai

Wanita.....
Tidakkah kau sedar semua ini
Mengapa kau masih bergembira dengan kekasihmu
Tidakkah kau sedar,
Dirimu sentiasa dalam pengawasan Tuhan-Mu?

Wanita.....
Sedarlah
Jangan kau mengikut jejak Jahiliyah
Hargailah dirimu yang tinggi d sisi islam
Hargailah mahkotamu yang sangat berharga
Insaflah dengan perbuatan silammu
masih belum terlambat untuk segalanya
Kerana TuhanMu itu Maha Pengampun, Lagi Maha Mengasihani'

Wanita....
Labuhkanlah cintamu kepada Tuhan-Mu
kerna Tuhan-Mu akan lebih mencintaimu
dan Dia akan memberi kepadamu cinta yang sebenar.....

Wanita....
Hiasilah dirimu dan Jagalah peribadimu
Semoga dirimu berjaya menjadi wanita yang solehah
dan disayangi oleh Tuhan-Mu

p/s:
Beberapa hari sebelum ini, saya terbaca sebuah blog. Apa yang ditulisnya sangat menusuk hati. Teguran ditujukan kepada mereka yang mempunyai blog, yang mungkin sudah merasa puas dapat melakar sebuah hikmah di jari-jari dan dikongsikan di blog masing-masing, namun adakah yang ditulis itu sudah benar-benar diinsafi diri sendiri?

Mungkin sahaja bagi pembaca, mereka berkata "Ah, kau hanya pandai berkata-kata, tapi perangai sama sahaja."

Sejauh mana yang menulis itu sendiri memahami dan menginsafi apa yang dituliskan? Serajin-rajin kita memberi nasihat dan teguran kepada orang lain, seberapa banyak pula dosa-dosa diri sendiri ditangisi dan diperbaiki serta diinsafi?

Teguran yang mungkin tidak dikhususkan kepada sesiapa, namun banyak iktibarnya.


"Wahai orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan."

(Surah as-Saff: Ayat 2-3)


alhamdulillah

ku temui ketenangan dlm kemaafan..;D

memaafkan tu lebih mulia kan?


will be our for GLC's OPEN DAY harini till 7.30pm..:)

mau g luch ngan buddy NADIA FADZIANTY n JUE n IMA..yeahh

Wednesday, June 22, 2011

tenkiu hubby..;D

tenkiu for dis hubby,

tiada kata seindah bahasa..

mekaseh sayang!!!


lurv,

ur wifey

Tuesday, June 21, 2011

SELAMAT HARI LAHIR PUAN NINIE..;D

Alhamdulillah
Ya ALLAH, panjangkanlah usiaku,
agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya.
Ya ALLAH, tambahkanlah amalan ku di saat bertambah usiaku,
Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar menyinari jalanku,
Rehatku adalah rantaian zikir,
Rantai yang ku kalungkan pada leherku,
Sebagai tanda cintaku pada Mu,
Ya ALLAH, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,
Mencari haruman Syurga ciptaanMu,
Tempat rehat dan nikmmat abadi…….



ABOUT JUN BABY


Berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan kerana sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap, perangai idea @ mood, idea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dengan segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah & cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih & cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, mudah menjadi eksekutif, suka kepada barang yang berjenama, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.


P/S:

TERIMA KASIH BUAT HUBBY FOR DA LOVELY BESDAY PRESENT DIS YEAR..

HE'S DA GREATEST GIFT EVER FROM ALLAH SWT FOR ME IN THIS WORLD..

TENKIU FOR UR LOVE..FOR UR KINDNESS..FOR UR GENEROSITY..MY DEAR HUBBY


TENKIU FOR LOVING ME IN UR LIFE

TENKIU FOR TAKING ME AS UR WIFE SAYANG..;D

I LOVE YOU..


TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS KASIH DAN NYAWA YANG KAU BERIKAN PADA KU HARI INI..KAU PANJANGKAN UMURKU..KAU KURNIAKAN AKU SAHABAT2 YANG SEJATI..KELUARGA YANG BAHAGIA DAN DI LINDUNGI


RUMAHTANGGA YANG AMAN DAN SEMPURNA..

ALHAMDULILLAH YA ALLAH ATAS KURNIAAN REZEKI INI

AMIN

Monday, June 20, 2011

SEPeTANg DI PAsar SeNI..;D

salam,

salam buat suamiku..

salam buat keluargaku..

salam buat para sahabatku..

salam buat warga kuala lumpur..


da senin..;p

ari baru bakal bermula hari ini..

dan aku rasa jiwa aku juga bakal melayari ari baru saat warkah ini aku coretkan..

sebahagian dari jiwa kali ini..

sendirian seharian di rumah pg semalam sementelah encik suami pergi bekerja membanting tulang empat keratnyer..;)..seprti di hembus nafas baru..seperti lahirnya anak dari perut ibunya..aku merasakan aku di beri nafas baru di bumi allah ini..

semalam juga..seperti ada nya suara..cahaya dan hembusan di tiup kedalm jiwa..meresapi segenap tulang empat keratku..setiap halusnya urat2 nadiku..aku bagai terima satu perkhabaran..keindahan utusan tuhan..alhamdulillah..


kata hubby "i look different from his eyes.."from the man dat sleep besides me..teman sebantal kate orang"..even he can feel it in a glance..syukur..aku masih mahu di kelilingi mereka yang aku sayang..mereka2 yang pernah rapat dahulu..


kerna DAHULU ITU DAHULU..SESUATU YANG TIDAK MUNGKIN AKN DPT AKU LUPAKAN ATAU AKU HINDARKAN MASA KINI..


memori tetap memori..abadikan is sebagai satu kenangan yang abadi..untuk simpanan hari tua atau bakal cerita pada anak2 di hari depan barangkali..;)..memori itu indah..juga ada yang tidak kurang sakitnya bukan..


aku cuma manusia..kalian juga.

yang xkan lepas dari ujian dan kepahitan idop sebagai manusia..

dugaan dan cabaran itu mendewasakan bukan..??

mana mungkin hidup bahagia tercipta sekiranya bukan pengalaman lalu yang memberi pengajaran..alhamdulillah aku temui kalam allah itu sebelom segalanya menjadi kelat atau terlambat kan..


semalam,

kami ke sana..

ke tempat bermula nya sejarah..

suka duka dan cinta..


segalanya semakin berubah..segalanya semakin ceria di sana..

liku2 idop kami byk bermula di sana..tempat berchinta masakan kt akan lupa bukan..
tempat susah senang..tempat pertemuan..tempat tangisan...jua di sana letaknya..;)


"SENGAJA"


maaf hubby..memang sengaja sha minta di bawa ke sana semalam..

petang semalam..menyusuri ari2 lepas kami di sana..di tempat pertemuan kami..

tempat ketika cinta mula bersemi..mengenal manusia ..mengenal jiwa seorang lelaki..


tempat di mana angan2 bermula..kasih bercambah..jiwa merasa terisi..

tempat di mana ketibaannya ku nanti..kehadirannya ku igini..

segalanya semakin berubah di sana...:)

berubah seperti mana kau dan aku

dari mereka2 yang hanya mahu mengenal erti kasih dan cinta

kepada suami dan isteri yang di satukan allah swt..


alhamdulillah..
orang kate susah senang tanggung bersama..

yaa kini aku punya kamu untuk berkongsi semua itu..

untuk menjaga dan di jaga..


untuk mencinta dan di cintai..;D

kami melusuri ari2 bahagia disana

tempat yg mengajar segala erti dan perasaan..

x percaya..berpijak di sana mengukir senyum yang sampai ke telinga..;)


kini tiada lagi MCDONALDS

tiada lagi game shop..

tiada lagi kedai akuarium di belakang pintu keluar..

tiada lagi kedai mamak tempat menghilangkan dahaga di tekak..:)



aku rindu saat itu..

serius aku rindu 9 tahun yang lalu..

bergelak tawa..bergurau senda..pantang weekend..pantang pulang dari kampus..


di situ tpt pertemuan dan perpisahan kami..

menyusuri sungai klang..ke lrt yg akan membawa ku pulang tanpa senyuman di bibir..

hanya lambaian tangan dari dia yang bergelar kekasih..

meninggalkan gurlfren yang nak balik kampus untuk studi..;)


hehehe...menulis begini juga buat aku terseyum sumbing sendiri..:)

kalau dulu..tiap kali ke PASAR SENI


mesti lepak kat luar tu..berdepan mcd..

kate hubby semalam.."da xde da tpt i lepak2 tunggu b..;)"

segalanya makin membangun di kuala lumpur

seiring pembesaran dan ketabahan hati kami..:)

semakin indah dan semakin bercambah..


alhamdulillah..
mungkin kuala lumpur kami berbeza dengan kuala lumpur hari ini..;)

yaa itu laa yang akan kami ceritakan pada anak cucu dan generasi akan dtg kami..


SEGALANYA BERMULA DI PASAR SENI

tempat jalanan yang memberi pengajaran dan erti kehidupan padaku dia dan kamu..;)

alhamdulillah..

MAAF SEKALI LAGI HUBBY

KERNA PINTA MEMBAWA DIRI INI KE SANA

TERAKHIR KALI INGIN KU HAYATI ERTI MASA LAMPAU DAN MELANGKAH KE MASA DEPAN BERSAMA KAMU SUAMI KU..



p/s:
“Distance never seperates two hearts that really care, for our memories span the miles and in seconds we are there. But whenever I start feeling sad cuz I miss you I remind myself how lucky I am to have someone so special to miss.”
♥♥♥

Friday, June 17, 2011

~~BABy AmaR zIyYAd~~

You're so clear and unclear,
I often wonder if you can hear.
You're so tiny, so small,
And yet you're loved by all.

I can't wait to hold your hand
And take you to the beach and play in the sand.
To hear your first cry,
And sing you a lullaby.

To hold you in my arms,
And shield you from all harm.





To love you no matter what,
To place a band-aid on your first cut.
To see your eyes and hair,
And touch your skin so fair.

To love you for you,
and you love me for me,




MAKan mAKan DAn MAKaN ye..;D

salam jumaat semua..;)

jap je da jumaat lg nih...

best..hehehehe..

ari yang penuh barakah dan penuh rezeki juga kan..

sape x suke jumaat penghuku segala hari ni kan??

:)..thanks to officemate sbb open table buat kami..ehhehe


asek makan je laa..

pipi da naek nie..hehehe

seb baek ada gym coach aka mr.hubby at home..;D
kena laa wat SIT UP everyday..


balik mesti masak..but NO NASI ek..

hubby suke mam tau foo lembut..n sup sayur..

sayur menu wajib ari2..;D


kamu suke makan ape??
arini lunch hour mau ke Bukit Jalil
visit officemate baru bersalin..;)
x sabar mau cium bb RAYYAN..;p

heappy weekend babes..;)

Thursday, June 16, 2011

~~AKu taK bIAsa~~

Aku tak biasa, bila tiada kau di sisiku
Aku tak biasa, bila ku tak mendengar suaramu
Aku tak biasa, bila tak memeluk dirimu
Aku tak biasa, bila ku tidur tanpa belaianmu
Aku tak biasa, aku tak biasa

Ya, Gadis itu!
Tidak takut kehilangan cinta
Biar pelbagai ujian melanda
Lelaki itu perlukan masa
Buat keputusan terbaik
Pilihan terbaik

Calon ibu buat zuriatnya!
Penyeri dunia itulah temannya!
Di Syurga itulah bidadarinya!
Membuat lelaki segan dengannya
Menyedar mereka memainkan peranan

Bahawa wanita bukan mainan
Tetapi mutiara itulah nilaian
Ya, mujahidah itu..
menghitung diri
memuhasabah langkahnya
katanya dia, masih banyak kurangnya!


Rabiatul Adawiyah itulah idolanya
Sumayyah itulah obornya
Khawlah itulah kecemburuannya
‘Atikah itulah kekagumannya
Nusaybah itulah pahlawannya
Fatimah itulah teladannya
Aishah itulah buktinya
Khadijah itulah kebanggaannya


Ya! Ingin jadi Wanita Solehah!
Itu mimpinya di malam hari
Itu angannya di siang hari
Itu bicaranya sehari-hari
Menjadi isteri sentiasa berbakti
Kepada suami bakal berbudi
Pilihan Allah akan terbukti
Ia janji yang sudah pasti!


Bersinar wajahnya terang hatinya..
Pada insan mantap bicaranya
Kepada Allah mengadu hinanya
Di sisi malaikat didoakan bahagia
Tidak dia rasa kekurangan
Sedangkan cukup adanya Tuhan
Tidak dia sepi sendirian
Sedangkan sentiasa bertemankan Tuhan

Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar dibezakan

Dialah wanita harapan Tuhan
Kebanggaan umat zaman berzaman
Menjadi gadis sudah fitrahnya
Menjadi pilihan bukan pintanya
Sebagai penyeri itulah hakikatnya
Menjadi khalifah itulah tugasnya

Membuat silap bukan sekali
Namun mengalah tidak sekali
Menjadi seorang mukminat sejati
Itulah usahanya tiap hari

Mujahidahku..
Tetaplah dirimu teguh di medan

Menjadi bidadari sudah impian
Tetap menjejak penuh harapan
Cinta Allah dalam keredhaan
Moga beroleh Syurga idaman
Aamiin.


YA ALLAH PENCIPTA LANGIT DAN BUMI

DENGARI LAH DOA HAMBAMU INI

SEANDAINYA TERPISAH NYAWA DARI JASADKU HARI INI

KAU PELIHARALAH SUAMI KU..KELUARGAKU..SANAK SAUDARAKU DAN SAHABAT2KU.


REDHAI LAA DAKU HAMBAMU

TERIMALAH DAKU DI SYURGAMU

PERMUDAHKANLAH URUSAN DUNIA DAN AKHIRATKU


AMBILLAH NYAWAKU SEBELUM KAU AMBIL NYAWA SUAMIKU

SESUNGGUHNYA AKU TIDAK AKAN PERNAH BIASA SEANDAINYA KAU AMBIL NYAWANYA DAHULU YA TUHANKU..LINDUNGI LAH SETIAP LANGKAH SUAMIKU..LINDUNGI LAH SETIAP PERJALANAN SUAMIKU..SETIAP PERBUATAN DAN SETIAP TINGKAH LAKUNYA..


DENGARILAH DOA ISTERI INI BUAT SUAMINYA YANG DI ICNTAI..

KAU KABULKANLAH DOA2 PARA ISTERI DI BUMI MU INI YA ALLAH KERNA SESUNGGUHNYA KU TAHU MEREKA JUA SEPERTI KU..


AMIN.

Tuesday, June 14, 2011

MeREka KAta


Mereka kata wanita itu
perhiasan dunia
maka jadilah perhiasan yang benar-benar berharga dan berguna
jangan hanya cantik diluar tetapi buruk didalam

Mereka kata wanita itu
ibarat epal
maka jadilah epal yang tinggi kedudukan nya
bukan yang berguguran ditanah
yang mudah dimiliki oleh sesiapa

Mereka kata wanita itu persis mawar
maka jadilah mawar yang mekar mengharumi
bukan yang layu sebelum kembangnya

Mereka kata wanita itu persis mutiara di dasar laut dalam
maka jadilah mutiara yang benar-benar berharga
sesungguhnya hanya yang mampu membeli mutiara
bisa memilikinya

Mereka kata wanita itu ibarat permata
maka jadilah permata yang tulen
bukan kaca mudah dilihat di mana-mana
sesungguhnya kerdipan permata dan kaca itu hampir sama
hanya yang benar-benar bijaksana
yang tidak tersalah memilihnya

~~dETiK tEraKhiR iTu~~

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin aku beritahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Ibu bapa yang begitu sempurna..
Dengan cinta yang begitu mekar..
Aku dibesarkan dengan limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu aku katakan..
Saat Allah memilih mu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dengan sayang yang begitu indah..

Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka waktu itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dengan keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kau pun bukanlah lelaki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Kerana kelak kita akan bersatu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi ‘kita’..

Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dengan ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yang mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahawa kau pun telah menempa dirimu dengan ilmuNya..
Maka genggam tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah padaNya ta’ala..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah..
Tetapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah. .
Tenangkan aku dengan genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dengan bijak dan hikmah..
Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai pelindungku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata – kata mu adalah titah untukku,
Selama tidak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah pelindung yang indah, yang kukuh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..

Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yang dirindukan syurga..
Yang dadanya akan diisi dengan amanah-amanah dakwah,
Yang roh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..


Dan ku yakin dari tanganmu yang penuh berkat, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yang penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..

Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke SyurgaNya..
Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku..


p/s:
SALAM TAKZIAH BUAT BLOGGER SYAKIELA ATAS PEMERGIAN SUAMI TERCHINTA


HADIAHKAN AL-FATIHAH BUAT ARWAH YE SAYANG..JGN DI SELAMI DGN AIR MATA..REDHAKAN PEMERGIANNYA KERNA ITU TERTULIS DALAM KALAM ALLAH SWT..BYKKAN BERDOA..JD WANITA SETABAH KEKASIH2 ALLAH..MASIH ADA MEREKA2 YG MEMERLUKAN KAMU..



SALAM TAKZIAH DARI AKAK NINIE & SUAMI


Detik akhir itu
Sebelum kau pergi
Pintu cintamu
Tetap terbuka luas
Mengundangku masuk
Dengan ikhlas
Seada – adanya.

Detik akhir itu
Sebelum kau pergi
Kau hadiahkan senyum manis
“Akulah isterimu Dunia dan Akhirat..”
Disusuli “Laa Illaha Illallah..”
Dengan lembut kugenggam jemarimu
“Kaulah isteriku Dunia dan Akhirat..”
Kelu..diam,bisu,terhenti
Kau telah pergi..

Detik akhir itu
Jasad dinginmu ku kucup
Ada sendu yang dalam
Mengoncang seluruh perkasa
Seorang lelaki
Meruntuh tegap sasa
Seorang suami

Detik akhir itu
Perjalanan jasadmu
Dipulangkan
Mengapankan segala
Jadi milik peribadi
Jadi milik sejarah

Terima kasih..
Segala cinta yang diberi
Terima kasih..
Menyayangi setulus hati
Terima kasih..
Curah bakti seorang suri.

Mudah- mudahan
Syurga menjemputmu
Masuk seluas – luasnya
Di mana – mana pintu.

Monday, June 13, 2011

EnGAgemENt AdIk peremPuaN shAYe..;D

cOnGratUlaTioNs To My SIsTER

"SeLAMaT beRTuNANg ANgaH"

;D

~~110611~~
hAnTARaN fRoM hEr To HiM..;D

9 BeRBAlaS 8 DuLAnG







SaMA MAcaM masA maJLis bERtUNaNg NInie & hUbbY dOLu2..ANgah pOn naEK sekalI NI je HANtaraN so MASa NIkah X PERLu Lg NAK bw2 hanTAraN bagAi DA kan..:)








maMA N aYAH palInG bz haRi Tu..seBuk DArI paGI sAMpaI Laa ke MaLAM selepas MAJlIS..

pAGi SABtU tU kamI ke PAsar TanI belI bRg2 Tuk JAMu TETaMU YANg haDIr..MasAk NAsi AYAm lAA..KuiH mUIh..pUDIng rOtI FOR desserT..


maCAM2 ada..yanG mak CIK2 pAk CIk2 BAwaKAN LAgi..segaLA mAcaM JuadaH aDA.. AL-mAKluM Laa ANak pOMpUan BoNGsu PunYER MajLIS kan..pasnI tINggal ADIk LELAKi ninie je lA LAGI..;D



pas aNgah da sIAP2..Juz Nak TuNggU kelUArgA bLAH LAKi JE SamPAI NIE..:).



hER BEST fReNZ!! sItI..;P



BakAL mAK MerTua DIa..;)

















cIncInG Di sArUng oLEH IBu SI LELakI..;D















BAraNG2 hantARaN mereka..:)

COMEL2 BELAKA sUmernYER..:)


aBanG iPAR SELAku KAmeraMAN hAri Tu..:)

TENkIu sAyanG!!



lHAMdUlILLAh SemUAnya BERJalan denGAN laNCAr..;D..tO mY dEAR sisTER..selAMAt MENjadI tUnaNgan oraNG YE!!..daN SELAmaT menjALAnI keHidupan SEBagaI tUNanGAN ORAnG denGAN jAYaNyer..HEHEHehH...


TAHNIAH DARI


ALONG & ABANG LONG..;D

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَ‌جِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا