Buat SuAmI..

When we first met, I fell in love with you. I knew right then you were the only one for me. As time goes by, our love grows stronger still. You're the most amazing man I ever knew. The place I want to be is close to you. There’s ecstasy and peace in your embrace. I know that I can cope with what life brings as long as I wake up to see your face.Thank you my treasured and cherished love. Your loving and caring have made our marriage a blissful adventure of two! Thanks Love.

together forever til jannah

Daisypath Anniversary tickers

♥SoPhea AdriANNa♥

Lilypie Third Birthday tickers

♥sOpHEA aLEESya♥

Lilypie Second Birthday tickers
bila tiada yang baik untuk diucapkan.
maka diamlah.
itu lebih baik dari bicara yang sia-sia.

sama seperti berbicara,
bila tiada yang bermanfaat dan berfaedah untuk ditulis dan dikongsikan,
maka diamkanlah jemarimu.
sepi dari catatan.
itu lebih baik daripada menulis perkara yang sia-sia.

Monday, April 29, 2013

Majlis Akikah dan Cukur Jambul Sophea Adrianna

 MAJLIS AKIKAH DAN CUKUR JAMBUL
SOPHEA ADRIANA BINTI SHAH ESKANDA :D
20 APRIL 2013
MELAKA


alhamdulillah..
sehari sebelom masuk keje aritu kami buat majlis kecil2an cukur jambul dan akikah sophea kat melaka :)
seua berjalan lancar..atok nenek mak cik pak cik seua turun dari KL ke Melaka..:)
seronok sgt dpt berkumpul beramai2 kat kampong..

lg seronok bile majlis ni kami semua gotong royong dengan orang kampong ..:). masak@ semua kat umah..pasang khemah..potong kambing..sembelih kambing semua baut kat umah..alhamdulillah selesai da majlis anak kecil kami nie..lega bile semua da berjalan lancar tau :)


Kegembiraan menyambut bayi dalam kalangan orang Melayu lazimnya akan diikuti dengan jemputan kepada keluarga, sahabat dan jiran tetangga untuk kenduri sempena majlis bercukur jambul.
Pada kebiasaan juga ibadah akikah akan diadakan sekali, dua ekor kambing untuk anak lelaki atau seekor kambing untuk anak perempuan akan disembelih dan dagingnya diagihkan, sebahagiannya dimasak untuk menjamu tetamu.

Kenduri akan disempurnakan dengan bacaan doa selamat. Kebiasaannya majlis cukur jambul ini meriah kerana ketika itulah bayi diperkenal kepada kebanyakan adik-beradik, saudara mara, rakan dan tetamu.
Bayi akan dipakaikan baju cantik dan diletakkan di atas tilam kecil atau di dalam buaian yang dihias indah.
Kelengkapan untuk bercukur jambul disediakan di atas dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih/gunting.

Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya diganti dengan air bersih biasa. Biasanya badan kelapa akan dihias dengan melilitkan rantai, riben atau kain.


Ketika adat bercukur jambul, bayi akan didukung bapa atau datuknya sambil hadirin berdiri mengeliling ruang tamu, berselawat dan berzanji.
Bayi yang didukung ditepung tawar serta ditabur beras kunyit dan bertih oleh hadirin secara bergilir-gilir dan kemudian menggunting sedikit rambut bayi itu untuk dimasukkan ke dalam kelapa berisi air.

Bilangan orang yang menggunting rambut bayi biasanya dalam angka ganjil. Ia dilakukan secara bergilir juga, selepas selesai tetamu lelaki, pihak wanita pula mengambil alih.
Menggunting itu hanya syarat kerana selepas itu kepala bayi akan dicukur sepenuhnya oleh bidan, bapa bayi atau sesiapa sahaja, biasanya selepas majlis selesai.

Kesemua rambut yang dicukur akan dimasukkan bersama rambut yang digunting di dalam kelapa berhias itu. Kelapa berisi rambut itu digalakkan ditanam di halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati usia kelahiran anak itu kelak.

 puteri kecik papa pon baek sgt x nanges sepanjang majlis sebab dia tdo heheheh
baek btol anak mama ni tau..:)..x meragam ape semua sbb majlis buat lepas maghrib da tyme tdo dia kan
aleh@ abes majlis berendoi ape bagai baru di abgn hihihi..lega rasa hahaha..

pastu baru laa siap dia di gomol sedara mara n papa raging amek gambar :)



rasa seronok sangat bile majlis ni semua kami usahakan sendiri..:)
puas hati dan alhamdulillah je yg dpt kami ucapkan sepanjang majlis berlangsung :)
puas hati mama dpt siapkan goodie beg..bunga telur..buaian berendoi sophea ni sendiri..:)




Sebelum majlis bercukur jambul bermula, ibadah akikah dilakukan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Orang Islam yang berkemampuan disunatkan menyembelih ternakan seperti kambing, lembu atau kerbau sebagai akikah anak yang baru lahir.
Antara hikmah akikah adalah sebagai permulaan kebajikan dan kebaikan bagi pihak bayi berkenaan.
Kepentingan adat seperti ini boleh menjadi teras kepada pembentukan identiti dan keperibadian bangsa. Adat yang berpandukan amalan dalam Islam juga sesuatu yang dibanggakan.

"Kita sering terlupa untuk memberi perhatian kepada makna yang tersirat di sebalik sesuatu adat atau ibadah itu. Makna itulah yang seharusnya dicungkil dan nilai murninya ditonjolkan kepada anak-anak muda,"
Majlis bercukur jambul tidak seharusnya dilihat sebagai tradisi semata-mata, tetapi simbol yang amat bermakna. Makanan yang dimasak khusus untuk dihidangkan kepada tetamu menunjukkan kesejahteraan yang mahu dikongsi bersama.


 siap ada roti canai stall lagi kat umah atok untuk para tetamu dari minum petang sampai laa ke malam tu :)
300 keping roti canai untuk para tamu..:)

papa siapkan khemah..da mcm orang kawen da tetamu yg dtg.rezeki sophea ramai tetamu dtg meriahkan majlis malam tu :) suke sgt kami..:)



 paling best bile buaian berendoi ni sgt laaaaaaaaaa comel tau :)
mekaseh pada kak suci yg dtg dr kl ptg tu siapkan pelamin buaian sophea :)
tema pinky2 laa sebab gegurl kan heheheh...


alhamdulillah..
selesai majlis kami berdua
bersyuur sgt atas rezeki yang allah beri untuk kami kongsi bersama nie :)
alhamdulillah kan papa..ini laa pertama kali dlm idop kami berdua buat kenduri besar mcm ni :)
selalu attend kenduri orang je kan papa ;D
alhamdulillah

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَ‌جِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا