Buat SuAmI..
When we first met, I fell in love with you. I knew right then you were the only one for me. As time goes by, our love grows stronger still. You're the most amazing man I ever knew. The place I want to be is close to you. There’s ecstasy and peace in your embrace. I know that I can cope with what life brings as long as I wake up to see your face.Thank you my treasured and cherished love. Your loving and caring have made our marriage a blissful adventure of two! Thanks Love.
bila tiada yang baik untuk diucapkan.
maka diamlah.
itu lebih baik dari bicara yang sia-sia.
sama seperti berbicara,
bila tiada yang bermanfaat dan berfaedah untuk ditulis dan dikongsikan,
maka diamkanlah jemarimu.
sepi dari catatan.
itu lebih baik daripada menulis perkara yang sia-sia.
maka diamlah.
itu lebih baik dari bicara yang sia-sia.
sama seperti berbicara,
bila tiada yang bermanfaat dan berfaedah untuk ditulis dan dikongsikan,
maka diamkanlah jemarimu.
sepi dari catatan.
itu lebih baik daripada menulis perkara yang sia-sia.
Wednesday, July 16, 2008
bErIta bUAT teMAn
salam....
Hidup perlu realistik, hakikat yang dia pelajari. Suatu keadaan hidup yang berbeza berbanding sebelum menjejak kaki keluar dari tanah leluhur dulu, tatkala membawa misi peribadi dan keluarga untuk menyambung pelajaran
Mengungkit
Ya, mereka tidak berkata apa-apa pun mengenainya, tidak pernah mengungkit perihal harapan hidup terhadapnya yang sudah lama berakhir, bahawa perubahan dalam hidupnya merupakan kebaikan kepada mereka.
Jika hidup ini suatu buku cerita, kini dia pulang untuk mengulang buku cerita itu dari huruf ke huruf, dari kata ke kata, dari ayat ke ayat dan menyusur setiap halaman demi halaman.
Ketetapan alam sememang sudah tersedia, hutan dan cerun, payah dan daratan yang terbentang di depan mata, sememangnya kewujudan yang tersedia untuk diteroka, kehidupan yang bagaikan kertas putih untuk diukir dan dicorak mengikut bijaksana sebagai manusia
Sekilas ikan di dalam air, tidak terlalu sukar untuk menduga niat terkandung pada hasrat untuk berbakti, dan anak-anak tanah leluhur tiba-tiba kehidupan mereka mendapat ancaman baru, bagaikan suatu kedatangan kuasa luar mahu menjarah dan memusnahkan hidup mereka.
Suatu ancaman yang benar yang mereka sendiri tidak pasti apakah ia ancaman dalam erti kata sebenar, atau mereka sekadar membuat falasi dengan pelbagai debat tentang kemungkinan dan hukum sebab akibat.
Keributan tiba-tiba berlaku, bahawa suatu kepulangan yang dipandang dingin dan sepi hakikatnya mencetuskan suatu kegemparan yang bagaikan gempa kecil, cukup untuk mencetuskan gelombang resah, bagaikan seseorang duduk di atas suatu punca bahang panas.
Mereka sebelum ini tidak pernah memandang serius atau mahu mempeduli kepulangan dia sebelum ini, melainkan bahawa kepulangannya tidak lebih setinggi terbang bangau yang kemudiannya akan hinggap di belakang kerbau, atau umpama seekor seluang yang sudah puas menempuh kehidupan di semua lubuk dan air cetek, pada akhir kembali ke lubuk asal.
Dia merasakan, anak-anak leluhur telah menanamkan suatu dogma ketakutan dalam diri masing-masing tentang orang sepertinya dianggap sudah mempunyai set perlakuan atau tindakan tertentu, suatu rasa percaya yang terlalu mudah dan mungkin amat klise.
Maka sebab itu dia menyoal kembali, jika dia melakukan suatu kesalahan, atau dosa sekali pun, ia tidak menjejaskan orang lain di kampung halaman, dia akan menanggung kesalahan dengan penuh akur dan rasa tanggungjawab, atau dihukum atas perlakuan berdosanya.
“Mereka tidak perlu bimbang,” katanya, dan menambah, mereka perlu menikmati hidup ini dengan sebaik-baiknya dan bukan menanam rasa gundah dan resah dalam hati dan hidup masing-masing, sesuatu yang baginya nyata sia-sia.
Bukankah kemasyarakatan mereka diasaskan secara unik oleh sistem kehidupan dengan nilai dan kepercayaan sendiri, yang bersifat khusus dan tertentu, dan kepulangannya lebih merupakan kemasukan suatu anasir dengan sifat tersendiri.
biarlah kebaikan dengan halanya sendiri dan membuktikan nilai sebenar kebaikan melalui setiap perlakuan dan perbuatan, bahawa setiap yang baik akan terserlah pada akhirnya.
Kebaikan kadang-kadang merupakan kilauan permata yang tersembunyi dan papa suatu ketika nanti, kecantikannya pasti ditemui, lalu ketika itu akan dihargai dan menjadi begitu amat berharga.
Katanya, tidak dia mengingini kehidupan ini jika semata-mata untuk mementingkan diri sendiri, melupakan keluarga, saudara-mara dan sahabat-handai dan kemasyarakatan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.