Buat SuAmI..
When we first met, I fell in love with you. I knew right then you were the only one for me. As time goes by, our love grows stronger still. You're the most amazing man I ever knew. The place I want to be is close to you. There’s ecstasy and peace in your embrace. I know that I can cope with what life brings as long as I wake up to see your face.Thank you my treasured and cherished love. Your loving and caring have made our marriage a blissful adventure of two! Thanks Love.
bila tiada yang baik untuk diucapkan.
maka diamlah.
itu lebih baik dari bicara yang sia-sia.
sama seperti berbicara,
bila tiada yang bermanfaat dan berfaedah untuk ditulis dan dikongsikan,
maka diamkanlah jemarimu.
sepi dari catatan.
itu lebih baik daripada menulis perkara yang sia-sia.
maka diamlah.
itu lebih baik dari bicara yang sia-sia.
sama seperti berbicara,
bila tiada yang bermanfaat dan berfaedah untuk ditulis dan dikongsikan,
maka diamkanlah jemarimu.
sepi dari catatan.
itu lebih baik daripada menulis perkara yang sia-sia.
Tuesday, July 29, 2008
Dia yaNg tERaSInG
Perkara yang sama berulang dan terus berulang, untuk sekian kalinya, barangkali bagi sesetengah orang, ia sudah cukup untuk menjadikan diri masing-masing berasa jela dan terdera.
Bagaimana dia perlu menerima keadaan seperti ini, menerima dengan perasaan lali seperti alah biasa tegal biasa, atau sudah memiliki rasa yang sudah kebas untuk menanggung sakit dan pedih menyula hati.
Sedang ngilu perasaan sendiri tidak ada siapa peduli, laku hati tiada siapa yang mahu mengubatinya, betapa hidup dan manusia begitu banyak ironi dan kontradik.
Atau menjadi seorang manusia paling sabar pernah dilahirkan, untuk bersikap amat berhemah terhadap segala kata-kata, atau seperti kisah seorang imigran yang harus menelan segala-galanya yang baru dalam hidup hanya untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan dan persekitaran.
Barangkali dia boleh berpura-pura atau menjadi sesumpah, melakukan sesuatu untuk keperluan hidup, dan tidak mengapa untuk menjadi seorang manusia yang hipokrit jika itu merupakan jalan paling selamat.
Beberapa pilihan sebenarnya yang terhidang dan terbentang, baginya untuk membuat pilihan dan bukankah dia diberikan secukupnya, lalu menggunakan sedikit kelebihan berfikir dan analitikal, juga sedikit masa membuat segala pertimbangan sebelum membuat keputusan.
Mungkinkah dia menjadi orang yang amat bijak dalam menentukan keputusan, tanpa melakukan silap dan salah sehingga akhirnya setiap tindakan memakan diri sendiri, meruntuhkan seluruh keyakinan dan ketahanan jiwa.
Betapa gawatnya hidup ini apabila memikirkan bahawa setiap tindakan memerlukan keputusan paling baik dan wajar, tanpa mengetepikan kebaikan dan kewajaran lain yang dianggap tidak perlu dalam hidup.
Apakah ini jawapan kepada setiap kepongahan yang dilakukan, atau pulangan untuk hati yang tega menurut kehendak dan kemahuan sendiri, dan begitukah sebenarnya kehidupan, menjadi persoalan yang membelit akalnya.
Kadang-kadang dia merasakan hidupnya semakin terbelit, sekuat meronta bagaikan tidak mampu membebaskan dirinya daripada kehidupan yang mencengkam.
Inikah pulangan untuk suatu pengorbanan dan dia tidak berupaya untuk menolak natijahnya, biarpun dia beranggapan, dirinya dilayan secara tidak saksama, sedangkan makna saksama itu akan berbeza mengikut individu dan kepentingan masing-masing.
Kali ini dia sudah berasa amat kecewa dan hanya berserah kepada keadaan semata-mata, sedang mengeluh dan merungut tidak memberikan sebarang pengertian kepada hidupnya.
“Aku tidak boleh dan tidak akan menyesal”. Dia pernah menegaskan perkara itu kepada dirinya sendiri, ketika dia merasakan semangatnya yang lama terjera semakin luntur segala kekar dan daya tahannya.
Permainan sesama manusia
Kadang-kadang dia berasa amat nanar, keliru dan mahu menjadikan dirinya insan yang pasrah, menyedari kekerdilan diri untuk menerima segala yang berlaku dengan tangan terbuka. Sedang akhirnya, ia menjadi hirisan luka yang ditambah sengsara dan pedih, bagaikan kehidupan ini tidak mempunyai sebarang simpati.
Apakah ini ketidakadilan yang sengaja diciptakan oleh sesama manusia kepada manusia lain, suatu perlakuan untuk mempamerkan maskulin atau kehebatan seorang lelaki terhadap lelaki lain, atau paling tepatnya, seorang manusia dengan manusia lain.
Ini dunia binatang sosial yang terlalu taksub dengan kelebihan dan keupayaan fikiran untuk melakukan segala tindakan, percaya kepada kelebihan diri untuk melihat orang lain sebagai lemah dan kurang, bahawa diri sendiri lebih sempurna berbanding orang lain.
Atau ini satu lagi permainan sesama manusia, bertindak secara kejam dengan cara paling halus dan berhemah, seolah-olah kuasa kebaikan sedang menumpaskan kejahatan.
Bagaimana dia mahu menarik balik atau menafikan setiap tindakannya selama ini hanya disebabkan tekanan dan hambatan pihak lain yang tidak memberikannya sekelumit harapan, atau mahu melihat kegagalan datang bertimpa ke atas dirinya.
Itu fitrah manusia untuk melihat kejayaan sendiri lebih penting dan lebih dahulu berbanding kejayaan orang lain, bukankah sebab itu adanya kata-kata memijak kepala orang lain untuk kepentingan diri sendiri.
Dalam hidup penuh persaingan siapa akan peduli perihal nasib dan kedudukan orang lain, bukankah mencantas peluang dan rezeki orang lain cara terbaik untuk melunaskan cita-cita sendiri, meneguhkan harapan dan menikmati kejayaan.
Apakah pula dia harus menjadi mangsa percaturan sesama manusia untuk menjadi seperti itu, apakah tindakannya dulu perlu dilihat sebagai pencetus persaingan yang berakhirnya dengan sikap dan tindakan keji, dan paling teruk sikap itu saling bertimbal balik antara sesama insan.
“Dunia dan manusia ini sudah bobrok hingga harus berantakan dan kemanusiaan sudah tidak mempunyai sebarang nilai dan erti”. Dia berbicara kepada diri sendiri, tentang nasib orang sepertinya dalam kehidupan hari ini.
Bagaimana pula dia harus mengatakan bahawa keadilan sudah tidak ada, dan setiap manusia yang masih hidup terlalu mementing diri sendiri, tidak mahu mempedulikan orang lain atau sesiapa saja, dan melihat pihak lain sebagai seteru untuk diperangi.
Mencari keadilan dalam ketidakadilan umpama mengejar mimpi dalam mimpi, mencari kebenaran di dalam segala kepalsuan, apakah mungkin terjelma suatu keadilan biarpun muncul dalam keadaan paling kecil zarah atau molekul.
Dia menarik nafas paling panjang, melepaskan keluhan paling berat tentang nasib dan destinasi hidupnya, bahawa dia masih teraba-raba bagaikan tercari akan sesuatu yang entah tidak pernah wujud atau tidak akan ditemui.
Sekali lagi dia menyoal tentang diri apakah dia sudah melakukan sesuatu secara betul dan jelas pada fikiran dan mata hati yang melihat ke depan, atau akal sudah bertindak secara bijak untuk tidak ditipu oleh ketaksuban dan prasangka.
Semakin lama dia merasakan kekeliruan sering bermain dan menghimpit rasional dan kewarasan akal, bahawa dia seolah-olah melakukan sesuatu dengan dorongan tertentu, atau paling buruk melakukannya dengan muslihat tertentu. Barangkali ada udang di sebalik batu.
Atau dia terlalu banyak berfikir dan berandaian hinggakan akal dan fikirannya diselaputi tebal oleh kepalsuan yang dicipta oleh fikiran dan akalnya sendiri, gagal melihat yang benar dan betul.
Kini dia sedar, hidup ini terlalu rencam dan kejujuran tidak semestinya akan memberikan segala kebaikan, dan kebaikan juga tidak akan memberikan kebaikan juga.
Apa lagi yang mahu dipercayai tatkala ini, jika akal dan fikiran sendiri juga memberikan isyarat-isyarat yang mengelirukan, sehingga dia berasa cemas dan lemas dalam kekalutan dan kekeliruan perasaan.
Bagaimana lagi dia harus menyakinkan dirinya sendiri untuk mempercayai bahawa hidup ini tidak semata-mata sisi gelap yang menghitamkan seluruh ruang kehidupan, bagaikan tercari-cari arah dan akhirnya tersesat dan terlontar dalam kolong penuh gelita.
Bukankah dalam keadaan seperti ini dia sewajibnya mempercayai kehidupan ini mempunyai pencipta paling tinggi dan besar, untuk dia menyandarkan harapan dan mengembalikan percaya.
Terlalu banyak berfikir menyebabkan dia semakin keliru dan akhirnya dia lemas dalam dunia ciptaan fikirannya sendiri.
Kemudian dia terfikir, mungkin dia perlu merenung kembali hidup silamnya, untuk tidak terus memikul beban tanpa kesudahan, atau dia harus musnah dalam bahana kehidupannya kini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.