Memang ‘cool’ memiliki lelaki sebagai sahabat baik kerana mereka mempunyai perspektif yang berbeza dalam apa jua perkara. Bukanlah kawan perempuan itu tidak ‘cool’- jangan salah tafsir. Cuma lelaki selalunya rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Bagus kan kalau kita dapat lihat sesuatu dari kedua-dua arah, betul tak? Tambahan pula, ianya logik untuk mendapatkan nasihat tentang lelaki daripada lelaki. Ianya kadang kala menarik.
Jika mereka sangat ‘cool’ dan memahami, jadi bagaimana pula dia hanya boleh digelar kawan? Dia juga bukan gay. Hahaha, ini agak rumit juga. Ada sesetengah lelaki yang tidak menarik minat kita ke arah itu. Tidak ada chemistry, tidak ada perasaan seperti ada rama-rama dalam perut setiap kali bertemunya. Tidak ada tarikan seksual. Kelakar, tetapi saya sendiri tidak dapat menjelaskannya.
Waktu ini, datang pula lelaki yang memberikan anda perasaan-perasaan itu. Ciri-ciri seorang teman lelaki. Bagaimana anda boleh tahu? Saya selalu percayakan kata hati wanita. Ianya sangat kuat, jadi gunakannya! Ini adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja. Dia akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah cinta.
Itulah perbezaan besar antara kawan lelaki dan teman lelaki, teman lelaki boleh membuatkan anda berasa cemburu tanpa alasan kukuh. Melihat dia menjeling perempuan lain sudah cukup untuk menaikkan kemarahan anda, tetapi jika kawan lelaki melakukan perkara yang saya, anda tentunya akan memberikan sokongan penuh.
Ada satu lagi jenis, saya gelarkannya The Façade- anda berdua hanyalah kawan biasa tetapi jauh di dalam hati tersembunyi rasa “gila” terhadapnya tetapi tidak ada keberanian untuk berterus terang. Ini adalah kategori yang sukar. Mengaku dan berhadapan dengan risiko kehilangan kawan? Sembunyikan perasaan dan bersedia untuk patah hati setiap kali dia berbicara tentang gadis kesukaannya? Kedua-duanya akan membuatkan anda buntu.
Jika anda jenis yang berani, saya cadangkan anda mengaku sahaja. Sekurang-kurangnya anda akan merasa lega apabila mengetahui apa yang anda patut tahu. Sekarang terpulang pada pertimbangannya. Sekiranya dia tidak mempunyai perasaan yang sama dengan anda, sekurang-kurangnya anda tahu. Jika itu berlaku, saya cadangkan anda teruskan hidup selepas sesi pengakuan yang telah membuatkan anda rasa janggal. Pandang ke hadapan, jadilah gadis yang kuat dan teruskan hidup. Sebaliknya bagi saya, secara peribadinya saya akan menolak pilihan ini.
Jadi, jenis lelaki manakah yang ada dalam hidup anda? Sahabat? Teman lelaki? Atau the façade? Agak sukar untuk mengkategorikan mereka kerana ada antara mereka adalah campuran daripada ciri-ciri itu, menghasilkan hybrid yang tidak dapat ditafsirkan. Tetapi satu perkara, sudah tentu hubungan kita dan interaksi dengan lelaki itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Siapa dan jenis hubungan apa persahabatan itu bergantung kepada anda untuk membentuknya bersama mereka- selagi anda tahu dimana anda mahu mula meletakkan garisan.
dulu aka study mana?
ReplyDeletekos?
yuHu studeNt UITM...lalala same like me..lalalaal to course accounTing... a been a year..udah tua..lalaal
ReplyDeletesowi xde kaitaN lak...
kkdg susaH jua bila dh kwN or bersahabaT dgn seoRg laki2 apabila ttber trsuka..or trsYg kat dia...
yg pasTi hati kita nie nk kawal camne..klu sYg sBg sahabaT & nk berpanJangaN..kkDg kena lupakan perasaaN sendiri...
hik3...ttber pjg lak Komenku...lalallaala
huh,...aku penah ada semua lelaki jenis2 di atas...hahahaha...mmg cool...
ReplyDeleteBoleh..
ReplyDeletetakde masalah kan...
Sebelum tu, sori la dik..
ReplyDeleteakak tak berapa nmpk sgt la tulisan kat column komen tu..
Bleh tukar kaler dia tak??Ngeh3... bnyk songel plakkan...
Tapi, betul ni..tak clear..tak tau la kot akak yg rabun warna...ekekekek..
TQ...
enasan:
ReplyDeleteya laaa dear..memanbg susah..lagi kalau tersuke dia...:)
tp lg susah kalau kite je suke hakikatnyer org tu x suke kite pun kan?
;p
mcm terhegeh2 je kan?
Dan...
ReplyDeletetuk komen tang laki nih..
Rasanya dorang lebih terus terang kot...dan pandang sesuatu prkara dgn lbih rasional...
Cumanya, bila nak babitkan emosi ...of course la kena cari pmpuan gak...
suhaila:
ReplyDeletefuyoooooooooh su caya laa lu...;)
naqi:
ReplyDeleteboleh ek?
hehehehe
yani:
ReplyDeleteye ke kak...;p
ti try tukar ek...
tu mmg betol..;)
pape pun kawan pompuan lg best..sumer benda leh citer kan?
rafiqy dulu pun mybestfriend tau... hehe~
ReplyDeletecool sangat kan..?
hehehhe
ReplyDeleteye ke dear??
waaaa
dat is COOL!!!!
memula mmg berkawan..lelama..jatuh cinta ar..
ReplyDeletekalo ade yg leh pun maybe 1% je..
heheheh
ReplyDeletememang kak
feel berkawan dengan berchenta tu kan lain..:)
ryn ade besfren lelaki. baik sgt...sampaikan mase ryn bersalin, dia yang amik cuti 4 hari nak tengok ryn. hahah. kelaka. syg sgt dgn die. tp sedih bile tgk die da pts tng...
ReplyDeletehi,mEiZ SHA,bagus gak komentar..tu ?
ReplyDelete..carilah.. kemanisan dlm hidup ini ! utk diingati
#maaf yer...mEiZ SHA ( kalau boleh panggil jer...dmx / ustaz tu..tlalu janggal laaa..huhuhuk
wahh bestnyer...:)
ReplyDeleterajin n baeknyer dia kak....
bukan senang nak dpt kwn mcm tu kan?
hehehe
ye dmx..;)
ReplyDeletesedang mencari kemanisan dlm idup...:)
ahaii susah jugak kan. isk2.. rasanya ke 3'3 kategori ada lam hidup kita.. cuma yg facade tu kita tak dapat nak bezakan dgn kawan2 biasa.. alahaii tp mst sakit kan kalau jd facade ni..waaa
ReplyDeletekawan? emm berat ke mustahil gua rasa..
ReplyDeletememang matang lelaki ini..tapi hal remeh temeh ini dia tak suka nak layan!!!!!
ReplyDeletemendalam entri ni sha :p
ReplyDeleteeyena:
ReplyDeleteyup dear..the facade mmg susah sket...ibarat LUAH MATI MAK DITELAN MATI BAPA..kan?
;p
apei:
ReplyDeletebenada xkan jd berat selagi kite tau mana nak draw the line bro!!!
ibu umairah:
betul tu!!!
:)
amoi:
ReplyDeletethanks beb...;)
berat gak laa nak buat pilihan kan?
;p
hehehe~
ReplyDeletebleh je kak~
aku ramai kawan lelaki juga, tapi hati tak berdetik untuk cinta pun~