"MULA-mula saya naik pentas ramai yang 'boo' bila tengok penampilan saya dengan bertudung. Ada juga yang kata kalau nak nyanyi nasyid, lebih baik balik. Ejekan itu membuat saya sedikit gementar kerana saya memilih cara berbeza daripada kumpulan muzik indie yang ada.
Tapi bila saya mula bermain gitar dan menyanyi, ramai yang terlopong. Penonton mula diam dan memberi tumpuan kepada nyanyian saya. Itulah permulaan muncul Yuna."
Inilah hakikat yang didedahkan oleh penyanyi dan pencipta lagu muda, Yuna, di dalam wawancaranya dengan majalah Al Islam, edisi Mac 2009. Ternyata, Yuna perlu berdepan dengan pelbagai stereotaip dan juga diskriminasi terhadap wanita yang memilih untuk bertudung
Ramai antara puak pendokong sekularisme atau anti-Islam yang menggunakan isu hijab atau tudung sebagai "bukti" tentang "kejumudan" dan "keganasan" agama Islam. Ini memang sudah menjadi kata basi, namun ramai yang masih mempercayainya.
Akan tetapi, nasib tidak pula menyebelahi Bahareh Vejdani. Pada tahun 1993 Vejdani, yang berumur 17 tahun, ditembak mati oleh polis di dalam sebuah pondok telefon di Tehran, Iran, kononnya kerana tidak memakai hijab.
Saya kesian sangat terhadap wanita Islam. Kalau di Barat, mereka dianiaya apabila memakai hijab dan dilontarkan pelbagai panggilan kesat dan menyakitkan hati. Kalau di negara Islam, mereka akan dikenakan macam-macam hukuman, termasuklah hukuman bunuh, kalau memilih untuk tidak memakai tudung.
Saya tidak mahu membincangkan secara mendalam tentang hukum-hakam memakai hijab di dalam Islam. Tetapi setahu saya, walaupun seseorang itu percaya bahawa adalah berdosa untuk seorang wanita Islam mendedahkan rambut di kepalanya, dia tidak berhak untuk memaksa wanita itu bertudung.
Logik yang sama pun perlu dipakai untuk syariat sekularisme — kalaulah seseorang itu percaya bahawa tudung itu menindas wanita, dia tidak pula berhak memaksa semua wanita Islam untuk membuka tudung.

Kenapa susah sangat untuk kita membiarkan saja kaum wanita memakai apa yang mereka mahu? Seolah-olah kita memandang kaum wanita tidak berakal, terutamanya kaum wanita Islam. Kalau mereka dibiarkan membuat pilihan sendiri, seolah-olah kesemuanya akan memilih untuk berbogel (inilah logik puak fundamentalis Islam) atau berbungkus dari hujung rambut ke hujung kaki (ini pula logik puak anti-Islam).
Akan tetapi, bukankah kita diajar sebagai orang Islam bahawa akal itu adalah kurniaan Allah kepada manusia yang paling berharga? Kenapa pula wanita Islam dinafikan hak terhadap akal mereka sendiri?
Ini bukan soal pro- atau anti-tudung. Ini adalah soal tentang perjalanan hidup setiap insan. Kita seringkali merujuk kepada hukum-hakam — sama ada yang sekular atau yang beragama — tanpa mendengar dahulu pengalaman dan pergolakan hati kecil setiap individu.
Kenapa Yuna di-"boo"? Kenapa Vejdani ditembak mati? Kerana mereka dinilai dan dihukum sebelum penyerang mereka mengambil tahu apa-apa pun tentang perjalanan hidup mereka.
Jadi, marilah kita semua berkongsi kisah perjalanan hidup kita — yang bertudung, tidak bertudung, Islam, bukan Islam, lelaki, perempuan, gay, heteroseksual — dan biarlah kita mendengar dengan peka.

aPa KaTA anDA..perNAHkah ANda dI disKRiMinaSiKAN KerNA anDA BerJIlBAB?aTAU peRnahKAH anDA mEliHAT SItUASi SItUASI sEPeRTi YANg dI atas??APA kata ANda PARA bLOggEr?SAya JUga bERjilBAB malaH selEsA bEgINI waLAU dALAM keADAAn CuacA Panas..:)
yup sangt setuju dengan kenyataan kamu...
ReplyDeletebukan setakat tudung sahaje, kekadang isu lain2 pon same jugak
ramai individu (terutamanye orang yg kuat agame, walaupon....)menghentam teruk...kite harus tau yg setiap manusie ade akal, naluri dan perasaan...
sepatutnye perlu dengar penjelasan dan ape yg indidvidu2 yg terbabit alami....soal selidik, bertanye, bukan terus menghentam dan mendakwa "Neraka lah tempat kamu"...
sepatutnye mereke tak boley cakap cam 2 sebab mereke tahu yg islam melarang umatnye menghentam dan membuat statment sedemikian...
mereka bukan ALLah...jadi isu ini sangt sensitif untuk dibincangkan...
sepatutnye, diberi peluang kepade mereka2 yg bermasalah ni (x pakai tudung dll) untuk memberitahu ape yg dieorang rase...jangn terus boo or hentam...
btol2....
ReplyDeleteyg ptt kne tembak yelah kafir yg x ksik wanita islam bertudung swkatu bekerje..
kan ade kess kat masia kan??die suh benti kalo nk pkai tdung gak...
skg ni mcm2 la isu timbul kan..
ReplyDeletekty setuju...sangat..
ReplyDeletepanas2..kt akhirat nnt lgik panas kn..
ReplyDeletestuju jgk ngn awk..
kalau yg skeptikal itu, sumpah ada di mana2~
ReplyDeletetuduhan terbaru yg ku dapat di blog, perempuan bertudung tapi gedik...org begitu harus di get rid saja kan? buang masa layan~
mereka lupa, apa yg di kata akan memakan diri..
P/S: suka frame spec kamu~kawaii!
syaf:
ReplyDeleteakak faham maksud syaf tu..:0
yang penting blaja elok2..ok?kadang2 tu orang tegur sebba dia sayang kite...x bermakna dia tegur dia benci kite dik...;p
penjelasan tu penting tp kdg2 manusia ni ego bile apa yang dia tahu DIA JE BETUL..SEKELILING NI
SEMUANYER SALAH...
itu lumrah manusia dik...
islam itu mudah dan x menyusahkan..:)
juz be urself n put a guide antara yg mana betul dan salah
kite KENA ADA SEMPADAN DLM APA SAJA YG KITE BUAT OK SYAF...:)
afiq:
ReplyDeletebetul tu dik...kat malaysia pun ada kes ni juga..lagi2 yg terlibat dlm industri perhotelan..ada seorang kakak tu sanggup berhenti kerja sebab di paksa BUKA TUDUNG kalau nak bekerja dengan mereka..
apa punye org pun tak tau laa nie..
ayien:
ReplyDeletemcm2 ada skang dear..:)
kak atty:
mekaseh kakakku...
fir da baek x nie?kem slm sayang dari along dia ni ek..;p
sha:
ReplyDeletesana jgn ckp laa macam mana dear..x terucap dik kata2...;)
zara:
ReplyDeletehye zra..yg skeptikal ni memang beribu2 di luar tu..:)
yg penting dalaman kite..kalau yg ckp tu pun x serupa bikin gak..abaikan saja..
kdg2 dia x sedar dia mengata org tuk cover diir sendir je tu..
like my frame?
thanks to da giver laa dear..;)
ur's pun lawa tau...cute!!