Buat SuAmI..

When we first met, I fell in love with you. I knew right then you were the only one for me. As time goes by, our love grows stronger still. You're the most amazing man I ever knew. The place I want to be is close to you. There’s ecstasy and peace in your embrace. I know that I can cope with what life brings as long as I wake up to see your face.Thank you my treasured and cherished love. Your loving and caring have made our marriage a blissful adventure of two! Thanks Love.

together forever til jannah

Daisypath Anniversary tickers

♥SoPhea AdriANNa♥

Lilypie Third Birthday tickers

♥sOpHEA aLEESya♥

Lilypie Second Birthday tickers
bila tiada yang baik untuk diucapkan.
maka diamlah.
itu lebih baik dari bicara yang sia-sia.

sama seperti berbicara,
bila tiada yang bermanfaat dan berfaedah untuk ditulis dan dikongsikan,
maka diamkanlah jemarimu.
sepi dari catatan.
itu lebih baik daripada menulis perkara yang sia-sia.

Wednesday, July 14, 2010

"Begins with the end in mind"

Fitrah manusia itu mahukan pasangan. Dan perasaan itu bukan sesuatu yang mudah dikawal atau dihalang. Saya cuba memahami. Ada rakan-rakan saya yang sudah menemui cinta hati masing-masing, ada juga yang sudah bertunang dan sebagainya. Bahkan topik ‘baitul muslim’ lah yang paling hangat apabila diceritakan di dalam usia ini. Hehe.

Dan melalui pengamatan ini, saya sedar, sebuah perkahwinan itu bukan sekadar
‘aku suka kau, kau suka aku, jom kita kahwin’
atau
kahwin untuk menghalalkan yang haram,
tetapi sebuah perkahwinan itu adalah tanggungjawab besar seorang muslim untuk melahirkan umat Muhammad yang benar-benar umat Muhammad.
Bukan sekadar kuantiti, tapi kualiti.

Besar sungguh tanggungjawab. Sedangkan tangga individu muslim pun terasa payah untuk saya daki, inikan pula baitul muslim. Masih jauh perjalanan hidup ini, masih banyak lompang yang perlu diisi. Saya yakin pada Allah, saya yakin pada ketentuannya. InsyaAllah.

kata-kata ini menerjah minda ninie..lantas mengalirkan adrenalin yang begitu mengujakan hati dan mindaku di pagi hari..

“Mengapa saya menulis ini?
Supaya anak muda yang gatal bercinta di celah cita-cita dapat menampar pipi masing-masing agar celik mata melihat ke depan. Jika menolak zina pun jadi kepayahan, halau dirimu dari cinta dan perkahwinan. Bosan saya melihat jiwa lemah yang merengek-rengek meminta ihsan.

Jika mahu bercinta, jangan merancang hanya ke pelamin. Masukkan sekali urusan lampin. Kerana rumahtangga bukan utopia Cloud 9. Ia adalah kombinasi suka dan duka.
Namun dalam derita tetap ada bahagia, itulah nikmat hidup berumahtangga. Medan memberi yang paling mulia.”

Sekadar perkongsian dari manusia yang masih mencari-cari jalan yang diredhaiNya. Juga sebagai peringatan buat diri sendiri terutamanya dan juga buat rakan-rakan yang membaca. Moga kehidupan kita tidak sia-sia, moga mendapat redhanya. Amin..

'hati itu tenteram kepada kebaikan, dan gelisah terhadap kejahatan'
Jadi terciptalah ikatan ini..yup, saya tenteram dengan ikatan ini..jiwa menjadi tenang lantas hati menjadi senang..seiring dan sejalan.semoga perjalan kami menjadi mudah tanpa liku2 berduri.

Terima kasih kepada ENCIK TUNANG yang mentaati ALLAH, kerana ketaatan kita kepada ALLAH, kita tidak gelisah untuk berpisah. Saya sentiasa percaya bahawa tunang saya mentaati ALLAH dan di jaga ALLAH sepanjang ketiadaan saya di sampingnya. Terima kasih kerana bersama saya menyedari bahawa bahawa kita tidak mungkin hidup tanpa ujian kerana ujian-ujian itulah sebenarnya kehidupan kita.

13 comments:

  1. peringatan yg best. semoga di ambil perhatian

    ReplyDelete
  2. bila pulak turn saya ye
    hukhukhukhuk

    ReplyDelete
  3. stuju ngn cik ninie..nk wt keputusan utk melangkah ke alam perkahwinan ni bkn main2..bkn time bcinta dlu kn..gado jap merajuk..pastu putus kjap..klu kawen,gado2 merajuk pastu..xkn nk ptus..kene la tbh menghadapi bsame2..yg pntg kene tolak ansur la kn..klu 2-2 ego,susahla..;-)

    ReplyDelete
  4. heehhe
    sama2 kite beringat ye tedi..:)

    ReplyDelete
  5. tu kaa zatie..ninie pon byk nak kena blaja nie..kawal emosi..hahaha

    bile dtg emosi yang 9 melawan akal yg 1 tu..bleh haru gak kadg2 tu..hehehe...


    ada tips tak yang?
    :)

    ReplyDelete
  6. lya...
    sampai masa pasti dia dtg dear..:)

    ReplyDelete
  7. apa pun bakal mendatang nanti..solat jgn tinggal..alam rumah tangga lebih hebat dan sentiasa ada ujiannya...bila kita jaga solat-tiang agama kita..insyallah semua dipermudahkan

    ReplyDelete
  8. apa pun bakal mendatang nanti..solat jgn tinggal..alam rumah tangga lebih hebat dan sentiasa ada ujiannya...bila kita jaga solat-tiang agama kita..insyallah semua dipermudahkan

    ReplyDelete
  9. peringatan yang seharusnya diketengahkan...Alhamdulillah =)

    ReplyDelete
  10. insyaallah sufi..mekaseh..aku perlukan tips dari ko laa beb..hehehe


    tips2 rumahtangga..hehhee..bleh kan?

    ReplyDelete
  11. insyaallah asam pedas..:)
    mekaseh...share is care..:)

    ReplyDelete
  12. ninie ni sweet la..tenang je bile tgk muke ninie tau..;-)

    ReplyDelete
  13. hehehe mekaseh..
    mana ada laa yang..:)

    selalu wat encik tunang naik darah ngan muka nie..heehhe..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

رَبَّÙ†َا Ù‡َبْ Ù„َÙ†َا Ù…ِÙ†ْ Ø£َزْÙˆَ‌جِÙ†َا ÙˆَØ°ُرِّÙŠَّÙ€ٰتِÙ†َا Ù‚ُرَّØ©َ Ø£َعْÙŠُÙ†ٍ ÙˆَٱجْعَÙ„ْÙ†َا Ù„ِÙ„ْÙ…ُتَّÙ‚ِينَ Ø¥ِÙ…َامًا