Buat SuAmI..

When we first met, I fell in love with you. I knew right then you were the only one for me. As time goes by, our love grows stronger still. You're the most amazing man I ever knew. The place I want to be is close to you. There’s ecstasy and peace in your embrace. I know that I can cope with what life brings as long as I wake up to see your face.Thank you my treasured and cherished love. Your loving and caring have made our marriage a blissful adventure of two! Thanks Love.

together forever til jannah

Daisypath Anniversary tickers

♥SoPhea AdriANNa♥

Lilypie Third Birthday tickers

♥sOpHEA aLEESya♥

Lilypie Second Birthday tickers
bila tiada yang baik untuk diucapkan.
maka diamlah.
itu lebih baik dari bicara yang sia-sia.

sama seperti berbicara,
bila tiada yang bermanfaat dan berfaedah untuk ditulis dan dikongsikan,
maka diamkanlah jemarimu.
sepi dari catatan.
itu lebih baik daripada menulis perkara yang sia-sia.

Thursday, August 14, 2008

HalUsINAsI MimPi Si DIA..

DIA tidak tahu bagaimana harus menangkis setiap tanggapan dan kata-kata orang yang pesimis mengenai usahanya, kecuali membiarkan, dan menyedari itu adalah hakikat hidup dan penilaian masing-masing.

Itu mulut orang yang tidak semestinya berlandaskan fakta paling objektif, melainkan pandangan yang amat subjektif dengan kayu ukur tertentu untuk membuat penilaian tanpa mengambil kira benar dan betul, mendalam atau tohor.

Biarpun penilaian itu bersifat jujur dan dilakukan dengan perkiraan tepat, apakah mungkin ia seperti yang tersirat atau tersurat dalam dirinya, seperti yang berlegar dalam fikiran dan perancangannya.
Itu hakikat hidup antara manusia, punya jalur-jalur tersendiri dalam pemikiran dan perlakuan, punya hala tuju dalam kehidupan masing-masing biarpun pada tanggapan orang lain dan diri sendiri bahawa hidup masing-masing mungkin tidak berhaluan.Tatkala itu orang akan beranggapan bahawa hidup juga seperti layang-layang terputus tali, hanya bergerak mengikut kuasa dan ketentuan lain lalu akhirnya terdampar di mana-mana.

Ada orang akan beranggapan itu hidup paling mudah tanpa perlu merumitkan fikiran mengenai perkara yang sukar untuk dilakukan, bahawa hidup akan bergerak mengikut ketentuan takdir dan menerima dengan seadanya.

Mudah yang terlalu dipermudahkan, fikirnya, atau hidup itu amat mudah jika mengikut kemampuan diri, tidak mengejar sesuatu yang bersifat ilusi dan di luar sifat manusia dan kemampuannya.

Dia melakukannya dengan kemampuan kudrat dan daya fikir, tidak untuk membebankan diri dengan sesuatu yang di luar kuasa sebagai seorang manusia, tidak mempunyai kuasa ajaib atau mukjizat, melainkan harus menggunakan kelebihan dan kekurangan diri.

Hidup untuk bekerja dan melakukan sesuatu, tidak sekadar berpeluk tubuh, melihat dan memerhati, sekadar membuka mulut untuk berkata segala perkara yang tidak menjadi seperti dalam perancangan.

Kawan-kawannya pernah berkata, usahanya seperti juga melayarkan sampan kecil di tengah lautan, bukan laut dan tasik, pastinya perlu bersedia berdepan dengan suatu kemungkinan paling besar akan berlaku dalam hidup.

Bahawa lautan tidak selalunya tenang biarpun tatkala itu musim untuk airnya berombak kecil dan pelayaran akan menjadi lancar, lalu menikmati hidup sepanjang perjalanan itu dengan rasa tenang.

Hidup tidak akan menjadi mudah, kecuali akan ada perhitungannya sendiri, pasti melalui saat dan ketika paling getir, mencabar dan menduga kudrat dan kemampuan daya fikir.

Seharusnya dia mempunyai suatu kekuatan fikir untuk menepis segala halangan, untuk mengarahkan kudratnya melalukan tindakan yang perlu dan betul mengikut keadaan dan keperluan.

Setiap tindakan dilakukan dengan ketepatan tanpa tersasar atau keliru, teragak-agak atau tidak yakin dengan pelbagai andaian dan dugaan yang dikatakan sebagai sesuatu kekarutan.

Jika sampan kecil kau karan dilandai taufan paling besar pun kau seharusnya boleh meneruskan perjalanan hanya dengan batang tubuh kau sendiri, kata kawannya, bagaikan suatu kata mencabar yang perlu dijawab dengan perlakuan dan tingkah.

Dia sedar dirinya diletakkan dalam keadaan untuk tidak membuat pilihan, sama ada berpatah balik atau karam-karam di tengah samudera besar, atau dia berpura-pura lemas dengan menenggelamkan sampan kecilnya.

Itu tindakan paling pengecut dan tidak bertanggungjawab jika dia memilih untuk bertindak seperti itu, dan apakah dia mahu menanggung beban kata-kata dan hakikat sejarahnya bahawa dia sang pelayar yang sengaja menenggelamkan sampan kecilnya hanya semata-mata takut untuk menempuh pelayaran, atau takut menempuh kegagalan.

Berlayar di lautan dengan sampan kecil adalah kerja paling gila, jika tidak kerja yang dilakukan oleh seorang manusia paling bebal dan bengap, bahawa dia bukan seorang manusia seperti Kapten Jack Sparrow yang dicampak hidupnya di tengah lautan dengan melayari sebuah perahu kecil berbekalkan kompas tanpa arah.

Dia tidak gila untuk memilih hidup seperti ini, alangkah manusia dahulu tanpa kompas pun upaya melakukan pelayaran di lautan luas hanya dengan berpandukan bintang dan buruj di langit malam.

“Gagal setiap kerja, atau tenggelamnya sampan kecil dalam pelayaran bukan ketentuan kecuali kita yang memilih untuk menjadi pengkhianat kepada usaha sendiri, memilih untuk gagal dan kemudian berpura-pura berasa amat walang selepas mengisytiharkan bahawa, kita telah gagal,” katanya.

Kawan-kawannya pernah menyatakan secara perbandingan dengan kiasan, bahawa menyukat lautan bukan dengan kail sejengkal, bahawa seharusnya dia melakukan persediaan secukupnya.

Apakah dia sudah bersedia secara dalaman untuk melakukannya, yakni mempunyai ilmu dan pengetahuan, semangat juang yang kental dan jitu untuk menempuh galang dan hadang, tidak tertipu dengan kejayaan yang akan menjadikan dia berasa amat puas.

Di sana dia bersedia untuk menempuh ombak paling besar yang tenaganya berjuta-juta kali lebih gagah daripada kudratnya, atau tiupan angin paling sukar untuk diduga, bagaikan seorang penipu paling licik dan cekap memainkan tipu daya.Dia tidak pernah menganggap segalanya akan mudah biarpun melihat riak di permukaan air yang tenang, sedangkan segala-galanya boleh bertukar dalam kurang sekelip mata untuk menjadi terlalu ganas dan menakutkan, menjadikan pengalaman paling ngeri.

Perkara seperti itu sudah terjangkau dalam fikiran, bukan disebabkan rasa percaya yang pesimis, atau ketakutan yang amat sehingga berasa bahawa kegagalan dan ketakutan menjadi satu bayang-bayang gelap yang menghantui dan memburu.

Dia membuang segalanya untuk menjadi terlalu tekad dan nekad bahawa jika dia gagal pun, bukan dengan berputih mata, melainkan membuat pilihan hidup yang gagal perlu dimulakan dan berakhir dengan usaha dan kesungguhan.

Bukankah itu merupakan kemuliaan bagi seseorang yang gagal yang memulakan pekerjaannya dengan doa dan usaha, bahawa rezeki sudah diperuntukkan kepada dirinya.

Dalam hidup ini akhirnya, dia harus harus menolak bayang-bayang ketakutan yang mungkin menjadikan diri sebagai korban awal, tanpa sempat berjuang, atau sampan kecilnya karam di pangkalan pelayaran, tanpa sempat bermain riak air dan ombak membadai.

No comments:

Post a Comment

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَ‌جِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا