Buat SuAmI..

When we first met, I fell in love with you. I knew right then you were the only one for me. As time goes by, our love grows stronger still. You're the most amazing man I ever knew. The place I want to be is close to you. There’s ecstasy and peace in your embrace. I know that I can cope with what life brings as long as I wake up to see your face.Thank you my treasured and cherished love. Your loving and caring have made our marriage a blissful adventure of two! Thanks Love.

together forever til jannah

Daisypath Anniversary tickers

♥SoPhea AdriANNa♥

Lilypie Third Birthday tickers

♥sOpHEA aLEESya♥

Lilypie Second Birthday tickers
bila tiada yang baik untuk diucapkan.
maka diamlah.
itu lebih baik dari bicara yang sia-sia.

sama seperti berbicara,
bila tiada yang bermanfaat dan berfaedah untuk ditulis dan dikongsikan,
maka diamkanlah jemarimu.
sepi dari catatan.
itu lebih baik daripada menulis perkara yang sia-sia.

Tuesday, August 5, 2008

SiMbOLik TenTANg Dia..

Berapa lama lagi dia harus bergelut dengan kata-kata orang lain, terlalu pedulikan hingga menjadi ranjau paling sukar meniti kehidupan, menjadikan hidupnya serba tidak kena.

Atau dia sekadar menanti masa untuk mendengar pengadilan daripada perbicaraan orang lain yang tidak lebih daripada ulasan demi ulasan selari mengenainya, tanpa mempedulikan adil atau berat sebelah untuk dirinya.

Dia sedar, segala tindak-tanduk ini menjadikan hidupnya seperti dalam suatu peperangan tanpa kesudahan, perang tanpa sebarang perisytiharan, tanpa musuh yang jelas, bagaikan kemunculan bayang-bayang sekilas dan berterusan sehingga akhirnya berasa amat terganggu dan tidak menyenangkan.

Hidupnya menjadi tidak tenteram seperti seorang pesalah yang perlu menjalani hukuman dengan sedemikian rupa, berada di dalam penjara hidup dengan segala tingkah-lakunya menjadi perhatian beribu-ribu mata pada setiap setiap.

Lalu dia merasakan hidupnya tidak mempunyai sebarang ruang hingga merasakan bahawa bernafas pun harus meminjam ruang orang lain dan kebebasan perlu dibayar dengan harga tertentu untuk dinikmati.

Apakah dia hadir sebagai musuh disebabkan pilihan, atau dirinya tidak lebih seorang petualang seumpama seekor kerbau berlumpur membawa selut dan cemar ke dalam kelompoknya, lalu lumpur pada badannya akan mengenai semua orang.

Terlalu hinakah dirinya diandaikan begitu, dan apakah terlalu penting dan besar pandangan orang lain mengenai dirinya sehingga menjadi seorang pesalah yang diadili secara senget dan herot, dan merasakan dirinya menanggung beban kesalahan terlalu besar daripada kesalahan sebenar.

Malah dia sendiri tidak pernah tahu dengan pasti apakah kesalahan sebenar yang dilakukan hinggakan diadili seperti sang pesalah melakukan suatu kesalahan besar terhadap setiap orang yang menjatuhkan hukuman dengan kata-kata berbisa, menjadikan dia manusia paling buruk dan hina.

“Kau perlu menjadi orang yang paling tabah.” Kawannya pernah berkata bahawa hanya ketabahan sahaja akan menjadi tembok kebal, menjadikan telinganya tuli untuk menghadang kata-kata yang menerjah keras ke pendengarannya, atau menjadi manusia paling bebal untuk tidak perlu mempedulikan atau memahami kata nista dan keji terhadap dirinya.

Melampiaskan rasa

Katanya, selama ini dia mengenal erti tabah untuk menghadapi setiap ranjau dan dugaan dalam hidup, termasuk tega membuat keputusan, sedang kini dia berdepan dengan situasi yang semakin gawat.

Dia sering bertanya kepada dirinya sendiri selama mana lagi boleh bertahan dalam menghadapi situasi tidak mesra, penuh permusuhan dan berlakunya ketidakadilan terhadap dirinya, menghadapinya dengan tabah dan yakin, menanggapi bahawa sebenarnya tidak ada perkara tidak baik berlaku ke atas dirinya.

“Sebenarnya, pada suatu peringkat aku merasakan ketabahan sudah tidak ada dalam hidup ini. Aku sudah tiba pada tahap segala bebanan yang sengaja manusia lain humbankan tidak mampu untuk ditanggung oleh jasad dan jiwa dan merasakan mati lebih baik daripada hidup menanggung hukuman sesama manusia yang tidak adil,” katanya, tatkala mahu melampiaskan rasa duka berbaur marah.

Dan kata-kata itu merupakan luahan kecewa bagaikan balingan boomerang yang berputar-putar di ruang langit terbuka mencari mangsa dan akhirnya kembali kepada si pembaling.

Jelas kata-kata itu bagaikan satu laungan suara di atas puncak tebing tinggi yang dituju ke suatu gaung maha luar dan suara yang keluar tertampan antara dinding dan cerun jurang, bergama-gema dengan dayuan panjang dan akhirnya hilang.

Petualang akan terus hidup biar apa juga bentuk celaan dan nista dilemparkan, sedang dia hanya manusia kerdil yang menjadi santapan mulut paling culas terhadap sesama manusia, insan yang dianggap petualang untuk memenuhi keperluan segelintir orang yang menjadikan kata-kata tidak lebih daripada suntikan beracun dalam saraf dan nadi kemanusiaan.

Suntikan itu juga akan menjadikan manusia amat lali terhadap nilai kemanusiaan dan menjadikan masing-masing merasakan bahawa permusuhan tidak dapat dielak dan kata keji dan kecam sesama manusia menjadi nilai yang diterima.

Bukankah itu merupakan penyimpangan yang merosakkan dan menjadi kepercayaan paling teguh dalam sanubari, hinggakan dia amat yakin jika manusia sudah tidak berlaku adil terhadap sesama manusia, maka apakah yang boleh diharapkan pada orang lain.

Dan seharus pula dia mewujudkan suatu nilai kepercayaan dalam diri, dia tidak perlu peduli atau mempercayai orang lain, dan menganggap orang lain hanya punca perseteruan dan pertelingkahan.

Berapa lama dia harus hidup seperti ini, tersepit antara kata dan mulut mengata, melepaskan diri daripada pandang orang yang tidak pernah peduli dan belas terhadap dirinya, orang yang menjadikan dirinya sebagai bulatan sasaran untuk dipanah dengan mata tajam kata-kata bersalut bisa, lebih maut daripada bisa ular detar.

Ini kengerian hidup yang membunuh tenang, menggunungkan resah dan pedih, menyumbat luka dan kecewa dalam salur nafas dan nadi, menjadi sesak dan jiwa meronta-ronta menanggung azab jiwa.

Bisa mulut dan kata, dia memikirkan bahawa manusia perlu mempunyai kebaikan sesama manusia, untuk orang sepertinya daripada menjadi sang perempat paling bangsat hanya disebabkan kata nista.

Alangkah aibnya dia merasakan hidup ini tanpa diberi peluang dan ruang untuk menidakkan bahawa dia bukan kepala kepada segala kebobrokan fikiran dan tingkah, yang hanya mahu memusnahkan hidup orang lain.

Dia mahu mengaku dirinya seorang manusia yang mungkin culas membuat keputusan, terlalu tegar dengan kata dan mahu hati, bahawa dia akan melakukan apa yang dikata, membenarkan apa yang dimaksud.

Hingga dia merasakan, setiap pandang mata dan mulut yang berkata, semuanya ditujukan kepada jasadnya, dia jadi keliru dan nanar dalam bayangannya kepada manusia lain, bahawa setiap orang adalah sama dan nilai sama ada pada setiap orang.

Hidup dirasakan semakin terhimpit dan dia tidak mempunyai sebarang pautan untuk meloloskan diri, mencari damai sebenar bagi menyerap setiap kata dan keji yang dipanahkan terhadapnya.

“Aku semakin letih dengan hidup ini, menyeksa seluruh dunia sedar dan mimpi malam, bahawa aku tidak boleh lari daripada keputusan dan perbuatan yang dipilih, aku dihukum untuk tidak dibenarkan membela diri dan mendapat hukuman untuk tidak mendapat keampunan.”

Dia seperti meracau-racau ketika sedar, bahawa jiwanya kini amat tertekan untuk memikul sengsara perasaan, seakan-akan dikejar bayangan hitam besar dalam lena malam, yang menghimpit dirinya, hingga dia berasa amat lemah dan lemas.

Kadang-kadang dia mahu celik sepanjang malam selepas dia merasakan tidur dan kegelapan menjadikan dirinya amat takut, risau dan bimbang kepada segala-galanya, tidak terkecuali dinding, siling, lampu dan kipas.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَ‌جِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا