Buat SuAmI..
When we first met, I fell in love with you. I knew right then you were the only one for me. As time goes by, our love grows stronger still. You're the most amazing man I ever knew. The place I want to be is close to you. There’s ecstasy and peace in your embrace. I know that I can cope with what life brings as long as I wake up to see your face.Thank you my treasured and cherished love. Your loving and caring have made our marriage a blissful adventure of two! Thanks Love.
bila tiada yang baik untuk diucapkan.
maka diamlah.
itu lebih baik dari bicara yang sia-sia.
sama seperti berbicara,
bila tiada yang bermanfaat dan berfaedah untuk ditulis dan dikongsikan,
maka diamkanlah jemarimu.
sepi dari catatan.
itu lebih baik daripada menulis perkara yang sia-sia.
maka diamlah.
itu lebih baik dari bicara yang sia-sia.
sama seperti berbicara,
bila tiada yang bermanfaat dan berfaedah untuk ditulis dan dikongsikan,
maka diamkanlah jemarimu.
sepi dari catatan.
itu lebih baik daripada menulis perkara yang sia-sia.
Wednesday, June 18, 2008
..Grotesque Me...
Salah pilihan, atau terlanjur perbuatan. Antara kedua-duanya, dia kebuntuan di tengah, amat sukar untuk membuat ketentuan, lebih sukar daripada membuat keputusan apabila hati sudah tekad.
Jika salah pilihan, perlukah menyalahkan diri sendiri. Langkah paling mudah tanpa menuding kepada sesiapa dengan meletakkan diri sebagai punca segala-galanya; amat mudah.
Atau terlanjur perbuatan, juga kesalahan harus dipikul diri sendiri, tidak boleh membabitkan orang lain untuk dijadikan kambing hitam, melepaskan diri sendiri seolah-olah sang dayus yang mahu lepas daripada kesalahan.
Mengundur perahu yang sudah terlajak merempuh tebing. Tidak semudah yang dijangka. Ini suatu perbuatan, suatu tindakan yang sudah jelas dan pasti, lalu kenapa menjadi amat takut untuk menghadapinya.
Takut? Dia menidakkan dirinya sebagai seorang penakut yang tidak mahu berdepan dengan sebarang risiko, menjadi sang oportunis yang mahu memperoleh hasil tanpa perlu berusaha, secara mudah beroleh hasil atas kesusahan dan kepayahan orang lain.
Dalam situasi dirinya, mana mungkin ada jalan mudah dan pintas untuk menempa kejayaan dalam hidup, tidak, dia mahu memburu sesuatu dalam hidup dan melakukan sesuatu yang amat besar untuk menjadi taruhan.
Memilih untuk menukar kepercayaan semata-mata hanya tertawan dengan seorang insan bernama lelaki, yang mampu mendapat hati dan perasaan, menjadikan diri perempuan penasaran.
Bagaimana mahu menafikan segala tindakannya dengan perasaan terhadap seseorang, dan tidak mungkin dia boleh menafikan jika ia merupakan suatu kebenaran; mahu menolak kenyataan dan benar sekadar mahu terus berselindung, mahu terus mengelak beban dan tanggungjawab.
Barangkali ini kesilapan dalam hidup yang harus ditanggung beban dan kesannya untuk selama-lamanya, jika ia harus digalas bagai Sisyhpus, maka dia akan menjadi seperti legenda Greek itu, menanggung segala kesalahan tanpa penghujung.
Tiba-tiba dia mendapati dirinya menjadi seorang manusia yang menjengkelkan sesiapa sahaja, suatu pandangan dan sikap yang tidak pernah difikir sehingga suatu tahap seperti sekarang.
Sepatutnya dia mengetahui lebih awal, apatah lagi dirinya bukan orang pertama dihidangkan dengan permasalahan itu, melainkan ia pernah berlaku dan pasti berlaku lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
hai! rindu lah. seronok tengok kawan2 bahagia tau!!!
ReplyDelete