Buat SuAmI..

When we first met, I fell in love with you. I knew right then you were the only one for me. As time goes by, our love grows stronger still. You're the most amazing man I ever knew. The place I want to be is close to you. There’s ecstasy and peace in your embrace. I know that I can cope with what life brings as long as I wake up to see your face.Thank you my treasured and cherished love. Your loving and caring have made our marriage a blissful adventure of two! Thanks Love.

together forever til jannah

Daisypath Anniversary tickers

♥SoPhea AdriANNa♥

Lilypie Third Birthday tickers

♥sOpHEA aLEESya♥

Lilypie Second Birthday tickers
bila tiada yang baik untuk diucapkan.
maka diamlah.
itu lebih baik dari bicara yang sia-sia.

sama seperti berbicara,
bila tiada yang bermanfaat dan berfaedah untuk ditulis dan dikongsikan,
maka diamkanlah jemarimu.
sepi dari catatan.
itu lebih baik daripada menulis perkara yang sia-sia.

Monday, June 16, 2008

oRAng-oRAng tERaSInG

Pada masa lain dia merasakan, seolah-olah sudah membuat keputusan secara matang sebagai WANITA dewasa, dan menidakkan bahawa segalanya dibuat secara tergesa-gesa tanpa sebarang pertimbangan.

Suatu pemikiran dan tanggapan yang amat bertentangan, bagaikan pertembungan antara dua kutub, saling berlawanan.



Dia menidakkan bahawa keputusannya, menafikan dengan sesungguh ia suatu kesilapan paling teruk pernah dilakukan, suatu tingkah yang lebih peduli akan emosi sendiri, hingga menghilangkan segala pertimbangan dan kewajaran.



Fikiran celaru dan keliru menjadikan seseorang mempercayai sesuatu yang lebih kepada perasaan semata-mata, sesuatu yang dirasakan sebagai benar dan betul, dirasai yakin ada, benar-benar wujud, dan sentiasa ada di mana-mana.



Kadang-kadang perasaan menjadi suatu provokasi fikiran dengan membuat pelbagai andaian dan anggapan sehingga menjadi dongeng perasaan yang menjadi benar dan betul, jika pun tidak pada hidup nyata.



“Kau terlalu banyak berfikir dan berandaian sehingga tidak boleh membezakan, yang mana satu wujud dalam fikiran dan dunia sedar. Daya fikiran kau diracuni oleh pelbagai bayangan yang seolah-olah memburu dan menjadi ancaman,” kata -kata yang tidak mampu disanggah atau dikilas.



Dia tidak pasti kata-kata itu benar atau tidak, dan dia tidak mahu mempedulikan, jika pun dia mahu menafikan, tidak bermakna penafiannya akan diterima orang lain.



Lantas penafian tidak penting, kecuali ia sekadar suatu rutin apabila berlaku sesuatu yang mungkin tidak dapat diterima, atau dianggap tidak benar, tidak menyenangkan, maka ia ditolak dengan kata-kata penafian.



Kadang-kadang dia membiarkan kata-kata mengenai dirinya, tanpa memberi ulasan dan jawapan, bahawa kata-kata itu juga ada benar, biarpun dengan prejudis dan wasangka sendiri.

Dia tidak boleh menafikan perkara itu, atau mengetepikan begitu sahaja untuk memaksa rakan2 untuk mentaati setiap butir perkataan yang meluncur dari mulutnya.




Katanya, dia tidak boleh menolak untuk membuat andaian bahawa segala yang berlaku dalam hidup juga seharusnya bermula dengan andaian yang kemudian menjadi benar dan nyata, atau diketepikan bila ia dianggap tidak benar.



Tentunya manusia yang berjaya mencipta sesuatu yang akhirnya berguna dalam hidup hidup manusia kini pun bermula dengan andaian, jika sesuatu dilakukan untuk tujuan dan keperluan tertentu, maka hasilnya akan menjadi sedemikian.



“Jangan terlalu banyak andaian, atau meletakkan andaian dan jangkaan terlalu penting hingga mempengaruhi setiap benar dan nyata dalam hidup kau,”



Kadang-kadang dalam perbualan, dia akan memerhatikan temannya, meneliti setiap perkataan, dan membuat renungan dari kata-kata itu, betapa teman serumahnya itu mempunyai kedalaman fikiran, sesuatu yang jarang diserlahkan, dan ia juga suatu yang mencetuskan kekaguman perasaan.



Teman memberitahu, hidup terlalu berharga dan singkat untuk disia-siakan dengan andaian dan jangkaan semata-mata, tanpa sesuatu yang lebih konkrit, utuh dan padu.



Kata-kata yang dia jawab dengan anggukan, ada benarnya, cuma kali ini dia tidak mahu memikirkan persoalan lain untuk menyanggah, lalu membiarkannya.



Baginya juga hidup seolah-olah diburu oleh bayang-bayang, dan lebih teruk ia sekadar bayang-bayang perasaan, menjadikan diri terlalu cemas dan mengalami segala macam halusinasi, bayang-bayang perasaan yang menggugat kewarasan.



“Kau bermaksud aku akan menjadi seorang yang sewel? Atau separuh waras?” Pertanyaan yang tidak mengundang kejutan, disambut dengan tenang, bahawa ia sekadar kemungkinan yang menjadi benar dan betul, atau berlaku sebaliknya yang jauh sekali meleset.



Dia mengakui kehidupannya kini semakin sukar dan ia bukan sekadar andaian dan jangkaan perasaan semata-mata, sedang jangkaannya dulu ia tidak seperti yang dialami dan melandanya kini. Amat jauh dari jangkaannya dulu, memang tidak pernah terjangka oleh akalnya tatkala itu, bagaimana zaman sudah berbeza dan mengubah nilai hidup.



Barangkali ini pusingan roda kehidupan, bahawa dia akan berada dalam sesuatu situasi apabila tiba seru, tanpa mampu disanggah atau ditolak, tanpa upaya dia nafikan begitu sahaja. Bukankah itu persoalan takdir yang mahu difahami dan percaya.



Jika menjangkakan begini sejak awal, fikirnya, tidak dia melakukannya, yang kemudian dihambat oleh perasaan kesal, kenapa pula dia harus memikirkan seperti itu, bukan ini soal takdir hidup, perjalanan hidup yang sudah tertulis dan dia hanya si pembaca skrip yang mengikutinya tanpa soal.



Kadang-kadang hati yang memberontak selalu teruja untuk mempersoal segala-galanya, selalu menidakkan sesuatu yang dianggap benar dan nyata, atau menyatakan suatu yang tidak wujud sebagai benar dan ada.



Bagaimana pula dia boleh meramalkan hidup masa depan, melihat bayangan perlakuan dan peristiwa dalam hidup untuk kemudian membuat rencana balas bagi mengelak takdir yang tidak menyenangkan hatinya. Sejauh itu dia berfikir, betapa dia terlalu dihambat oleh perasaan sendiri, terus berfikir yang menjadi kembara minda dan rasa.



Lalu apakah yang mahu dia pertikai dalam hidupnya, menentang sesuatu yang tidak memihak kepada dirinya, atau sekadar mengikut arus dengan laju dan perlahan yang sudah ditentukan.

Dia berada terlalu jauh daripada landasan yang sepatutnya, dia beranggapan sedemikian tatkala terjelma suatu kekhuatiran jika tanggapan dan andaiannya melebihi jangkaan, menerobos alam angan-angan semata.




Kemudian dia memikirkan hidupnya terlalu banyak kekhuatiran sehingga ia menjadi terlalu penting dan besar, mengatasi perihal lain dalam kehidupan, dan kekhuatiran itu menjadi suatu gangguan yang mengasak dan menyendat hidupnya.



“Masih ada perkara dalam hidup ini yang penting untuk kau fikirkan, daripada terus menjadi manusia yang sentiasa waspada dan khuatir apabila mempercayai pelbagai andaian”.



Dia mengaku, itulah hambatan hidupnya kini, bahawa keputusannya dulu menjadi suatu yang sentiasa memburu fikiran, seolah-olah sekarang ia menjadi amat penting dan sentiasa mencengkam hidupnya.



Kenapa tidak pernah menjangkakannya, dia kadang-kadang disoal oleh perasaannya yang mahu mempertikaikan keupayaan akalnya untuk menentukan rasional setiap fikiran dan perbuatan.



“Aku akan menghadapinya,” katanya, tidak ada yang lebih baik untuk mendapat tenang selain membebaskan diri. “Itu harga yang harus dibayar, setiap pengorbanan mesti dengan korban”.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَ‌جِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا