Anda hampir sampai ke penghujung trimester pertama. Banyak dari perkembangan kritikal bayi akan selesai dalam dua minggu lagi, dan kemungkinan
keguguran akan berkurangan secara ketara.
Diukur dari mercu kepala ke punggung, fetus 1.5-inci / 4-sentimeter anda mempunyai semua bahagian-bahagiannya, dari kudup gigi ke kuku jari kaki. Bayi anda sibuk
menendang dan meregang; pergerakan-pergerakannya amat lemah-gemalai sehinggakan seperti balet air. Jari-jari tangan dan kaki sudah terpisah sepenuhnya. Kini, tugas utama fetus dalam tempoh enam bulan ke hadapan ialah untuk terus membesar dan menjadi semakin kuat sehingga ia boleh meneruskan kehidupan secara bersendirian di luar rahim.
Satu garisan pigmen gelap yang menegak
linea nigra, mungkin akan muncul di abdomen anda. Uterus anda sudah naik dan mengatasi tulang pelvis anda dan sekarang doktor anda akan boleh merasanya semasa pemeriksaan luaran.
alhamdulillah..:)
tu je ucapan yg mampu dikuarkan di bulan Ramadhan nie..:)
cuma berharap agar semuanya berjalan lancar..
arini da 11 weeks & 2 days..;D
alhamdulillah masih boleh berpuasa..kadang2 tu tintong gak pale nie..
takut juga merbahaya kan kat baby..;(..cian anak mama nie nanti..
alhamdulillah bangun pagi tuk siapkan sahur hubby x menjadi masalah cuma bile berbuka tu da melepek sket..jd hubby laa yg jd chef kat dapur..:)..hubby pon x kisah sbb bile ptg mmg dia suh wifey ye ni baring je..cum atolong masakkan nasi jer..:)..mekacehhhhhh yang..;D
tummy pon da berombak2 dengan degupan jantung lil one nie..:)
hubby laa paling suke..:)
arini buka ape korang?
cik hubby bw wifey buka luar arini yeahhhhhhh..;D
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.