dan bila kamu tak mampu berbahagia dengan kebahagiaan yang dinikmati orang lain,
jangan merosakkan diri dengan berduka cita atas kebahagiaan mereka.
jangan merosakkan diri dengan berduka cita atas kebahagiaan mereka.
itulah perkara yang sia-sia.
mereka bahagia dan gembira atas apa yang ALLAH takdirkan untuk mereka.
sedang kamu mahu berduka cita, merosakkan diri,
kerana mencemburui takdir Tuhan yang tertulis buat mereka?
“berhentilah peduli,
maka kau akan jauh dari luka.”
maka kau akan jauh dari luka.”
“berhentilah mengambil tahu,
maka kau akan jauh dari kecewa”
itulah kata mereka,
dan juga bisik hati yang pernah dilukai.
jujur,
berhenti peduli, dan berpura-pura tak mengambil tahu itu,
benteng dari luka dan kecewa
atau hanya membuat hati bertambah luka?
kerana kita sedang berpura-pura,
memaksa diri dan membohongi hati,
bahawa sejujurnya,
masih ada khabar yang ingin kita dengari?
ketakutan terkadang membuat kita menjauh,
sedang rasa ingin tahu membuat kita menderita.
maka, pilihlah yang terbaik. ;’)
Seiring masa, kamu akan memahami, bahawa terkabulnya semua harapan dan keinginan itu,
Tidak akan sentiasa membuat kamu bahagia.
Tidak semua bahagia datang dengan terkabulnya impian,
kerana terkadang,
dari luka dan duka,
Tuhan menitipkannya.
Tidak akan sentiasa membuat kamu bahagia.
Tidak semua bahagia datang dengan terkabulnya impian,
kerana terkadang,
dari luka dan duka,
Tuhan menitipkannya.
p/s: PESANAN PENAJA UNTUK TAHUN BARU YANG SERBA BARU NANTI:
“Don’t waste your time looking back at what you lost.
Move on.
Move on.
Remember life is not meant to be traveled backwards.”
Selamat Tahun Baru 2013...