ketahuilah,
bahawa aku hanya sang pemerhati.
disuatu sisi dari bumi.
bahawa aku hanya sang pemerhati.
disuatu sisi dari bumi.
bukan mentari yang menyinari,
bukan awan yang memayungi,
bukan hujan yang membasahi,
bukan pelangi yang mewarnai.
bukan bulan purnama yang menyuluh jalan,
bukan bintang yang menghiasi.
aku cuma insan kerdil yang berdiri diatas tanah.
dan itu pun atas izin pencipta-KU.
dan itu pun atas izin pencipta-KU.
hanya insan.
yang mengagumi semua itu;
langit yang tetap mendamaikan
walau manusia membuat huru hara.
matahari yang tetap memancarkan cahaya,
walau manusia mengeji,
hujan yang datang bersama rahmat
walau manusia acap kali mengeluh.
awan yang damai dan memberi teduh,
pelangi yang indah,
bintang yang menyinari malam,
dan bulan yang menghiasi malam hari.
yang mengagumi semua itu;
langit yang tetap mendamaikan
walau manusia membuat huru hara.
matahari yang tetap memancarkan cahaya,
walau manusia mengeji,
hujan yang datang bersama rahmat
walau manusia acap kali mengeluh.
awan yang damai dan memberi teduh,
pelangi yang indah,
bintang yang menyinari malam,
dan bulan yang menghiasi malam hari.
sedang aku,
aku hanya seorang manusia kecil
di bumi Tuhan yang sangat luas.
maka,
tiadalah hak walau sekelumit pun,
untuk aku berbesar diri.
berbangga,dan takbur,
sedang semua ciptaanNYA itu,
sentiasa membesarkan PENCIPTA mereka.
“Dan pada mereka yang telah benar-benar diuji, pandangan manusia itu bukan apa-apa buat mereka.
Cemuhan, salah faham, anggapan dan persepsi masyarakat itu cuma sekelumit dari cebisan-cebisan ujian yang perlu mereka tempuhi.
Lantaran mereka menyedari bahawa
ada hal dan perkara lebih mustahak untuk dijalani dan difikirkan.
ada hal dan perkara lebih mustahak untuk dijalani dan difikirkan.
Dan mereka memahami bahawa kata-kata manusia yang tidak mengerti itu tidak lebih dari hanya kata-kata…”
dan sampai bila kita mahu meletak bahagia kita pada memiliki sesuatu yang mungkin bukan utk kita?
sampai bila kita mahu menjadikan seseorg asbab dan musabab barulah kita akan bahagia?
sampai bila kita mahu menjadikan seseorg asbab dan musabab barulah kita akan bahagia?
bahagia kita bersumber dri manusia?
adakah itu yg kita percaya?
bahagia kita hanya akan dikecapi dgn memiliki apa yg kita sayangi dan kita cintai?
itu yang kita pegang selama ini?
maka sampai bila kita akan mengecap bahgia ?
selagi mana dia bukan milik kita?
selagi mana apa yang kita ingini tidak kita miliki?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.