"Wanita lebih suka di beri komitmen daripada seikat bunga, ataupun kalimat terindah sekalipun.."
8 DISEMBER 2012
Tahniah buat adinda saya
angah & wan ;D
dan kelak,
semakin kamu dewasa,
maka semakin kamu mengerti,
bahawa kehidupan punya begitu banyak sisi untuk diterokai,
dan bumi ini punya begitu banyak jalan untuk kamu lalui,
selain satu-satunya yang kamu lihat jelas di mata kamu kini,
cinta ajnabi.
semakin kamu dewasa,
maka semakin kamu mengerti,
bahawa kehidupan punya begitu banyak sisi untuk diterokai,
dan bumi ini punya begitu banyak jalan untuk kamu lalui,
selain satu-satunya yang kamu lihat jelas di mata kamu kini,
cinta ajnabi.
selamat menjadi dewasa,
wahai adik-adik.
wahai adik-adik.
ketahuilah,
bahawa akhirnya nanti,
cinta manusia yang kamu dambakan itu,
bukan penamat dan pegakhiran segala-galanya.
Kamu akan memahami,
bahawa,
akan ada hal yang lebih mustahak.
akan ada hal yang lebih besar.
bahkan akan ada hal yang lebih melukai hati.
Kelak, kamu akan mengerti.
When looking for a spouse, look for somebody who is very helpful to others, for if they are helpful to others who are not related to them, how much more helpful are they going to be to you if they are now your spouse?
A woman’s beautiful face attracts a flirter; a woman’s beautiful heart attracts a lover; a woman’s beautiful character attracts a good/pious man
dan ingatkah?
pernah aku khabarkan.
aku cuma gadis biasa,
yang masih bertatih mencari redha.
pernah aku khabarkan.
aku cuma gadis biasa,
yang masih bertatih mencari redha.
lalu, biar aku akui,
bahawa aku mungkin bukan mawar berduri yang kau cari-cari,
harum dan berseri,
utuh memagari diri dan melukai tangan yang cuba menodai,
tapi hanya teluki.
teluki yang mungkin hanya mampu mengasingkan dan meminggirkan diri.
teluki yang tak digemari.
aku mungkin tak seindah dan seharum mawar.
namun, aku masih punya sisi yang indah,
itupun jika kau masih tahu menghargai keindahan dan keunikan
penciptaan Tuhan.
Bahagia itu ternyata ditempuh dengan tangisan, dibalut dengan kesabaran luar biasa dan dilindungi dengan semangat. Maka jika kamu bahagia, aku tahu ada tangisan, kesabaran dan semangat yang kamu lalui sebelumnya.
tahniah buat pengantin baru...
ReplyDeletepengantin lama pun seri masihhhh berseri...
heheheh
ReplyDeletemana ada beseri ka da memboyot ni kan hehehe...:)
alhamdulillah senang hati dua2 majlis da selesai..;)