she had been 8 MOnThs InSUde ME..:).alHamDULillaH
Apabila memasuki minggu ke-32, bayi akan lebih cepat membesar. Berat badannya meningkat ke 2.5-3 kg, dengan pertambahan lebih kurang 25 gram setiap hari. Ukuran panjangnya pula kira-kira 30 cm ( 12-15 inci ). Tulang bayi mulai mengeras. Bayi sudah pandai tersedu dan menangis, dan mulai menunjukkan tindak balas terhadap sebarang suara atau bunyi-bunyian dan juga cahaya.
Pada penghujung bulan kelapan, bayi akan mencapai saiz 17 inci dan berat badannya sekitar 3-3.5 kg. Perkembangan pertumbuhan otak bayi semakin cepat, begitu juga organ lain, kecuali bahagian paru-paru.
Berat bayi anda sekarang lebih kurang 3.75 paun / 1.7 kilogram dan panjangnya lebih kurang 17 inci / 42 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Walaupun paru-parunya belum akan matang sepenuhnya sehingga hampir dekat masa dilahirkan, anak kecil anda menyedut cecair amnion untuk menguatkan paru-parunya dan berlatih untuk bernafas.
Bagi sesetengah bayi, rambut sudahpun memenuhi kepala, tetapi ada juga bayi hanya mempunyai beberapa gumpal rambut sahaja. Rambut lebat semasa lahir tidak bermakna rambut lebat di kemudian hari, namun begitu, lazimnya kanak-kanak yang mempunyai rambut halus di zaman kanak-kanak akan mempunyai rambut yang jarang semasa dewasa.
Jika bayi anda lelaki, testikel sepatutnya turun dari abdomen dan masuk ke dalam skrotum. Namun kadangkala, satu testikel atau kedua-duanya tidak akan turun masuk ke tempatnya sehingga selepas kelahiran. Bagi dua per tiga bayi lelaki yang mempunyai
testikel tak turun semasa lahir, keadaan ini memulih dengan sendirinya menjelang
umur satu tahun. Anda mungkin menambahkan berat badan anda sebanyak satu paun / 450 gram setiap minggu, sebab dalam masa tujuh minggu sebelum lahir, bayi anda akan menambahkan lebih dari setengah berat lahirnya. Pastikan anda
makan secara sempurna dalam minggu-minggu terakhir.
alhamdulillah
arini da genap 8 bulan...:)
waaaaaaa bedebar2 dlm hati nak jumpe buah hati nie..hehehe
papa dia pon sama..excited...lagi geram bile tgk baju2 n brg2 bb kan..;D
semoga segalanya baek2 saja ye
sayang mama dun be naughty2 tau..
esok mama n papa ada antenatal class..;D
ape laa nak di ajar sok kan..;)
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
lg sebulan wiwiwi :D
ReplyDelete