Buat SuAmI..

When we first met, I fell in love with you. I knew right then you were the only one for me. As time goes by, our love grows stronger still. You're the most amazing man I ever knew. The place I want to be is close to you. There’s ecstasy and peace in your embrace. I know that I can cope with what life brings as long as I wake up to see your face.Thank you my treasured and cherished love. Your loving and caring have made our marriage a blissful adventure of two! Thanks Love.

together forever til jannah

Daisypath Anniversary tickers

♥SoPhea AdriANNa♥

Lilypie Third Birthday tickers

♥sOpHEA aLEESya♥

Lilypie Second Birthday tickers
bila tiada yang baik untuk diucapkan.
maka diamlah.
itu lebih baik dari bicara yang sia-sia.

sama seperti berbicara,
bila tiada yang bermanfaat dan berfaedah untuk ditulis dan dikongsikan,
maka diamkanlah jemarimu.
sepi dari catatan.
itu lebih baik daripada menulis perkara yang sia-sia.

Friday, April 9, 2010

Ni mEmanG sesUai dI baCA meREka2 Yg X Sedar DiRi KAn..

Saya perhatikan, apabila seseorang itu (bukan semua orang) sudah sampai kepada peringkat ‘berjaya’ (ye ke?), maka mereka akan mula memperkatakan sesuatu mengenai orang lain yang mereka tidak suka. Mereka perasan dalam perasan iaitu mereka tak perasan yang mereka sedang perasan. Erm, mungkin saya juga melakukan hal ini tapi rasanya tak ada atau kurang kot.

Apa yang saya ingin katakan pada hari ini adalah, saya begitu pelik dengan perangai manusia (tak semua) yang menganggap diri mereka sahaja yang betul dan orang lain salah walaupun salah orang lain itu hanya 1 dalam 1000 kebaikan. Mengapa? Dalam 1001 perkara, yang 1000 mereka tidak nampak tetapi yang satu itulah mereka gunakan untuk membenci seseorang.

Adakah mereka lupa bahawa manusia itu bukan maksum? Adakah mereka lupa yang manusia itu tidak dapat mengelak melakukan kesilapan? Mengapa mereka tidak bertanya atau berhubungan dengan yang melakukan kesilapan itu dahulu sebelum mereka menggembar-gemburkan? Tidakkah itu boleh memburuk-burukkan individu tersebut?


Adakah mereka tidak tahu yang mereka akan mendapat dosa jika membongkar aib (keburukan) orang lain??? Adakah mereka tidak tahu banyak sebab dan faktor sesuatu kesilapan itu dilakukan atau mungkin ia tak sengaja dilakukan?


Jelas, kalau akal sudah diletak di lutut, maka fikiran dah tak terkawal dan sudah tidak memikirkan sesuatu secara baik.

Manusia, memang suka melihat kesilapan orang lain sehingga tidak sedar rasa ujub sudah melanda pada jiwa mereka walaupun mereka mengatakan mereka tidak ujub dan riak… Hakikatnya, mereka tidak nampak akan diri mereka kerana sifat ujub itu berada dalam bahagian tetingkap “buta”.

Anda boleh rujuk teori tetingkap Johari yang mana kata teori ini, kita tidak nampak sifat buruk atau kelebihan diri sendiri, tapi orang lain sedar dan nampak sikap dan sifat tersebut. Boleh rujuk di sini (klik). Mudah cerita, si tukang ‘pengumpat’ itu buta akan sifat buruknya tapi orang lain seperti saya sedar yang dia sedang melakukan kesilapan.

Adalah satu kejahilan jika kita menggembar-gemburkan sesuatu kesilapan itu jika ia hanya perkara kecil sahaja. Oh, lawak betul. Tak ada benda lain ke nak tulis atau disampaikan kepada orang ramai? Al-maklumlah diri sudah glemer dan ramai supporters. Maaf jika ada yang terasa, tapi yang pasti, anda tidak melakukannya, insyaAllah dan saya juga sentiasa mengingatkan diri saya sendiri akan hal yang “lawak” ini.

Dalam konteks blogging, kadang-kadang kita sudah tiada idea untuk menulis sesuatu lantas mulalah mahu mengata dan mengumpat orang lain mengenai perkara yang remeh-temeh seperti aib orang. Kalau tak suka dengan seseorang, kan mudah tegur terus. Kalau malu nak menegur, maka Islam telah memberikan petuanya: DIAM. Tak perlulah mengata-ngata dengan menulis di blog dan membuatkan orang lain pula terasa dan tak sedap hati.

Ketahuilah, begitu buruk dan hinanya sifat mengumpat di sisi Islam. Begitu juga sifat memfitnah, ujub, riak dan takabbur. Semoga Allah menjauhi kita semua daripada sifat-sifat BURUK sebegini.

Jika anda seorang blogger, rasanya tak perlulah bercerita-ceriti mengenai seseorang lagi-lagi jika tak ada fakta yang kuat. Kalau ia salah, apa namanya? Ya, FITNAH. Kalau perkara tu aib (buruk) orang? Ya, ia adalah MENGUMPAT. Semuanya berdosa di sisi Islam melainkan pengecualian bagi keadaan tertentu.

Memanglah blog itu hebat, canggih dan satu alat media terkini untuk menyampaikan idea, pandangan, info dan sebagainya, tapi… TAPI….

Jalan-jalan Islam kita nak letak kat mana?

Menulis sesuatu yang baik amat digalakkan dalam Islam, tidak kisah topik apa pun, janji ia berfaedah. Tapi ada satu lagi sifat buruk para blogger, namun bukan semua bloggerlah.

Sifatnya adalah, memperlekehkan penulisan orang lain!

Kononnya si blogger ni tak ikhlas berkongsi ilmu.

Tulisannya hampeh kata mereka.
Kononnya dia dan blogger lain sahaja yang ikhlas menulis.

Blogger ni bagus, tapi blogger lain tak Ok. Sikap apakah ini?


Oh, tidakkah ini satu sikap takabbur dan menuduh? Islam ajar ke sikap macam ni? Lainlah kalau si blogger tersebut menulis karut-marut yang tak baik, itu lain ceritalah. Tapi kes yang saya bawakan ini, blogger yang dikatakan tak bagus itu menulis benda-benda yang baik, tapi sedih, mereka dituduh tak ikhlas menulis. Kan pelik tu.

Saya menulis di blog ini, saya ada cara saya dan ada strategi saya sendiri. Shuth, SaifulSham, Dr Irfan, Alang, Kak G, Hasrul, Sufian, Jebat, JimieRay, Cikgu Azleen dan ramai lagilah blogger-blogger lain, ada cara penulisan sendiri. Itu cara mereka, style mereka, kehendak mereka, jalan mereka, maka berhak dan patutkah anda mengatakan mereka tidak bagus?

Ya saya tahu, sebagai seorang pembaca blog, kita mahukan isi yang relevan, seronok dibaca dan boleh diguna-pakai. Maka kepada blogger, improve your writing skills. Namun bagi saya, selagi penulis blog itu berkongsikan sesuatu yang baik, maka tak salah bukan? Biarlah hanya satu ayat, itu juga perkongsian ilmu namanya. Jika satu tulisan itu biasa-biasa bagi anda, tapi tidak untuk orang lain. Anda tidak dahaga sepertimana orang lain yang dahaga… Janggan anggap semua orang macam anda.

Adakah patut kita menilai tulisan seseorang blogger dari segi isi semata-mata?

Bagi saya TIDAK.

Saya melihat kepada masa yang mereka luangkan untuk menulis, itu sudah cukup membuktikan mereka ikhlas menulis! Sepatutnya kita berterima kasih kerana mereka sudi berkongsi ilmu, bukan mengutuk atau mengata. Apabila blogger tidak menulis, pembaca bising kebosanan. Tapi bila ditulis sesuatu, tidak pula diambil manfaatnya. Tapi sedih, bila ada “slack” sikit, mula nak dikutuknya. Manusia, manusia, dikau begitu mudah lupa yer.

“Ya ke mereka ikhlas menulis?”.

Jawapan saya mudah kepada soalan itu. “Agama Islam menggalakkan kita bersikap berbaik-sangka”. Mudah sahaja kan? Ikhlas atau tak, itu urusan dia dengan Allah, bukan tanggungjawab kita. Tak perlulah berdengki atau berburuk sangka. Setiap orang (dalam kes blogging ini) ada kekuatan masing-masing, tak perlulah dicari keburukan mereka. Buang masa namanya tu.

Jadi jelas, apa sangat kejadahnya nak komen-komen penulisan orang lain Ok atau tak? Atau untuk apa nak salahkan perilaku seseorang yang kita sendiri tak jelas apa puncanya?Tak payah lepas geram dengan membongkar cerita-cerita yang tak berfaedah.

Kesimpulan di sini (dalam kes blogger), hormatilah penulisan orang lain, atau berbaik sangkalah dengan orang lain. Islam itu mudah, jangan menyusahkannya. Kalau nak komen dan kritik, tulis secara baik-baik, profesional dan berilmiah. Bukan kutuk orang lain dan kemudian angkat (puji) diri sendiri. Apa kes?

Maafkan jika ada yang terasa tetapi diri saya terasa terpanggil untuk menyuarakan hakikat keadaan sekarang yang mana wujudnya “geng” tersendiri dalam arena blogging ini iaitu “aku betul, kau salah, aku hebat, mereka lagak je lebih”. Astaghfirullah, semoga tidak berlaku perpecahan dalam ummat ini. Ya, setiap blogger ada pegangan dan group masing-masing, tapi jika tak dapat nak terima pegangan orang lain, lebih baik diam dan buat kerja sendiri daripada berkata-kata buruk.

Walaupun blog satu alat yang hebat sehingga boleh membuat orang terpegun dengan tulisan kita, namun nilai-nilai murni yang dianjur oleh Islam tetap perlu diamalkan jika mahu menjadi hamba yang diredhaiNya. Tulislah sesuatu yang baik di blog anda tidak kisah anda pakar atau tidak. Kongsilah apa sahaja yang anda mahu dan orang lain tak berhak untuk mengatakan tulisan anda tak ikhlas atau tak bagus. Hakikatnya, anda menulis itu pun sudah satu usaha yang baik, maka wajarkah mereka berkata begitu???

Kembalilah ke jalan yang murni dan semoga menjadi seorang blogger yang yang diredhaiNya.

Kepada blogger yang merasakan anda tidak hebat, ketahuilah, di saat anda mara untuk menjadi blogger dengan langkah pertama, itu adalah saat yang begitu hebat untuk anda!! Maka wajarkah orang lain mempersendakan usaha anda? Katakan TIDAK kepada mereka kerana hakikatnya di saat mereka ‘mengutuk’ usaha anda, mereka sebenarnya sudah tidak hebat lagi! Noktah.

Akhir kata, setiap apa yang saya tulis, saya mengingatkan diri saya sendiri dan semoga Allah melindungi kita daripada sikap berburuk-sangka. Jalinkan hubungan baik dengan blogger-blogger yang lain dan milikilah sifat maaf-memaafkan. Islam itu indah.

Wassalam.


ArTIcLE ni NiniE dPt DArI dia...;p

11 comments:

  1. setuju..

    kadang2 blogging pun dah leh wat orang gaduh2...

    ReplyDelete
  2. satu pesanan yang baik ninie. semoga kita semua senantiasa bersangka baik (husnul zom) sesama kita agar silaturrahim itu tidak tercemar. Syaitan akan sentiasa membisikkan syak wasangka dan fikiran buruk agar kita berpecah belah.

    ReplyDelete
  3. satu pesanan yang baik ninie. semoga kita semua senantiasa bersangka baik (husnul zom) sesama kita agar silaturrahim itu tidak tercemar. Syaitan akan sentiasa membisikkan syak wasangka dan fikiran buruk agar kita berpecah belah.

    ReplyDelete
  4. satu pesanan yang baik ninie. semoga kita semua senantiasa bersangka baik (husnul zom) sesama kita agar silaturrahim itu tidak tercemar. Syaitan akan sentiasa membisikkan syak wasangka dan fikiran buruk agar kita berpecah belah.

    ReplyDelete
  5. satu pesanan yg patut diambik berat...perlu saling hormat menghormati sesama blogger...

    ReplyDelete
  6. gud info..

    org2 mcm nie selalu perasan bagus..

    happy weekend..

    ReplyDelete
  7. chaiyok darl!!
    happy blogging..
    pesanan yang sangat baik..
    qah pun tak suka cari gado ngan org dan qah lebih suka diam dari gado..takotlaa sakitkan hati org ni tapi kan kalau qah ade buat sakit hati org qah mesti macam serba salah.. huhuu~

    ReplyDelete
  8. heeeeeeee

    akak..kita xpernah gad0 kan..kan3..

    ReplyDelete
  9. johari window.....hehehehe

    setuju2!!

    ReplyDelete

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَ‌جِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا