Buat SuAmI..

When we first met, I fell in love with you. I knew right then you were the only one for me. As time goes by, our love grows stronger still. You're the most amazing man I ever knew. The place I want to be is close to you. There’s ecstasy and peace in your embrace. I know that I can cope with what life brings as long as I wake up to see your face.Thank you my treasured and cherished love. Your loving and caring have made our marriage a blissful adventure of two! Thanks Love.

together forever til jannah

Daisypath Anniversary tickers

♥SoPhea AdriANNa♥

Lilypie Third Birthday tickers

♥sOpHEA aLEESya♥

Lilypie Second Birthday tickers
bila tiada yang baik untuk diucapkan.
maka diamlah.
itu lebih baik dari bicara yang sia-sia.

sama seperti berbicara,
bila tiada yang bermanfaat dan berfaedah untuk ditulis dan dikongsikan,
maka diamkanlah jemarimu.
sepi dari catatan.
itu lebih baik daripada menulis perkara yang sia-sia.

Wednesday, July 23, 2008

bERIKaN aKU dIArI


Kadang-kadang sesuatu yang tidak diminta berlaku dalam hidup, bagaikan tetamu tidak diundang, hadir dalam hidup kita, mengubah keadaan dan menjadikan hidup ini penuh getar, barangkali berupa kejutan.

Barangkali ini soal takdir dan kepayahan merupakan suatu hukum hidup yang wajib diterima, semestinya, tidak perlu dirungut dan ditempelak dengan kata-kata bahawa keadilan tidak pernah ada dalam hidup ini.

Keadilan ..ah.., tidak bermaksud untuk menyelongkar dan membongkar perihal hidup kita sebelum ini, perihal DIRImu, maksudku, tidak perlu menjadi topik kata-kata jika hanya menyakitkan hati

Bukankah hati yang sakit merupakan racun paling bisa yang membunuh segala kewarasan dan kecekalan, sekadar menaburkan benih kebencian yang bermaharajalela menjadi dendam kesumat.

Sebelum pergi terlalu jauh untuk mengatakan perihal dendam dan kecewa, sakit hati dan luka perasaan. Hidup bukan untuk mengemis simpati sesiapa, melainkan untuk berusaha pada tahap paling tinggi.

Semakin nakal

Bukankah emas lambang kemewahan, juga kecantikan dan keindahan dengan cara dan tata sendiri, sedang padi juga lambang kejayaan hidup yang rajin dan cekal mengharung bahang mentari yang tidak pernah memilih sesiapa pun untuk dilindungi.

Bahagia hidup ini andai kita mahu hidup dan menjayakannya dengan kerajinan, bukan simpati yang hanya mengundang sudut pandang hina dan kata-kata nista.

Sebenarnya, semakin hampir musimnya banyak perkara yang merisaukan menerjah dalam ruang perasaan, amat menggamit bagaikan kehadiran yang tidak boleh disangkal, dan kerisauan itu punya sebab dan sewajarnya menjadi suatu kebimbangan.

Barangkali ini resah perasaan bahawa hidup mempunyai debar dan getar sendiri, tentang hari-hari suram yang mahu diubah menjadi cerah, ceria dan suka, tentang kudrat dan bakti kepada tanah memberikan hasil yang diidam.

Mereka tak perlukan keluh-kesah dunia. Mereka tak perlukan bias-bias hidup yang mendera.Mereka tak gundah terhadap keperluan-keperluan memaksa.

No comments:

Post a Comment

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَ‌جِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا