Buat SuAmI..

When we first met, I fell in love with you. I knew right then you were the only one for me. As time goes by, our love grows stronger still. You're the most amazing man I ever knew. The place I want to be is close to you. There’s ecstasy and peace in your embrace. I know that I can cope with what life brings as long as I wake up to see your face.Thank you my treasured and cherished love. Your loving and caring have made our marriage a blissful adventure of two! Thanks Love.

together forever til jannah

Daisypath Anniversary tickers

♥SoPhea AdriANNa♥

Lilypie Third Birthday tickers

♥sOpHEA aLEESya♥

Lilypie Second Birthday tickers
bila tiada yang baik untuk diucapkan.
maka diamlah.
itu lebih baik dari bicara yang sia-sia.

sama seperti berbicara,
bila tiada yang bermanfaat dan berfaedah untuk ditulis dan dikongsikan,
maka diamkanlah jemarimu.
sepi dari catatan.
itu lebih baik daripada menulis perkara yang sia-sia.

Tuesday, July 8, 2008

++..iNerSia..++

Fikirnya, acapkali bahawa kepulangannya perlu mempunyai sasaran dan tujuan tertentu yang akan menjadi makna kejayaan dalam hidupnya, lebih bermakna daripada perkara dalam kehidupan.

Jika tanpa tujuan dan sasaran tertentu jadi apakah makna hidupnya sendiri, bagaikan mengharung lautan dengan perahu kecil tanpa layar, kemudi atau pendayung, semata-mata mengikut arus lautan dan lambungan ombak dengan harapan akan dibawa ke destinasi.

Ini bukan cerita apabila seseorang mencampak botol berisi sekeping nota atau surat seperti yang dibuat oleh para pelaut yang sesat, atau sesiapa sahaja dengan harapan, botol berisi surat atau nota mengenai apa sahaja akan tiba di suatu daratan lain dan diterima oleh seseorang.

Tidak, ini perjalanan dengan tujuan dan makna tertentu, bukan untuk diri sendiri, ia untuk tujuan dan makna lain. Di tanah leluhur kejayaan boleh ditempa biarpun jalan mendaki lebih sukar, lebih berhalangan dan tidak mustahil, dia akan ditimpa kegagalan yang akhirnya, meletakkan diri dalam kekecewaan.

Katanya, dia tidak mahu kecewa, suatu yang dinyatakan dengan tegas bahawa kegagalan tidak ada dalam kehidupannya kini, melainkan setiap usahanya mesti berakhir dengan kejayaan.

Hidup ini tidak mudah, dia mahu tekankan dalam hidup sebagai ingatan bahawa dia perlu berusaha jika tidak mahu gagal dan hanya mengecap rasa kecewa dan dicap sebagai lebai malang.

Alangkah aib jika diandai sebagai seorang yang gagal dan malang, tentu hina manusia yang diberi peluang untuk melakukan sesuatu hanya berkahir dengan kegagalan, berkesudahan dengan kekecewaan.

Katanya, dia boleh melakukan dengan memiliki kelebihan tertentu, suatu yang boleh digunakan dengan sebaik mungkin, kelebihannya tidak ada pada orang lain untuk menembusi kelompok masyarakatnya.

Dia mahu menyatakan sebaliknya apabila menyedari kata-katanya bagaikan pancungan pedang tajam terhadap hati yang sedang teruja, bahawa dia punya perancangan sendiri, ada hala tuju untuk diredah

No comments:

Post a Comment

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَ‌جِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا