Buat SuAmI..

When we first met, I fell in love with you. I knew right then you were the only one for me. As time goes by, our love grows stronger still. You're the most amazing man I ever knew. The place I want to be is close to you. There’s ecstasy and peace in your embrace. I know that I can cope with what life brings as long as I wake up to see your face.Thank you my treasured and cherished love. Your loving and caring have made our marriage a blissful adventure of two! Thanks Love.

together forever til jannah

Daisypath Anniversary tickers

♥SoPhea AdriANNa♥

Lilypie Third Birthday tickers

♥sOpHEA aLEESya♥

Lilypie Second Birthday tickers
bila tiada yang baik untuk diucapkan.
maka diamlah.
itu lebih baik dari bicara yang sia-sia.

sama seperti berbicara,
bila tiada yang bermanfaat dan berfaedah untuk ditulis dan dikongsikan,
maka diamkanlah jemarimu.
sepi dari catatan.
itu lebih baik daripada menulis perkara yang sia-sia.

Thursday, July 31, 2008

Dia daN dUNiaNya

“Kau tidak boleh terlalu peduli akan setiap kata orang, itu akan menjadi beban paling ngeri dalam hidup,” tegur seorang kawan yang melihat, sikap terlalu peduli akan kata-kata orang akhirnya memakan diri sendiri.

Sikap peduli yang menjadi beban dan kini membawa hidupnya ke arah tanpa pasti dan hidup penuh kecelaruan.

Dia tertanya sendiri apakah dia terlalu peduli pada setiap kata orang lain mengenai dirinya sehingga menjadikan pergerakan, tindakan dan cara berfikir semakin terhad dan tergalang.

Alangkah malangnya hidup yang seperti ditentukan dengan had tertentu, hidup tanpa kebebasan biarpun hakikat diri seorang merdeka.

Terlalu peduli atau orang lain yang menjaga tepi kain orang hingga setiap urat benangnya hendak diteliti, apakah itu perbuatan manusia paling baik sesama manusia sehingga membenarkannya membuat sebarang justifikasi.

Tentunya, amat malang justifikasi yang dibuat tidak menampakkan sebarang keadilan dan amat jauh terpesong daripada landas benar dan betul.

Bagaimana dia harus tidak mempedulikan kata-kata orang mengenai dirinya, setiap ulasan mengenai tindakan dan perbuatan adalah justifikasi yang kadang-kadang menghukumnya, mengganggu waras dan akal.

Jika dia menjadi tidak waras dan hidup seperti hilang akal sekali pun ia tidak akan menjadikan orang lain bertindak dan berfikir secara adil terhadap dirinya.

Kadang-kadang dia keliru, bahawa manusia sering melaungkan keadilan , biarpun pun hakikatnya, tidak pernah berlaku adil kepada sesama.

Harus bersabar
Pada akhirnya, dia menghadapi masalah lantaran terlalu peduli kepada setiap kata tidak adil, penuh penipuan dan pembohongan daripada justifikasi yang melangkaui had dan garis.

Katanya, dia tidak boleh mengambil sikap tidak peduli terhadap kata-kata yang memang ditujukan kepada dirinya, atau kata-kata yang menjadikan dirinya sebagai sasaran dan sumber.

Dia bukan objek tegasnya, untuk menjadi sasaran kata-kata yang tidak adil untuk dirinya, menghukum tanpa membuat penilaian, menghakimi tanpa memberi keadilan, kata-kata yang lebih kepada umpat dan keji.

“Itu perbuatan lebih teruk dan buruk dalam peradaban manusia,” katanya dengan marah yang ditahan-tahan, bahawa dia sudah tidak boleh bersabar menerima dan menanggung untuk tidak membalas dengan reaksi sendiri.

Jelas kawannya, rasa marah tidak akan membantu dirinya menghadapi situasi gawat dalam diri, melainkan menambah rusuh perasaan dengan segala natijah buruk akan ditanggungnya sendiri, dan setiap orang yang mengata dan membuat pelbagai justifikasi dan penghakiman akan terlepas menanggung menanggung padah kata-kata, kecuali diadili pada hari kemudian.

Jika dia percaya kepada keadilan sebenar, maka dia harus bersabar, nasihat kawannya, dia tidak boleh terus terjebak dengan sikap dan tingkah orang lain.

Kali ini dia akur apakah dia tega mahu berdepan dengan setiap orang yang dianggapnya sebagai mulut cabul dan tidak pernah menghormati hak dan perlakuan orang lain, menjadikan orang lain sebagai sasaran kata-kata kemusnahan dan kehancuran hidup seseorang.

Lagipun, apakah dia pernah melakukan kesalahan terhadap orang ini sehingga mereka membuat perlakuan yang sangat menjengkelkan mengenai dirinya, sehingga dia harus memikul beban sengsara.

Katanya, dia mahu sedikit ruang bernafas dan menikmati ketenangan hidup, dan dilayan secara saksama seperti manusia lain, tidak untuk memikul kata-kata tidak adil dan dilemparkan secara semberono terhadap dirinya.

Dia tidak mahu penghormatan menggunung dan tidak mahu kata kejian dan penghinaan, penuh syak dan prejudis yang tidak sepatutnya dibebankan kepada dirinya.

Seumur hidup jelasnya, dia tidak pernah berasa terlalu sedih dan duka seperti ketika ini hanya disebabkan menanggung kata-kata yang dilemparkan secara tidak bertanggungjawab dan adil.

Baginya, dia dilayan secara kejam dan kata-kata yang dilemparkan jauh lebih bisa dari segala racun, lebih tajam dari segala senjata paling runcing, yang membunuh akal dan jiwanya.

Dia merasakan maruahnya sebagai manusia sudah mati dan diinjak dengan penuh penghinaan, seolah-olah kehormatan orang lain sudah tidak perlu dipeduli, sekadar hiasan yang boleh ditanggal pada bila-bila masa.

Atau dia terlalu membebankan diri dengan sangkaan dan prihatin orang lain hingga segala-galanya perlu dilakukan mengikut kehendak dan kemahuan orang yang dikatakan amat peduli tentang hidup orang lain.

Apakah kehidupan terlalu memerlukan kata dan percakapan orang lain diteruskan sehingga akhirnya membelit akal sendiri, menghilangkan segala kebijaksanaan dalam membuat keputusan dan tindakan.

Sedang kata-kata yang dilemparkan juga tidak selalunya punya benar dan fakta, tidak lebih sebagai fitnah, umpat dan keji, dan amat malang apabila kata-kata seumpama itu diterima sebagai benar dan penuh percaya oleh orang lain, dan tanpa usul periksa.

Alangkah daifnya kehidupan seperti itu yang bertongkat kepada sesuatu percaya semata-mata pembohongan dan semberono, mengetepikan nilai kemanusiaan baik hanya untuk memenuhi kegagalan mengawal mulut sendiri, juga mungkin hati yang terlalu busuk dan penuh prasangka.

“Adakah kau mahu menjadi beban kepada segala kata dan percakapan manusia lain dan akhirnya gagal dihujung mulut penuh kejahatan. Kau terlalu peduli akan kata-kata dan percakapan sehingga hati kau sakit dan punah”.

Apa lagi yang dia mahu perkatakan tentang betapa luluh hatinya tatkala mendengar kata dan percakapan orang lain, yang kadang-kadang terpacul keluar dari mulut orang yang tidak diduga akan tega mengatakan tentang buruk dirinya, tentang kebaikan yang terlindung oleh segala bentuk keburukan.

Kawannya menyatakan, dia boleh memilih untuk mempedulikan kata-kata dan hidup jahanam dalam segala kata dan percakapan, bahawa kata-kata dan percakapan itu merupakan suatu perangkap jiwa dan akal, mengurung dirinya untuk mempercayai bahawa dia cuma kejahatan dan keburukan.

Berlaku adil
Atau dia menjadi terlalu benar untuk menidakkan setiap kata dan percakapan, bahawa segalanya tidak benar melainkan dirinya sahaja yang mengetahui setiap perlakuan dan pemikiran dirinya, bukan manusia lain yang melakukannya dengan jurus pandang sendiri, dengan cara pemikiran dan pemahaman sendiri.

“Kau mesti berlaku adil terhadap diri sendiri untuk kelak tidak memusnahkan hidup, sedang orang lain yang menjadi onar dalam hidup kau sendiri tidak terkesan apa-apa pun dan jika ada kekesalan pun pada mereka, apakah itu setimbal dengan harga yang perlu kau bayar”.

Ya, apakah dia berlaku adil kepada diri sendiri dan hanya memikirkan kata-kata dan percakapan orang lain sebagai amat penting, lantas menidakkan hak dirinya sendiri untuk menikmati dan menjalani hidup ini.

Dia sudah dewasa untuk menjadi terlalu mengikut segala tindak-tanduk orang lain, sebagaimana membuat keputusan dahulu pun dia begitu tega untuk tidak mempedulikan sesiapa pun kecuali kemahuan hati sendiri.

Apakah perlu secara tiba-tiba menjadi amat prihatin dan peduli kepada kata-kata dan percakapan orang lain, tiba-tiba berubah untuk membenarkan jurus pandang manusia lain menguasai akal dan waras, menafikan dirinya mempunyai hak terhadap keputusan dan menolak segala kata-kata dan percakapan tidak adil terhadap dirinya.

“Mereka berkata seperti yang kau tahu sebab ia tidak memberikan kesan kepada hidup mereka dan tidak mempedulikan apakah ia sebenarnya menjadi racun paling bisa atau belati paling tajam hirisan, atau apa juga yang menjadi maut jiwa dan hati”.

Bukankah kawan-kawannya begitu tega mahukan dia tidak terlalu peduli dengan kata-kata dan percakapan, menolaknya sebagai sampah yang menjadi busuk dalam hidup. Sekali ini dia sekadar mengeluh panjang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَ‌جِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا