Buat SuAmI..

When we first met, I fell in love with you. I knew right then you were the only one for me. As time goes by, our love grows stronger still. You're the most amazing man I ever knew. The place I want to be is close to you. There’s ecstasy and peace in your embrace. I know that I can cope with what life brings as long as I wake up to see your face.Thank you my treasured and cherished love. Your loving and caring have made our marriage a blissful adventure of two! Thanks Love.

together forever til jannah

Daisypath Anniversary tickers

♥SoPhea AdriANNa♥

Lilypie Third Birthday tickers

♥sOpHEA aLEESya♥

Lilypie Second Birthday tickers
bila tiada yang baik untuk diucapkan.
maka diamlah.
itu lebih baik dari bicara yang sia-sia.

sama seperti berbicara,
bila tiada yang bermanfaat dan berfaedah untuk ditulis dan dikongsikan,
maka diamkanlah jemarimu.
sepi dari catatan.
itu lebih baik daripada menulis perkara yang sia-sia.

Wednesday, July 7, 2010

saya suke bile family in law mengikut adat melayu..:)

Menilik atau merisik pada hakikatnya adalah adat yang memang baik dan berguna jika ia dijalankan bersesuaian dengan tujuannya, iaitu untuk memilih dan mengetahui latar belakang bakal menantu perempuan dalam sesebuah keluarga Melayu. Ini adalah untuk memastikan para ibu bapa tidak tersilap pilih dan dapat mencari yang terbaik untuk anak lelaki mereka.

Apabila ibu bapa seorang lelaki telah menetapkan fikiran mereka yang anak mereka itu sudah sampai masanya untuk berumahtangga dan patut dikahwinkan, mereka akan mencari dan memerhatikan beberapa orang daripada anak-anak dara yang mereka kenali, dan kemudian mereka memilih salah seorang di antara mereka yang dirasakan sesuai dan padan untuk dijadikan menantu. Mereka akan mula menyelidik tentang latar belakang anak dara tersebut melalui saudara-mara dan sahabat handai. Latar belakang bukan hanya bermaksud melibatkan hal keluarga anak dara tersebut, tetapi juga tingkah laku keperibadian dan kesucian anak dara itu. Ini kerana, faktor dara atau kesucian seseorang gadis amat dititikberatkan oleh masyarakat Melayu.

Selain itu, pilihan yang tepat adalah difikirkan perlu bukan sahaja terhadap diri anak dara terbabit, tetapi juga ibu bapanya. Ini adalah kerana orang-orang Melayu dahulu berpegang kuat kepada perbidalan Melayu “Kalau hendak meminang anak, ‘pinang ibu bapanya dahulu'.Anak dara yang biasanya menjadi rebutan dan pilihan utama adalah anak dara yang sudah khatam Al-Quran, fasih dalam bacaan dan mahir membaca Al-Quran dalam lagunya serta mempunyai sedikit sebanyak tentang pengetahuan dan hukum-hukum dalam agama Islam. Begitu juga mereka akan dinilai dari segi rupa paras yang elok dan beberapa kemahiran asas yang lain seperti menjahit, menekat dan memasak.

Dalam adat menilik atau merisik, selepas anak dara yang sesuai dipilih, biasanya wakil dari pihak lelaki akan datang ke rumah anak dara tersebut. Biasanya rombongan ini akan hanya disertai oleh ahli keluarga perempuan bagi pihak lelaki. Kedatangan ini bertujuan untuk berkenal-kenalan dengan keluarga pihak perempuan di samping melihat sendiri wajah dan tubuh badan anak dara tersebut. Kedatangan ini juga bertujuan untuk memastikan sama ada anak dara tersebut sudah dimiliki orang ataupun belum.

Setelah selesai adat menilik, rombongan tersebut akan pulang. Satu rundingan akan diadakan di antara ahli keluarga pihak lelaki yang melibatkan adik-beradik dan waris terdekat untuk mencari kata putus tentang hal tersebut. Mereka kemudiannya akan berbincang untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk menjalankan adat meminang dan pertunangan.


ehehe..majlis merisik ninie kami buat pada 23 MAY 2010 yang lalu..lebih sebulan ninie di risik di mana pihak lelaki membawa sebebntuk cincin sebagai tanda ikatan yang ninie kini rasminyer bersama si dia..:)..alhamdulillah rombongan lelaki yg hadir di wakili oleh mama ayah dan kakak2 serta abg encik tunang saya..

cuma majlis ringkas bersama keluarga ninie...keluarga kami di wakili oleh abg sulung ayah saya..:)..sesi suai kenal berjalan dengan lancar..dan bermula dari tarikh itu kami rasminyer bersama dan direstui kedua belah keluarga..amin..alhamdulillah..

Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai “putus cakap”. Ini bermaksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan. Oleh yang demikian, maka penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang.

Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja, iaitu cincin berbatu intan atau berlian, besarnya mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, selain cincin, beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain dan selendang, selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan, dan yang paling utama dan dianggap sakral, sirih junjung.
alhamdulillah pada 3 JULY 2010 saya selamat menjadi tunangan si dia...hehehe..masih banyak yg perlu saya pelajari dalam melayari hal rumahtangga bukan...masih ada batas2 yg perlu di jaga dan di pelihara..:)

semoga segalanya berjalan lancar buat kami..dan semoga bahagia kami sehingga hujung nyawa kerana sesungguhnya cuma DIA YANG BERTAKHTA DI HATI..tiada 2 atau 3..alhamdulillah jalan kami di permudahkan ALLAH SWT..


my future family in law sgt mengikut adat taw..n i loikeee..hehehe..mekaseh pada kedua2 mama n ayah saya nie..:)..

9 comments:

  1. tahniah ninie..cantik sangat ninie masa bertunang..

    ReplyDelete
  2. tq dik,
    sbb berkongsi entri ini kepada pembaca2 lain seperti akk,
    hurm...
    gud:)

    selamat menempuh alam pertunangan:)
    amin

    ReplyDelete
  3. tahniah
    selamat menghitung hari ye =)

    ReplyDelete
  4. mekaseh kak atty..:)
    malu dengar...

    ReplyDelete
  5. haa macam tuu laa....kiter kan ader adat...bukan main TANGKAP MUAT jerr...asal kan boleh jerr ....kot yer pun kemaruk nak kawen jgn laa semua nak ringkas kann.......

    kalau adat pun dah tak nak ikut macam mana yang dikatakan melayu....kekonon TOWN laa sgt....kiter yang TOWN nii pun ikut adat...

    ni owang yang kampung pun tak nak ikut.........

    cakap bahasa kampung pun tak hilang lagi,lagi mau ngaku town
    hahahahahhahahah.....

    ReplyDelete
  6. tahniah ninie...semoga kebahagian milik kalian berdua selamanya...amin :)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَ‌جِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا