Buat SuAmI..

When we first met, I fell in love with you. I knew right then you were the only one for me. As time goes by, our love grows stronger still. You're the most amazing man I ever knew. The place I want to be is close to you. There’s ecstasy and peace in your embrace. I know that I can cope with what life brings as long as I wake up to see your face.Thank you my treasured and cherished love. Your loving and caring have made our marriage a blissful adventure of two! Thanks Love.

together forever til jannah

Daisypath Anniversary tickers

♥SoPhea AdriANNa♥

Lilypie Third Birthday tickers

♥sOpHEA aLEESya♥

Lilypie Second Birthday tickers
bila tiada yang baik untuk diucapkan.
maka diamlah.
itu lebih baik dari bicara yang sia-sia.

sama seperti berbicara,
bila tiada yang bermanfaat dan berfaedah untuk ditulis dan dikongsikan,
maka diamkanlah jemarimu.
sepi dari catatan.
itu lebih baik daripada menulis perkara yang sia-sia.

Tuesday, August 24, 2010

kAmU yaNG TeRiNdaH

Tak pernah aku jauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang sekacak diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai

I LoVe YoU

Monday, August 23, 2010

KOraNG da SOPiNk RAya bELom??

salam
its 14 days of ramadhan da kan..another 2 weeks nak raya da..weeehuuuuuuuuu..:)
x sabar nak lik kg nie..ehheheh..tahun ni last raya kg..yeah yeah...;D
ohh thanks tu encik tunang bawa ninie berbuka di AYAM PENYET last jumaat..:)
enak bangat deh..pedas..shuke shuke..:)..thanks yang..nnnnnnnnnnnnnnnn encik tunang bw saya g shoppin raya lagi di Sunway Pyramid...i loiiiike...;D..thanks darl...
pusing punyer pusing..cadang tgh mlm tu nak nengok muvee pas teraweh..tp g sopink laa plak..syokk wooo biler encik tunang suh ninie pilih je ape ninie nak..cam x caya je mule2 tuh..hehehe..sekali encik tunang offer btol2 waaaaaaaa shuke shuke..
try punye try..pilih punye pilih..belek punye belek..6 pasang cik abg belikan baju raya shaye tahun nie..hehehehe..;D..ape lagii senyum sepanjang jalan...hehehe..sempat gak cik abg beli 2 pasang tuk dia juga..:)
sabtu bz ngan famili..dari pg sampai ke petang kami disini..:).WHITE i loikkkkkkkkeeeee..
hatiku sgt gumbira di sini..dari thariiiiiiiiii samapi ke petang di sini..belek membelek..pilih memilih ngan si kecik berdua nie..habis haru satu kedai dia pusing..dia guling..:)
sesi memilih lagi diteruskan..then balik umah before berbuka coz arini ninie open table untuk berbuka puasa..kami ke Subang Empire makan buke di Kenny Roger's Roasters..yummmy..:).. full house beb..seb baek da booking tuk kami bertujuh nie..so sampai je 6.30 terus order makan je..;)
semalam encik tunang bw n inie ke Times Square..:)
sopink sakan lagi laa..hehehe..saya belikan encik tunang baju raya 3 pasang..n x lupe baju untuk ayah terchenta juge..:)
lik sempat ke Mid Valley pula..ke Carrefour cari brg dapur..coz arini saya berbuka KARI KEPALA IKAN...terbaek dari mama..ninie cuma tambah PAPADOM n SAMBAL BELACAN ngan timun jepun..Ayam goreng x luper..heheheh..2 kali tambah tue..coz encik tunang ke Puchong berbuke dengan kakak2 ye semalam..:)
lepak time ape lagi main game laa kan..bukan bleh g makan2 pon..punyer laa ramai manusia semalam..naek sesak mata memandang..:)..tp seroonok..masing2 bersopink tuk keluarga kan..korang biler nak sopink nie..

owh yaa..arini received KAD RAYA dari boss lama..skang bos tu kat BSN tp still keep in touch ngan ninie n staff dia kat sini..siap bg sampul wit raya lg..:)..thaNks DOC!!...

p/s:
kOraNg SUke KAD rayA OrIgiNAL aTAu SEKAdaR anTA emAil N smS???

Friday, August 20, 2010

ADa apE daLAm BEg BesHAr SHayE nIE??

VS

Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treat our cell phone?

What if we carried it around wherever we went?

What if we flipped through it several time a day?

What if we turned back to go get it if we forgot it?

What if we used it to receive messages from the text?

What if we treated it like we couldn't live without it?

What if we gave it to Kids as gifts?

What if we used it when we travelled?

What if we used it in case of emergency?

This is something to make you go....hmm...where is my Quran?

Oh, and one more thing.

Unlike our cell phone, we don't have to worry about our Quran being
Disconnected because Allah already paid the bill.

Makes you stop and think 'where are my priorities? And no dropped calls!

salam jumaat..:)sekejap je da jumaat kan..diam x diam da 10 hari puasa da kite nie kan..ehehe..alhamdulillah.jadi g mana ramadhan anda?seronok ke sama je cam tahun lepas2...

ninie?alhamdulillah bertambah seronok biler mana tahun ni tahun terakhir berpuasa as SINGLE coz next year insyaallah IM NOT SINGLE da..hehehe..yup ramadhan lebih membawa berkah bersama encik tunang..:)..syukur pada ALLAH di beri kesempatan sebagai umatnya yg bahagia..


selalu orang tanya saya..apa ada dalam beg besar yg saya kendong tiap2 ari nie..shaye shuke pakai beg besar nie..senang..sumer benda leh di isi..pakai beg kecik ni leceh sket..lg2 kalau takat hp n wallet je yg leh di isi tu..aduhh!!leceh derr...:)
bw besar kan senang..silap2 ada orang tumpang simpan barang lg..da tambah pahala tolong bawakkan..hehehe..ni laa yg saya kendong tiap ari..tgk laa tu mcm2 ada dlm beg nie ha..:)
- POCKET AL-QURAN (pemberian encik tunang bulan puasa tahun lepas 2009)
- YASSIN
- POCKET ZIKIR PAGI & PETANG
- TASBIH KRISTAL (dari Kota Makkah)
- PAYUNG (skang musim ujan beb..)
- VITAMINS (A,PrimRose...)
- MY SOCKS (yg polka dot tu)
- WET TISSUES
- BODY BUTTER ( mau harum selalu..heheh)
- COMPACT POWDER SILKY GIRL
- KUNCI UMAH
- PAS KEJE


heheh..mcm2 ada kan?da macam KOOP bergerak da beg shaye nie..hehee..tergeleng2 pale encik tunang kalau shaye kuar bw beg besar ni..tp last2 kang ye gak tompang wallet..kunci keta..rokok dia..:0..kan yang kan?ehehhe

yg paling penting bg shaye yang MUST HAVE dlm beg shaye ialah yg di atas nie..lebih2 lg biler setengah jam duk dlm train tiap2 ari nak lik umah pas keje kan?isi masa dengan membaca al-quran dan zikir..

bulan puasa ni shaya suke baca al-quran tiap pg dan malam..:)
zikir tu is a must lepas solat dan dalam train juga..rasa lebih selamat bile baca..hati lebih tenang dan langkah lebih mudah dan di lindungi..alhamdulillah..

encik tunang pon da di jangkiti virus saya..:)
skang ni tiap2 malam sebelom tido MUST CALL untuk dia dengar bacaan alquran dari shaye..
kadang2 tu saya akan alunkan zikrullah dgn terjermahannya sekali..alhamdulillah..untuk perkongsian bersama..:)

APE DALAM HANDBEG KALIAN YG MUST ADA??
share laa sama ninie..:)

p/s:
Arini Encik Tunang nak g bayar zakat..B kate tahun ni last B bayar tuk diri sendiri sebab tahun depan dia akan bayar zakat buat shaye juga sebagai ISTERInya kerana dia bakal SUAMIku..amin

Thursday, August 19, 2010

rAhSia TerBoNgKAr!!!

Kadangkala orang lelaki beranggapan terlalu mudah untuk mendapatkan hati seorang wanita, namun tidak semua. Setiap manusia mempunyai hati dan naluri yang berbeza yang mempengaruhi sikapnya. Di sebalik kelembutan seseorang wamita itu terselit juga keegoaannya yang jarang mereka tonjolkan. Oleh itu kaum adam belajarlah cara untu menambat hati wanita yang anda sayangi.

Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat surprise sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke macho an kamu!.

Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.

Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh cerita orang lain kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati.

Mereka akan meletup pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting.

Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah sejuk . Mungkin kamu juga boleh cool kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!
p/s:
YanG nYATA DiRiMu bEgItU BeRharGA B

Tuesday, August 17, 2010

Roh Di bulan Ramadhan::


"Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu, Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari.
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"

Roh di Bulan Ramadhan

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku
menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan
Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah
bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith
Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan
apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon
kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi.

Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh
yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat
mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala
roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa
hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan
pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan
ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka
lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan
sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan
mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz
dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan
bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa
hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah
bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat
bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang,
yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus
ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang
bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Monday, August 16, 2010

TeraWEH dI MASjID negARA

salam
jap je da monday..monday blues??owwhh xde dlm diari saya monday blue green yellow nie sume..hehehe..ari2 mcm biasa..keje keje keje..alhamdulillah arini ada rezeki lebih dpt tuk ari raya..weeehuuuuuuuuu..:)
ninie g teraweh ngan encik tunang last weekend..weekend baru dpt teraweh sama sebab ari lain b keje..jd dia buka di rumah n ninie buke di rumah juga..cume b4 lik umah sempat laa g bazar ramadhan carikan makan buka dia..:)..bile weekend baru masakkan tuk buka encik tunang..
encik tunang bw ninie teraweh di MASJID NEGARA..:)
best sgt teraweh kat sana..sempat lg ninie berbuka di rumah dan kemudian encik tunang dtg pick up kat umah terus g teraweh..:)
ooo jatuh cinta bile tgk encik tunang g teraweh pakai jubah yang ninie adiahkan buat dia tyme g umrah aritu..:)..sejuk je mata pandang..hehe..nampak mcm anak pak arab da b ni yang..:)..sibuk mcm mana pon..teraweh mesti kami pergi..kawen tetap kawen..persiapan kena la persiapkan..tp jgn sampai lupe tanggungjawab pada ALLAH..berjalan ke sana ke mari..terweh kena laa pegi buat..jgn penuhkan perut je pastu teraweh ntah ke mana k..:)

Friday, August 13, 2010

eNcIk tUNANg..InI bUAT KAMu YA..:)

MEET MY OTHER HALF

He’s very cute.

He’s funny.

I like the hand motions he makes when he’s happy.

He’s a good dancer.

He’s sexy.

He’s got a huge brain.

He makes
the cutest facial expressions.

He takes such good care of me.

He’s strong in himself.

He’s got great eyelashes.

He makes my heart melt.

He listens to me.

He's fun.

He’s an honorable man.

He’s very creative.

He’s passionate.

He
tickles my arms.

He rubs my feet.

He grounds me.

He sings to me.

He’s a mush.

He’s considerate.

He likes to do things that make me happy.

He takes risks.

He likes to grow.

He is brillant.

He gives me sweet smile,

He’s inspiring.

He’s cheeky.

His eyes..ahhh, his eyes.

He’s a BIG nerd.

He’s a dork too.

He kisses my hands.

He’s a big, strong man.

He’s confident.

He’s a leader.

He’s an independent thinker.

He likes to try new things.

He’s an adventurer.

He’s got muscular arms.

He’s macho.

He’s a great person to talk with.

He’s sympathetic.

He's hot.

He’s thirsty for knowledge.

He tells the truth.

He’s willing to do things that he is scared of.

He likes to snuggle.

He’s charming.

He’s such an interesting character.

He doesn’t let “no” stop him.

He’s a huge contribution to my life.

He likes to help people.

He’s unique.

He buys me flowers.

He tells me I am beautiful.

He makes me feel special.

He’s gorgeous.

And one of the the main reasons I love my FIANCE:

He’s AWESOME!

jap je da petang..:)
nak lik da..yeah yeah..
untuk encik tunang..ni istimewa buat kamu..
saya sukar melafazkan kate..tp arini saya mau semua orang tau mengapa kamu penting dalam hidup saya..mengapa kamu jd pilihan hati ini..

jap g kite jumpe ek
nak g bazar ramadhan..yeahh..hehehe
hati x senang kalau xtau juadah ape buat buka puasa dia..al-maklum laa tinggal sendiri di tgh kota nie kan..lain laa kite yg tggl ngan mak ayah ni..xyah risau pasal makan..da ada orang jaga..ni laa masa saya nak jaga dia..:)

SeLAMAt BErBuKA semUA
DAn SELamaT hUJuNg MiNGGu juga!!

Thursday, August 12, 2010

UNtuK bERBuka HArI iNI NinIE nak MAsAk Ini..;)

waaaa jap nyer da pukul 4..mula laa otak ni ligat pk nak masak ape tuk juadah petang nie..memandangkan dalam fridge ada udang daging n sayur..jadi balik nie ninie nak masak makanan di bawah ni la...:)
feveret saya..
DAGING BLACK PEPPER
resipi dari encik tunang yang pakar dalam masakan western..:)
mekaseh b share resipi..family secret recipe from him..hehehe
then
ni feveret saya
UDANG MASAK TEMPOYAK
wallawehhh..enak seh..ehhehe..yang ni cik abg tu tolak tepi sket tp sebab dia tau saya feveretnyer durian jd dia x penah larang saya masak n makan makanan yg sumbernya durian..:)
Alhamdulillah semalam 1 ramadhan kami sekeluarga berbuka bersama..:)
ini lah menu kami semalam...ikan goreng berlada dengan masak lemak kubis..
sedikit kuih manis dan x lupe ayah awal2 da belikan ninie air soya sebab ye tau anak ye nie buka puasa mesti nak soya..sama laa dengan encik tunang tue..
berbuka puasa mesti ada sekotak besar drinho soya..:)


cepat laa balik..bulan puasa ni kami semua balik keje jam 4.30ptg..weeehhuuu tu yg sempat balik sama encik tunang n jalan2 ke bazar ramadhan..:)selamat berbuke semua..

mARi kIte Ke TAmaN nEgarA kiNAbaLu, KunDASAnG..;D

Taman Kinabalu telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. Ianya terkenal sebagai kawasan hutan pergunungan dengan cuaca yang nyaman, udara yang bersih dan suasana yang cukup tenang dan damai, dan gunung yang dianggap suci oleh masyarakat tempatan















Taman Kinabalu, dengan keluasan 75,370 hektar telah diwartakan sebagai sebuah Taman Negara sejak tahun 1964 dan kemudiannya dinamakan semula kepada Taman Kinabalu pada tahun 1984.


Taman Kinabalu juga mempunyai salah satu flora yang terkaya di muka bumi ini.
nak tau lebih lanjut..jom kite wat trip g sana..hehehe..
owhh ya..semalam kalian berbuka puasa ape?waaa ni mesti macam2 ada nie..kongsi laa sket..:)..mesti ramai yg bertandang ke pasar ramadhan n rambang mata nie..mesti mata lapar lebih dari pewut semalam ni kan??hehehe..
semalam ninie n encik tunang ke abzar ramadhan di Pantai Dalam.. byk juga jualan kat sana tue n ada laa sorang artis veteran ni buka gerai juga kat sana..:)
macam2 ada...sempat la beli murtabak n kuih muih tuk juadah buka puasa semalam...:)
arini mau ke bazar mana plak cik abg??
kadang2 tu g nyer sekadar cuci mata je..x beli ape pon..membazir kan amalan syaitan..:)

Wednesday, August 11, 2010

SAlaM raMAdHAn DArI kamI..

Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....

MARHABAN YAA RAMADHAN

Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah,

Sungguh cantik kain plekat, dipakai orang pergi ke pekan.
Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan

Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini.
Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,
saya mohon maaf zahir dan batin....

Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,
Marhaban Ya Ramadhan
Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan
Aminn.


Seribu senyuman
belum tentu
menawan hati

satu jelingan sudah cukup
menimbulkan rasa benci


membina mengambil masa
meruntuh sekelip masa


Selamat Menyambut Ramadhan
Maaf Zahir dan Batin

Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina .

Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perjalanan hidup kita selama ini.

Sekian, terima kasih, wassalam

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AMIN

Tuesday, August 10, 2010

tuGu PEriNgataN kUndasaNg

Kundasang – Pekan kecil yang terletak di dalam daerah Ranau. Pekan ini terkenal kerana kaya dengan agro pelancongan bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Para pelancong sentiasa membanjiri Kundasang untuk menikmati pemandangan yang indah, cuaca sejuk yang segar dan nyaman, mendaki Gunung Kinabalu dan melawat tempat-tempat menarikdi kawasan ini.
Salah satu daripada tempat menarik yang terdapat di sini ialah Kundasang War Memorial. Kundasang War Memorial yang terletak di bahagian belakang deretan kedai pekan Kundasang ini adalah tugu peringatan sempena memperingati askar-askar Australia dan British yang ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Di bawah ini ialah petikan yang tercatat pada tugu peringatan yang dipamerkan di pintu masuk tugu ini.

“Semasa Perang Dunia Kedua, tawanan perang tentera Australia dan British dipenjarakan di Sandakan oleh pihak tentera Jepun. Tawanan perang pertama tiba dari Singapura dan mereka dipaksa untuk membina landasan kapal terbang tentera Jepun pada bulan Julai tahun 1942 dan menjelang pertengahan tahun 1943 lebih dari 1800 orang tawanan perang Australia dan 750 orang British menjadi buruh paksa di kem tahanan ini.”













yang menariknye..x nampak mcm memorial place tp taman bunga..hehehe..taman2 dia sgt cantek ok..sejukkkkkkkkkkkkkkk sekali atas nie..lapang n lawa giler..:)

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَ‌جِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا