Kundasang – Pekan kecil yang terletak di dalam daerah Ranau. Pekan ini terkenal kerana kaya dengan agro pelancongan bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Para pelancong sentiasa membanjiri Kundasang untuk menikmati pemandangan yang indah, cuaca sejuk yang segar dan nyaman, mendaki Gunung Kinabalu dan melawat tempat-tempat menarikdi kawasan ini.
Salah satu daripada tempat menarik yang terdapat di sini ialah Kundasang War Memorial. Kundasang War Memorial yang terletak di bahagian belakang deretan kedai pekan Kundasang ini adalah tugu peringatan sempena memperingati askar-askar Australia dan British yang ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Di bawah ini ialah petikan yang tercatat pada tugu peringatan yang dipamerkan di pintu masuk tugu ini.
“Semasa Perang Dunia Kedua, tawanan perang tentera Australia dan British dipenjarakan di Sandakan oleh pihak tentera Jepun. Tawanan perang pertama tiba dari Singapura dan mereka dipaksa untuk membina landasan kapal terbang tentera Jepun pada bulan Julai tahun 1942 dan menjelang pertengahan tahun 1943 lebih dari 1800 orang tawanan perang Australia dan 750 orang British menjadi buruh paksa di kem tahanan ini.”

yang menariknye..x nampak mcm memorial place tp taman bunga..hehehe..taman2 dia sgt cantek ok..sejukkkkkkkkkkkkkkk sekali atas nie..lapang n lawa giler..:)
kUNDASANG NI SABAH KAN? TERINGIN NAK P
ReplyDelete