JOHOR BAHRU – Misteri kehilangan Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang terjawab selepas polis mengesahkan penemuan rangka rentung di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai di sini Khamis lalu adalah milik kanak-kanak malang itu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, ia berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan terhadap rangka terbabit yang sepadan dengan DNA ibunya, Roselyn Alan, 25.
“Berdasarkan pemeriksaan di tempat kejadian kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudian dihantar ke makmal di mana hasilnya sepadan dengan DNA ibunya.
“Siasatan awal sebelum ini mendapati ia milik manusia dewasa namun, siasatan lanjut mendapati ia milik Nurul Nadirah,” katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata, mayat yang dijumpai pada 8 Mac lalu itu rentung teruk hingga menyukarkan proses pengecaman.
“Empat individu termasuk bapa kandung Nurul Nadirah yang ditahan sebelum ini akan dilanjutkan tahanan reman.
“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang sementara motif sebenar kejadian masih disiasat,” tambahnya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.masyaallah..innalillahiwannailaihirojiun.
pepagi da berita sedih kan??kenapa laa ada manusia seprti ini yang kejam mengalahkan binatang mcam ni????..sedihhhhh dengan keadaan malaysia skang nie!!! orang mati di bunuh selang sehari..da mcm ape dah malaysia skang ni!!!!
apelaa kesalahan anak sekecil ini dibakar sampai rentung..betapa hati syaitannnnnnnnnnyer manusia ini..mudah2an si pelaku cepat di temui dan diadili!!!..masyaallah..:(
kite yang baca pon sedihhhhh inikan pula ibu yang melahirkan ank comel ni kan? ape laa dosa dia...:(
bak kate ustaz Don malam td.."dia kupon untuk membantu ibu dan ayah dia jalan ke syurga nanti..yang akan memegang tangan ibu dan ayahnyer ke syurga nanti insyaallah.." biarlahh si pelaku menjawap di akhirat nanti apabila di soal anak kecil ini nanti!!!!
sedihhhhhhhhhhhhhhhh aku!!!!
satu lagi kisah seperti arwah NURIN JAZLIN dimata masyarakat..
dunia makin tidak selamat buat anak kecil begini..
jd para ibu..lindungilaa anak anda!!saya yg belom ada anak sendiri pon sayangkan anak orang..inikan pula ada segelintir ibu bapa yang pandai buat anak tp xtau nak pelihara..masing2 sibuk dengan urusan dunia!!!sampai sakit pening anak pon nak letak pada tangan orang lain untuk jaga!!masyaallah..
da jadi macam ni..ko menangis laa air mata darah pon xde guna dah!!!! pasti ada cerita di sebalik kehilangan anak sekecil ini sebelum di temui begini kan?siapa kita untuk mempersoalkan semuanya??tepuk dada tanya selera..ape YANG PERNAH ANDA LAKUKAN SEHINGGA KELUARGA ANDA MENJADI MANGSA!!!!!RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL SOLEH..
Sama-samalah kita berdoa dan menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan hidayah ke atas roh Allahyarhamah .
al fatihah-btultuh..rasanya ada yang mak pak dia buat kalau tak takkan kena bunuh.mcm nak dendamjer..baik culik g jual dapat wit.nie tak terus bunuh.mmg pelikkan??
ReplyDeleteso moral semoga allah jadikan kita ibu2 yang bertanggungjawap..insyaallah