Buat SuAmI..

When we first met, I fell in love with you. I knew right then you were the only one for me. As time goes by, our love grows stronger still. You're the most amazing man I ever knew. The place I want to be is close to you. There’s ecstasy and peace in your embrace. I know that I can cope with what life brings as long as I wake up to see your face.Thank you my treasured and cherished love. Your loving and caring have made our marriage a blissful adventure of two! Thanks Love.

together forever til jannah

Daisypath Anniversary tickers

♥SoPhea AdriANNa♥

Lilypie Third Birthday tickers

♥sOpHEA aLEESya♥

Lilypie Second Birthday tickers
bila tiada yang baik untuk diucapkan.
maka diamlah.
itu lebih baik dari bicara yang sia-sia.

sama seperti berbicara,
bila tiada yang bermanfaat dan berfaedah untuk ditulis dan dikongsikan,
maka diamkanlah jemarimu.
sepi dari catatan.
itu lebih baik daripada menulis perkara yang sia-sia.

Monday, November 3, 2008

SeKAdaR saTU pERiNgataN

Beberapa waktu yang berlalu, aku semakin lupa beberapa hal dalam hidup yang sebelum ini membelenggu fikiran sehingga mencetuskan semacam suatu keganjilan dan gangguan.

Kadang-kadang aku memikirkan, apa juga masalah yang membelenggu hidup sekali pun, hidup perlu diteruskan tanpa mengira sebarang gugahan dan hadangan, atau apa juga kesudahannya.

Itulah kehidupan sejak beberapa waktu dan aku menerima penuh faham dan sedar beberapa perkara dalam lingkungan hidup sebenarnya bukan kawalan dan ketentuannya, melainkan diriKU hanya berusaha.

Dan bukankah aku mahu berusaha dengan penuh kejujuran dan dilakukan dengan penuh rasa ingin berbakti, mahu berjasa dalam hidup ini, sebelum maut menjemput ajal.
Itu bukan sumpah sebenarnya, melainkan perjanjian dalam diam bahawa diriku sebagai makhluk akan melakukan sesuatu dalam hidup ini, suatu yang dicetuskan oleh keazaman dan kesedaran diri.

AKu sedar, ada perkara yang perlu dibiarkan, bukan tidak dipeduli, membiarkan segalanya berlaku mengikut aturan alam dan kehidupan, lalu tidak ada sebab untuk berasa gusar dan bimbang, tidak ada sebab untuk berasa ada gangguan yang tiba-tiba mengganggu kehidupan.

Maruah

Kadang-kadang aku selalu memikirkan, mengingatkan diri bahawa aku tidak boleh gagal dalam usaha dan pekerjaan dan menjadikan diri sebagai bahan ketawa golongan yang tidak senang terhadap diriku.

Tentunya, tatkala mengingat perkara ini aku amat sedar betapa besar maruah yang perlu ditanggung dan dibeli, bahawa segalanya terletak pada dirinya dan berkait langsung dengan dirinya.

Selama ini pun aku menyandarkan hidup kepada suatu nilai dan prinsip – berusaha dan bekerja dan mengetepikan soal apakah faedah yang diperoleh, apakah manfaat yang dinikmati.

Bukankah aku mahu menjadikan kejujuran dan keikhlasan sebagai teras dalam perjuangan dan hidup, aku tidak mengharap suatu yang bersifat kebendaan dan kemewahan harta. Apa ada pada gaji beribu jika tiada keiklhlasan?tiada gunanya jika sekadar menunjuk dan meninggi diri dengannya?

Kadang-kadang aku merasakan hidup ini sekadar memadai, tidak menjadi amat kekurangan sehingga tidak mencukupi, tidak berlebihan sehingga melimpah-ruah sehingga menjadi suatu pembaziran atau menunjuk-nunjuk yang akhirnya hanya memakan diri sendiri…(aku tertawa sendiri saat ini, mengenang seorang Manusia yang tidak tahu diri barangkali)

Malah katanya, dia selalu senang hati dengan kehidupannya kini, dan itu antara sebab mengapa dia tidak terus terbeban dengan harapan besarnya yang tergalang, dan setiap hari yang dilalui dapat dirasainya, memberikan rasa senang dan tenang.

Siapakah peduli akan kemungkinan seperti ini suatu ketika dulu, atau, tidak ada sesiapa pun yang mahu memikirkan, malah pada suatu tahap masa kewujudannya seperti tidak mungkin menjadi kenyataan. Tapi mungkin dia tidak perasan yang kehadirannya semakin tidak di perlukan….tidak diinginkan lagi…

Bukankah itu suatu kejayaan dan maknanya? Hakikatnya, pengertian pada terdirinya struktur ini amat besar dan hanya perasaan jujur yang mahu mengakui sudah ada usaha yang dilakukan, dan selepas itu, tidak hanya setakat di situ dan segalanya seperti terhenti, tanpa gerak dan denyut.

Itulah kejayaan yang menyebabkan ada manusia lain, ada kumpulan lain yang berasa cemburu dan merasakan ada sebab untuk berasa sedemikian, dan memikirkan ada kewajaran untuk bertindak, paling tidak pun dengan menunjukkan rasa bermusuhan atau tidak menyenangiKu.

Dan bukankah aku menyedari hal seperti ini sudah berlaku, dan tidak sekadar bibit atau tanda yang kabur, aku sendiri dapat merasakan hal-hal yang tidak menyenangkan pernah tercetus hingga menjadi angkara perasaan dan sikap.

Tidak ada pertentangan terbuka tidak bermakna tidak ada pertembungan, tidak bermaksud kehidupan yang tenang itu sebenar-benar tenang dan damai, sebagaimana lazim orang akan mengatakan, air tenang jangan disangka tidak ada bahaya atau pemangsa.

Apakah semuanya itu di luar pengalaman, atau aku mahu membutakan mata dan ingatan daripada hal seperti ini, semata-mata mahu terus memandang ke depan dan beranggapan dan berjaya sejarah tidak lebih daripada suatu penceritaan dan pengisahan.

Maka atas sebab sifat sebegitu aku mahu beranggapan dan percaya tidak perlu untuk terlampau memikirkan perkara seperti ini sebagai suatu bebanan, sedangkan sesuatu yang diabai juga boleh memberikan manfaat.

Aku sudah melakukan yang terbaik selama ini, berusaha dengan daya termampu dan sering berbekalkan ingatan betapa dirinya sebenarnya amat kerdil dalam percaturan dan perjalanan hidup.

Dan aku sudah menanam tekad sejak beberapa waktu dulu, lebih baik berbuat sesuatu daripada hanya berdiam diri dan mengharap, mudah berputus asa dan terlalu peduli kepada hal sekeliling yang mungkin palsu dan tidak benar.

Bukankah aku sudah melakukan sesuatu dan hanya perlu bersabar, selain meneruskan usaha dan kesungguhan seperti yang dilakukannya selama ini, tanpa mahu peduli apakah usahanya gagal atau berjaya.

No comments:

Post a Comment

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَ‌جِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا