Suami setan!
Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang lelaki berusia 28 tahun apabila didakwa bertindak kejam ‘meletupkan’ isterinya menggunakan bom petrol ketika mangsa sedang mandi di rumahnya di Kampung Baru di sini, tengah malam kelmarin.
Perbuatan keji yang dipercayai bermotifkan cemburu itu menyebabkan mangsa, 28, yang juga jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, kritikal apabila lebih 80 peratus tubuhnya melecur.
Semuanya bermula jam 12.20 tengah malam apabila mangsa yang baru pulang kerja, masuk ke bilik air di rumahnya untuk membersihkan badan.
Menurut sumber, sebelum insiden itu suami mangsa dipercayai sudah menyimbah petrol selain meletakkan bom petrol di dalam bilik air berkenaan.
“Sebaik isterinya masuk, suspek dengan sengaja membuang puntung rokok ke kawasan berkenaan menyebabkan tercetusnya api sebelum satu letupan kuat berlaku.
“Api hasil letupan kuat itu menjilat pakaian dan tubuh mangsa menyebabkannya menjerit meminta bantuan daripada suami,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
"Wanita itu dikahwini kerana 4 perkara..kerana kecatikannya,hartanya,akhlaknya dan agamanya.Hendaklah kamu memilih yang taat beragama dan berakhlak,nescaya kamu beruntung." (Riwayat Al-Bukhari,Muslim)''
*kalau disertai dengan keindahan penciptaannya,itu adalah b0nus~(^.^)~
Mengapa berkahwin? Mengapa ingin isteri dan inginkan suami?
Ramai di kalangan umat Islam terutama di akhir zaman, di zaman moden dan sains teknologi canggih ini memberi jawapan kerana ingin berseronok-seronok dan memuaskan nafsu. Kalau tidak berkahwin kita akan terasa sepi.Baiklah, kalau kerana itulah setiap lelaki dan perempuan itu berkahwin ertinya kita akan atau telah menempuh jalan yang salah, jalan yang menjatuhkan taraf kita sebagai manusia, jalan yang mana di awal niat berkahwin lagi kita telah membuka pintu kehancuran rumah tangga sama ada kita sedar atau tidak.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.