Buat SuAmI..

When we first met, I fell in love with you. I knew right then you were the only one for me. As time goes by, our love grows stronger still. You're the most amazing man I ever knew. The place I want to be is close to you. There’s ecstasy and peace in your embrace. I know that I can cope with what life brings as long as I wake up to see your face.Thank you my treasured and cherished love. Your loving and caring have made our marriage a blissful adventure of two! Thanks Love.

together forever til jannah

Daisypath Anniversary tickers

♥SoPhea AdriANNa♥

Lilypie Third Birthday tickers

♥sOpHEA aLEESya♥

Lilypie Second Birthday tickers
bila tiada yang baik untuk diucapkan.
maka diamlah.
itu lebih baik dari bicara yang sia-sia.

sama seperti berbicara,
bila tiada yang bermanfaat dan berfaedah untuk ditulis dan dikongsikan,
maka diamkanlah jemarimu.
sepi dari catatan.
itu lebih baik daripada menulis perkara yang sia-sia.

Friday, December 16, 2011

~hE rEAllY makES me CrY~




Assalamualaikum wbt...


Setuju tak? Bila kita berusaha untuk memiliki sesuatu tetapi apabila banyak halangan yang datang kita mudah berputus asa. Bagi mereka yang dapat memiliki sesuatu itu dengan cara mudah, sering pula rasa tak mencukupi dengan apa yang telah dimiliki. Ada tak kita ucapkan alhamdulillah dengan nikmat yang Allah SWT dah berikan kepada kita? Pernah tak kita rasa apa yang Allah SWT berikan pada kita masih tak cukup? InsyaAllah lepas baca cerita kat bawah ni kita akan sentiasa rasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Dan kita akan lebih menghargai pemberian Allah SWT kepada kita seterusnya kita akan malu dengan diri sendiri sekiranya tidak meletakkan kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara.



Hayati kisah ini....



Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu.


Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan."Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.Dia berlalu.


Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja. "Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya."Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.


Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan.


Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu.


Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya."Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum.


Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan Menyelak daun pisang penutupnya.Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10.


Saya hulurkan padanya."Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.


Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.


"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya."Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya."Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis.

Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.


Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu."Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk.


Lidah saya kelu nak berkata."RM25 saja bang."Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.

Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.


Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!


Semoga dapat memberi kesedaran buat kita semua


Sumber : Email

5 comments:

  1. kite ponnnnnnn...;(
    baca sepuluh kali..sepuluh kali laa air mata ni kuar kak..

    kalau saye jumpe dia..mesti saya pelokkkkkkkkk dia...

    ReplyDelete
  2. ya Allah aku tak sekuat adik tuh...

    malu betul ngan adik tu....


    :(


    along nk kopi kan...

    ReplyDelete
  3. tetiba aku sedih..ko lah punya pasai nie..sob sek sob sek

    ReplyDelete
  4. sedihkan spec..tp respect dia TABAH..;D

    ReplyDelete
  5. WA...
    alaa xde niat pon..mudah2an anak2 kite sekuat dan secekal dia..:)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَ‌جِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا