Buat SuAmI..

When we first met, I fell in love with you. I knew right then you were the only one for me. As time goes by, our love grows stronger still. You're the most amazing man I ever knew. The place I want to be is close to you. There’s ecstasy and peace in your embrace. I know that I can cope with what life brings as long as I wake up to see your face.Thank you my treasured and cherished love. Your loving and caring have made our marriage a blissful adventure of two! Thanks Love.

together forever til jannah

Daisypath Anniversary tickers

♥SoPhea AdriANNa♥

Lilypie Third Birthday tickers

♥sOpHEA aLEESya♥

Lilypie Second Birthday tickers
bila tiada yang baik untuk diucapkan.
maka diamlah.
itu lebih baik dari bicara yang sia-sia.

sama seperti berbicara,
bila tiada yang bermanfaat dan berfaedah untuk ditulis dan dikongsikan,
maka diamkanlah jemarimu.
sepi dari catatan.
itu lebih baik daripada menulis perkara yang sia-sia.

Monday, December 31, 2012

hEAppY nU yEr....;D


dan bila kamu tak mampu berbahagia dengan kebahagiaan yang dinikmati orang lain,
jangan merosakkan diri dengan berduka cita atas kebahagiaan mereka.

itulah perkara yang sia-sia.

mereka bahagia dan gembira atas apa yang ALLAH takdirkan untuk mereka.
sedang kamu mahu berduka cita, merosakkan diri,
kerana mencemburui takdir Tuhan yang tertulis buat mereka?

“berhentilah peduli,
maka kau akan jauh dari luka.”

“berhentilah mengambil tahu,
maka kau akan jauh dari kecewa”

itulah kata mereka,
dan juga bisik hati yang pernah dilukai.

jujur,
berhenti peduli, dan berpura-pura tak mengambil tahu itu,
benteng dari luka dan kecewa
atau hanya membuat hati bertambah luka?

kerana kita sedang berpura-pura,
memaksa diri dan membohongi hati,
bahawa sejujurnya,
masih ada khabar yang ingin kita dengari?

ketakutan terkadang membuat kita menjauh,
sedang rasa ingin tahu membuat kita menderita.

maka, pilihlah yang terbaik. ;’)

Seiring masa, kamu akan memahami, bahawa terkabulnya semua harapan dan keinginan itu,
Tidak akan sentiasa membuat kamu bahagia.
Tidak semua bahagia datang dengan terkabulnya impian,
kerana terkadang,
dari luka dan duka,
Tuhan menitipkannya
.


p/s: PESANAN PENAJA UNTUK TAHUN BARU YANG SERBA BARU NANTI:
“Don’t waste your time looking back at what you lost.
Move on.
Remember life is not meant to be traveled backwards.”

Selamat Tahun Baru 2013...

year end activity: makan jerrrrrr sebelom meletopss!!hehehe










sungguh,
akan ada luka demi luka,
pada setiap kata-kata manusia,
yang tak pernah senang melihat kesenangan kita.
masa kita untuk dapat apa yang orang lain dapat itu akan sampai.
masa kita untuk rasa apa yang orang lain rasa itu akan tiba.
masa kita untuk miliki apa yang orang lain miliki itu akan sampai.
sabarlah,
dan jangan cemburu dan dengki pada orang lain.
sabar dan bertenang.
jadiiiiiiiiii...
JOM KITE MAKAN YEAHHH..
lately ni hubby akan bw wife dia ni makannnnnnnnn aje tau..:)

sebab lam pantang xleh makan ehhehe
tp berat leh plak turun bile chek up lately ni..makanan tu kemana g xtau laa.:)
ini laa keje akhir tahun kami..;D

sebab tahun depan da ada keje baru kan..;)

Friday, December 21, 2012

she had been 8 MOnThs InSUde ME..:).alHamDULillaH


Apabila memasuki minggu ke-32, bayi akan lebih cepat membesar. Berat badannya meningkat ke 2.5-3 kg, dengan pertambahan lebih kurang 25 gram setiap hari. Ukuran panjangnya pula kira-kira 30 cm ( 12-15 inci ). Tulang bayi mulai mengeras. Bayi sudah pandai tersedu dan menangis, dan mulai menunjukkan tindak balas terhadap sebarang suara atau bunyi-bunyian dan juga cahaya.
 
Pada penghujung bulan kelapan, bayi akan mencapai saiz 17 inci dan berat badannya sekitar 3-3.5 kg. Perkembangan pertumbuhan otak bayi semakin cepat, begitu juga organ lain, kecuali bahagian paru-paru.

Berat bayi anda sekarang lebih kurang 3.75 paun / 1.7 kilogram dan panjangnya lebih kurang 17 inci / 42 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Walaupun paru-parunya belum akan matang sepenuhnya sehingga hampir dekat masa dilahirkan, anak kecil anda menyedut cecair amnion untuk menguatkan paru-parunya dan berlatih untuk bernafas.

Bagi sesetengah bayi, rambut sudahpun memenuhi kepala, tetapi ada juga bayi hanya mempunyai beberapa gumpal rambut sahaja. Rambut lebat semasa lahir tidak bermakna rambut lebat di kemudian hari, namun begitu, lazimnya kanak-kanak yang mempunyai rambut halus di zaman kanak-kanak akan mempunyai rambut yang jarang semasa dewasa.

Jika bayi anda lelaki, testikel sepatutnya turun dari abdomen dan masuk ke dalam skrotum. Namun kadangkala, satu testikel atau kedua-duanya tidak akan turun masuk ke tempatnya sehingga selepas kelahiran. Bagi dua per tiga bayi lelaki yang mempunyai testikel tak turun semasa lahir, keadaan ini memulih dengan sendirinya menjelang umur satu tahun.

Anda mungkin menambahkan berat badan anda sebanyak satu paun / 450 gram setiap minggu, sebab dalam masa tujuh minggu sebelum lahir, bayi anda akan menambahkan lebih dari setengah berat lahirnya. Pastikan anda makan secara sempurna dalam minggu-minggu terakhir.

alhamdulillah
arini da genap 8 bulan...:)
waaaaaaa bedebar2 dlm hati nak jumpe buah hati nie..hehehe
papa dia pon sama..excited...lagi geram bile tgk baju2 n brg2 bb kan..;D

semoga segalanya baek2 saja ye
sayang mama dun be naughty2 tau..
esok mama n papa ada antenatal class..;D
ape laa nak di ajar sok kan..;)

SedaNg aKu...

ketahuilah,
bahawa aku hanya sang pemerhati.
disuatu sisi dari bumi.

bukan mentari yang menyinari,
bukan awan yang memayungi,
bukan hujan yang membasahi,
bukan pelangi yang mewarnai.
bukan bulan purnama yang menyuluh jalan,
bukan bintang yang menghiasi.
aku cuma insan kerdil yang berdiri diatas tanah.
dan itu pun atas izin pencipta-KU.
hanya insan.
yang mengagumi semua itu;
langit yang tetap mendamaikan
walau manusia membuat huru hara.
matahari yang tetap memancarkan cahaya,
walau manusia mengeji,
hujan yang datang bersama rahmat
walau manusia acap kali mengeluh.
awan yang damai dan memberi teduh,
pelangi yang indah,
bintang yang menyinari malam,
dan bulan yang menghiasi malam hari.

sedang aku,
aku hanya seorang manusia kecil
di bumi Tuhan yang sangat luas.
maka,
tiadalah hak walau sekelumit pun,
untuk aku berbesar diri.
berbangga,dan takbur,
sedang semua ciptaanNYA itu,
sentiasa membesarkan PENCIPTA mereka.

“Dan pada mereka yang telah benar-benar diuji, pandangan manusia itu bukan apa-apa buat mereka.
Cemuhan, salah faham, anggapan dan persepsi masyarakat itu cuma sekelumit dari cebisan-cebisan ujian yang perlu mereka tempuhi.
Lantaran mereka menyedari bahawa
ada hal dan perkara lebih mustahak untuk dijalani dan difikirkan.
Dan mereka memahami bahawa kata-kata manusia yang tidak mengerti itu tidak lebih dari hanya kata-kata…”


dan sampai bila kita mahu meletak bahagia kita pada memiliki sesuatu yang mungkin bukan utk kita?
sampai bila kita mahu menjadikan seseorg asbab dan musabab barulah kita akan bahagia?

bahagia kita bersumber dri manusia?
adakah itu yg kita percaya?

bahagia kita hanya akan dikecapi dgn memiliki apa yg kita sayangi dan kita cintai?
itu yang kita pegang selama ini?

maka sampai bila kita akan mengecap bahgia ?

selagi mana dia bukan milik kita?
selagi mana apa yang kita ingini tidak kita miliki?


Thursday, December 20, 2012

Ini bahAGia caRA KAmI...;D

Salam..
alhamdulillah im reaching my 8 months of pregnancy..:)
sekejap je masa berlalu..dalam diam my little gurl ni da 8 bulan duk dlm tummy mama ye nie..:)
terasa waktu makin dekat..lagi2 bile mereka2 di sekeliling kate perut da menurun hehehe
cuaknye allah je yg tau..moga segalanya kan baek2 saja..

kerap.
ingin menjaga hadiah Tuhan yang satu ini sebaiknya.
namun,seakan tak mampu untuk menjaganya sebaik mungkin.
risau,ada yang cuba menariknya jauh daripada Tuhan.
Allah.
Engkau adalah sebaik-baik penjaga.
Maka aku letakkan pinjaman Engkau yang satu ini di bawah jagaanMu.
Moga hadiahMu ini baik-baik dalam lindunganMu.

last weekend encik papa bawak kami jalan2..g cari baju pwincess ye nie..
kemain laa g sopink kan..mmg niat nak settlekan brg2 baby mggu tu juga..alhamdulillah cukup da semua cik papa beli...;) sebab wifey dia ni da x larat nak berjalan da minggu2 kan..bengkak kaki da rasa nie..

seb baek laa ada cik papa yg rajin tiap2 malam sapu minyak angin n urutkan kaki wifey dia nie..;)..mekaseh yang..we lep u tau!!:D


Kadang-kadang,
Kita selalu melihat kehidupan orang lain yang lebih baik.
Kita melihat dia punya segala-galanya.
Kita merasa,
Dia selalu bahagia.
Semata-mata kerana dia punya apa yang tidak kita ada.
Tapi sebenarnya,
Kehidupan kita ada sisi yang lebih baik darinya.
Cuma bila kita tak membuka mata,
Untuk menilai ujian sebagai bonus untuk “top up” nilai2 kehidupan,
Maka yang terlihat hanya kekurangan.
Kenapa tidak mengambil peluang,
Agar kekurangan kita membuat kita sedar diri,
Agar keaiban kita membuat kita malu untuk mengumbar aib orang lain,
Kadang-kadang,
Apa yang kita takde itulah,
Yang membuat kita menghargai apa yang orang lain sia-siakan.
Kekurangan kita itulah,
Yang membuat kita mensyukuri perkara2 kecil yang orang lain abaikan.
DIA mengajar kita dengan caraNYA..
Cuma bila kita tak redha, dan tak mahu terima,
Maka kita akan rugi, belajar ‘direct’ dari tarbiahNYA.

balik tu g umah mama plak sebab dlm pantang ti duduk sana kan, jd g anta laa baju2 n brg bb kat sana..sekali nenek pon ada adiah tuk cucu ye nie..atok da siap belikan rocker tuk kami..:)
yeahhh rezeki anak mama laa nie hehehe...maceh atok n nenek..;)

bhagia btol nak jd ibu ni rupenyer kan..dlama kerisauan, masih ada yg mampu buat diri ini terasa di hargai dan di sayangi..:) mekaseh hubby , mama, ayah dan semua yg mendoakan keshatan dan kesejahteraan kami sekeluarga..amin..

Wednesday, December 19, 2012

ALHAMDULILLAH...My SIs da SELAMaT bERgelAR iSTeri..;D

"Wanita lebih suka di beri komitmen daripada seikat bunga, ataupun kalimat terindah sekalipun.."

8 DISEMBER 2012

Tahniah buat adinda saya
angah & wan ;D




dan kelak,
semakin kamu dewasa,
maka semakin kamu mengerti,
bahawa kehidupan punya begitu banyak sisi untuk diterokai,
dan bumi ini punya begitu banyak jalan untuk kamu lalui,
selain satu-satunya yang kamu lihat jelas di mata kamu kini,
cinta ajnabi.
selamat menjadi dewasa,
wahai adik-adik.

ketahuilah,
bahawa akhirnya nanti,
cinta manusia yang kamu dambakan itu,
bukan penamat dan pegakhiran segala-galanya.

Kamu akan memahami,
bahawa,
akan ada hal yang lebih mustahak.
akan ada hal yang lebih besar.
bahkan akan ada hal yang lebih melukai hati.
Kelak, kamu akan mengerti.



When looking for a spouse, look for somebody who is very helpful to others, for if they are helpful to others who are not related to them, how much more helpful are they going to be to you if they are now your spouse?




 A woman’s beautiful face attracts a flirter; a woman’s beautiful heart attracts a lover; a woman’s beautiful character attracts a good/pious man



dan ingatkah?
pernah aku khabarkan.
aku cuma gadis biasa,
yang masih bertatih mencari redha.

lalu, biar aku akui,
bahawa aku mungkin bukan mawar berduri yang kau cari-cari,
harum dan berseri,
utuh memagari diri dan melukai tangan yang cuba menodai,
tapi hanya teluki.
teluki yang mungkin hanya mampu mengasingkan dan meminggirkan diri.
teluki yang tak digemari.

aku mungkin tak seindah dan seharum mawar.
namun, aku masih punya sisi yang indah,
itupun jika kau masih tahu menghargai keindahan dan keunikan
penciptaan Tuhan.

 

Bahagia itu ternyata ditempuh dengan tangisan, dibalut dengan kesabaran luar biasa dan dilindungi dengan semangat. Maka jika kamu bahagia, aku tahu ada tangisan, kesabaran dan semangat yang kamu lalui sebelumnya.

Tuesday, December 4, 2012

..KAU HArUS taHu..


"dan masa akan merawat luka.
dan dengan berlalunya masa,
aku bukan hanya mahu berharap,
bahkan mahu percaya,
bahawa kita telah sama-sama redha,
dan belajar meneruskan kehidupan ke hadapan,
tanpa perlu menyelak lembaran-lembaran lama tentang kisah kita,
yang mungkin akan hanya membuat kita menjadi malu sendiri,
akan khilafnya kita,
suatu masa dahulu.

dan masa,
akan tetap berjalan,
maka kita pun tak harus berhenti dan tetap disini.
kita mesti bergerak, dan terus bergerak.
berjalan, berlari, atau pergi.
bukan tetap diam."

Friday, November 30, 2012

untuk suami saya..;D


dan mungkin maharnya,
hanya sebentuk cincin belah rotan.
dan wasiatnya,
mungkin hanya senaskah al quran,
hadiah saat berlangsungnya ikatan perkahwinan.
dan hadiahnya pun, saat ulang tahun tiba,
bukanlah harta benda yang mahal.
mungkin hanya sepotong doa yang dia rahsiakan,
yang dia pohon lewat sepi dalam solatnya menghadapi Ilahi.
ketahuilah,
bahawa dia mungkin bukan yang paling kaya,
namun mungkin dia lah yang ikhlas menyayangi.


dan saya akan masih selalu tertanya-tanya.
mengapa dalam beribu-ribu wanita di muka bumi,
(or at least kat malaysia),
dia akan memilih saya.
dan saya akan selalu tertanya-tanya,
dalam begitu banyak perempuan baik-baik,
bahkan terkadang lebih baik,
mengapalah dia akan tetap memilih saya?
dan saya masih tertanya-tanya,
takkanlah dalam begitu banyak perempuan,
dia akan menoleh,
kepada saya yang tak punya apa-apa ini.
rendah diri?
mungkin..
yang lebih baik itu ramai.
sedar diri?
ya, itu yang lebih tepat.

salam jumaat semua..;)
ooo ini gbr malam td..mekaseh encik papa undang anak2 tahfiz ni lagi..minggu ni minggu kedua dah..:)..alhamdulillah majlis berjalan lancar diiringi ujan renyai ketika bersama mereka..

malam ni yg hadir anak2 yg bakal menginjak dewasa..kalau minggu lalu masih anak2 kecil, kali ni group yg dtg da besar sket..:)..suke dengar merka baca yassin n azan dlm umah..

terima kasih encik papa buat semua ini..;D
malam td jamu anak2 ni nasi lemak ayam goreng air tangan wifey..
sonok tgk bile abes licin n kena puji lagi ngan ustaz tu hehehe..
rezeki mereka kan..;) alhamdulillah
minggu depan ada lg, nak wat kenduri kesyukuran dan doa selamat serta tahlil sikit untuk majlis perkahwinan adik perempuan saya minggu depan pula..:)

semoga segalanya berjalan lancar, amin.

dari
 isterimu yg berterima kasih,

Wednesday, November 28, 2012

BahAgIA iTu bIla.....


"tak layak rasanya bicara tentang formula bahagia.

bahagia itu bukan mutlak.
bahagia dunia tak akan sama nilainya bahagia disana.
bahagia kita tak sama. kerana apa yang DIA beri untuk kita, itu juga tak sama.

makanya, bila bicara tentang bahagia.
ketahuilah bahawa aku juga masih mencari makna.
namun semakin aku dewasa,
aku mula percaya,
bahagia itu adalah apa yang DIA beri.
bahagia itu adalah redha dan percaya pada apa yang DIA telah tentukan dan rencanakan.

dan aku juga belajar,
bahawa bahagia itu tidak semstinya hanya dengan mendapatkan apa yang kita ingini.
insyaAllah, semoga bila kita redha,
maka DIA akan damaikan hati kita dengan ketentuanNYA,
dan DIA akan bahagiakan diri kita dengan takdir dan kehendakNYA."


jomlah,
kita try hidup happy dengan apa yang kita ada..

jomlah,
kita cuba hidup bahagia dengan apa yang telah ditakdirkan untuk kita.

jomlah,
kita belajar terima hakikat.

jomlah kita belajar hargai apa yang depan mata dan apa yang akan berlaku kelak,
bukan terus mengingati momen2 indah yang dah berlalu pergi.

jomlah, jadi diri sendiri.
be happy, be grateful.
bukan untuk orang lain.
bukan untuk dia.
bukan untuk parents kita,
tapi at least untuk diri sendiri.
so that kita akan appreciate hidup ni,
kita akan hargai nyawa kita, hargai hidup kita yang cuma sekali.

jomlah.
lepaskan semua benda-benda yang buat kita sedih itu pergi.
kalau boleh buang, buang jauh-jauh.
ada sesetengah benda tu kita kena buang bukan sebab kita dah tak sayang,
tapi kadang-kadang dah takde tempat nak simpan,
atau dan terlalu buruk dan merbahaya kalau disimpan..

buanglah, bukan dengan kebencian tapi kasih sayang.
may Allah bless, may Allah ease..


insyaAllah,
bila kita ikhlas,
bila kita redha.
dan bila kita berdoa,
supaya dia diberi kebahagiaan dunia dan akhirat.
dan bila kita berharap,
dia akan hidup aman bahagia dengan dia yang telah Allah takdirkan untuk dia,
maka rasa sakit ditinggal itu akan hilang.
rasa sunyi dan kehilangan itu akan terubat.

bukan,
bukan semestinya dengan kehadiran seseorang sebagai pengganti,
tetapi berkat doa kita pada seseorang yang kita sayangi,
dan kerana keredhaan kita pada ketentuan Ilahi.
Allah akan ganti segala rasa lompong dan luka dalam hati.
itulah hadiah-NYA pada kita yang terima takdir Ilahi..

insyaAllah,
tak mudah, tak siapa pernah mengatakan itu mudah.
tapi itulah antara usaha mengubat luka dan patah hati, atau kecewa.
redha.
dan berdamai dengan takdir-NYA.
sampai saat dan masanya,
kita akan mengerti,
ada perkara memang sudah termaktub akan terjadi,
dan kita harus berhenti memaksa ia menjadi seperti apa yang kita ingini.

 

lurv,
wifey aka mama to be

Tuesday, November 27, 2012

Entering my 3RD tRIMesTer....;D

salam,
hi lil papa & mama..:)
entering my 3rd trimester da nie..alhamdulillah
semoga segala urusan di permudahkan Allah SWT, amin

bersyukur sangat2 my 1st pregnancy ni x meragam langsung
alhamdulillah, mama lil gurl ni sgt well behave, dengar ckp n manja cam papa dia hehehe
lill gurl ni sgt paham bile me say somethin to her..:)

ni my weekend last week ngan papa, atok n nenek..;)
ptg papa dtg amek, kami ke Pureen Sale PJ tu,
uishh rambang mata cik papa :)
mmg murah sgt n berbaloi2 kami beli brg anak kat sana..:)
alhamdulillah ada laa sikit rezeki lil gurl nie..

paling sonok tgk cik papa kelam kabut pilih brg baby, last2 surrender ngan atok, mama ngan nenek yg pilih brg atas persetujuan bersama cik papa hahahaha...;D

then malam tu kami ke SS7 plak, g besday party Kakak Raisya Sofia..;) yang ke 2 thn..my besfren lil gurl..:) yang kt atas ni adik ye Rizqy baru 4 bulan..sgt laaa nakal n suke ketawa n senyummmmmmmmmmm je wat auntie geram..:) dia sonok laa tu cam tau2 je dlm my tummy ni gurlfren kan..:)





paling besttttttttttttnyer, ptg lepas penat twaf pureen sale tue, bodek2 cik papa bw g mkn kat MURNI SS2..
ooooooooooo rindu sama minuman dia heheheheh
lepas 7 bulan baru cik papa ni bw saya g mkn sana...
dinner ngan atok n nenek gak..:)

sgt suke bile dpt minum ape yg diidam2kan..hehehe
mekaseh cik papa..:)




bile da balik terus laa mengemas almari baju si kecik ni..:)
atok nenek da siapkan almari dia da..:)
macehhhhhhhh atok n nenek..;)

sgt laa teruja bile mengemas barang2 si kecik nie..
masih ada lg sikit2 x lengkap lg brg dia..:)
nanti mgguni kt ajak papa g expo mid valley plak ye sayang mama..:)

bersiap sedia ye cik papa
hehehehe

Friday, November 23, 2012

FrOm PAPA wIth LuRV..;D

salam jumaat buat semua warga bloggers...
alhamdulillah semoga jumaat hari ini lebih baek dari yg sudah2 insyaallah..:)
terima kasih buat lil papa n famili untuk majlis yassin malam td bersama anak2 tahfiz ini..

sgt berbesar hati bile lil papa yang plan semua ni untuk famili dia..:)
sejuk perut dengar anak2 ni mngaji n baca yassin malam td..lg leleh air mata bile dengar mereka mengalunkan AZAN di setiap penjuru umah..:)

ya allah beruntungnya laa ibu bapa mereka punye anak soleh begini..moga anak mama papa ni jd seperti mereka di masa depan insyaallah..:)

majlis bermula lepas solat maghrib..
di mulai dengan bacaan pembuka dan seterusnya bacaan yassin bersama mereka..
paling tersentuh bile mereka mengalunkan azan di setiap penjuru umah..

lil papa mau setiap penjuru umah di azan, almaklum laa lepas ni umah ada baby kan..:)
ramai laaa yang berminat nanti..jd papa mau umah sejuk..;)
sejuk lg perut dengar mereka berdoa..;D


lepas siap semua kami jamu mereka makan..takut juga nak bg anak2 tahfiz ni makan sembarangan kan jd wifey ni  masak mee goreng je malam td..dengan kek sebagai dessert mereka..x lupe teh o panas sbb da mlm pon kan..;)

senang hati bile semua makan penuh adab dan sopan..:)
sgt tereatur idop mereka di baya ini..
bila mana anak2 lain sebaya mereka tika ini sgt ligat bermain kan..:)

bile perhatikan bacaaan mereka yang sgt lancar tu jd malu pada diri sendiri..
fasihnye lidah mereka membaca alquran..
sgt terang hati mereka..


cara makan pon dengan sunnah nabi tau..:)
apetah lg bile masing2 naek umah ...terkejut kami dengan cara penyusunan selipar mereka..kemas tersusun di bawah tangga..:)..sampai papa ni tegur laa anak2 nie.."MEMANG KENA SUSUN SELIPAR MACAM NI KE?"..nak tau ape mereka jawab??mereka kate.."AAH BANG, NI ADAB BILE DATANG RUMAH TETAMU" masyaallah..;D..bagusnyer mereka nie...sampaikan papa kate "YANG, PASNI YANG NI KENA AJAR YANG DEKAT DALAM PEROT TU" hehehehe

kelakar laa papa nie..;)
alhamdulillah
terima kasih buat suamiku yg prihatin nie..
serta majlis yg penuh barakah nie ye lil papa..;)
we love you

Wednesday, November 21, 2012

WElcOmINg A new Lil PAPA SKatERs...;D


salam mommies n daddies out there..:)
teeheeee...da makan pagi da?
kami sudaa..;)
yeahhhh..

ni gbr last weekend..bese laa weekend lil papa ni akan bw saya kuar jalan2 cuci mata kaki tangan sume laa ehehhe..maceh sayang bw g jnjalan..g exercises sket hahahah...kami ke Times Square last sunday.. g dating berdua setengah..hahahah..:)..pekena Toast Box dulu..

then terus ke misi bersopinkkkkkkkkkkk...which i likeeeeeeee sesangat..hehehehe
abes tawaf satu times tu sama lil papa nie..teruja bile tgk bj2 si kenit..:) comel2 sesangat kan..
sebenarnye ari tu kami ada misi..hehehe..mau mencari yg di bawah nie.;D
papa dan skate board mmg xdapat di pisahkan..:)
hari2 mmg skate laa yg dia main kat ps3 tue..siang malam..:)
wifey ni layankan aje laa..temankan minat papa yang satu nie..;p
salah satu sebab jatuh hati dengan cinta hati ni pon pasal si papan luncur ni juga 10 tahun lepas..:)
dulu selalu weekend teman papa ni pergi meluncur..mmg super terror laa dia..skaters beb!!mmg SKATERS TIL U DIE laa  kate papa nie...:) memang dia cenyum sampai telinga laaa dapat papan luncur dari wifey nie..:)

mengembalikan zaman kegemilangan kata papa nie..:)..alhamdulillah mmg suke sgt bile tgk dia senyum n cerita pasal zaman dulu2 ngan budak kedai nie..mmg da sgt otai laa budak2 ni kate kat papa nie..sesi menurunkan ilmu kat budak2 pun ye gak cik papa ni ahad lepas..:)

one thing bout him..xde sape atau ape pon bleh ubah dia dari seorang yg ekstrem kepada yg lain..mmg minat dia pada yang satu nie..:D..sebagai seorang wife, kena la kite jd supportive kan..;).. alhamdulillah kami punye minat pada bidang yg sama..sports..:) jd xde masalah bile pg2 kami akan ke park samaada untuk jog ke..cycling ke..skate ke...inline skate ke..sume pon bini dia ni on aje..pasni lg best bile ber3 kan..;D

hubby pon kate sepanjang idop dia berkecimpung dlm dunia sk8 nie..ini laa festime orang belikan sk8 untuk dia which dia sgt hargai...tu yg balik terus dia peluk cium skate board dia nie..:)
after 10 tahun baru wife dia ni belikan papan sk8 ni hahahaha..cian papa kan cayang mama..;D

sume papa suh wifey dia yg choosekan..all is my favorite..;)
sume pon lawa..n sume pon papa suke kan sayang mama..;D

sampai je umah terus dia adap papan dia nie..:)
aishh da jd cam anak da papa kate..:)
TAPIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII papa dia kate MY LITTLE GURL ni xleh ikot papa dia main skate board laa sbb dia gurl..:)...alololol so sweet laa papa nie..teamn sorak papa dia xpe kot..heheheh


tgk tu punye laa kusyuk papa dia..:)
deck yg hubby pegang tu da 10 tahun da..:)
zaman kami dating dulu deck ni laa yg ke hulu ke hilir cik papa ni bawa tuk ride..;D

so
WELCOME BACK MY DEARIE PRO SKATERS..;)
wutever it is
WE ALWAYS LOVE N SUPPORT U PAPA..;D
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَ‌جِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا