Buat SuAmI..

When we first met, I fell in love with you. I knew right then you were the only one for me. As time goes by, our love grows stronger still. You're the most amazing man I ever knew. The place I want to be is close to you. There’s ecstasy and peace in your embrace. I know that I can cope with what life brings as long as I wake up to see your face.Thank you my treasured and cherished love. Your loving and caring have made our marriage a blissful adventure of two! Thanks Love.

together forever til jannah

Daisypath Anniversary tickers

♥SoPhea AdriANNa♥

Lilypie Third Birthday tickers

♥sOpHEA aLEESya♥

Lilypie Second Birthday tickers
bila tiada yang baik untuk diucapkan.
maka diamlah.
itu lebih baik dari bicara yang sia-sia.

sama seperti berbicara,
bila tiada yang bermanfaat dan berfaedah untuk ditulis dan dikongsikan,
maka diamkanlah jemarimu.
sepi dari catatan.
itu lebih baik daripada menulis perkara yang sia-sia.

Wednesday, July 22, 2009

BoleHkaH lELakI daN PEremPuan MENjaDi K A W A N?? hanYA KawaN??

Lelaki,jejaka, teruna, apapun gelarannya maknanya tetap sama. Ada antara mereka sesuai dijadikan kawan. Saya panggil mereka jenis sahabat. Mereka membeli belah, bergosip dan menonton waang dengan anda. Apabila kita bercakap tentang teman lelaki kita kepada mereka, mereka akan mendengar dan memberi komen. Saya pasti anda memiliki kawan lelaki sebegitu.

Memang ‘cool’ memiliki lelaki sebagai sahabat baik kerana mereka mempunyai perspektif yang berbeza dalam apa jua perkara. Bukanlah kawan perempuan itu tidak ‘cool’- jangan salah tafsir. Cuma lelaki selalunya rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Bagus kan kalau kita dapat lihat sesuatu dari kedua-dua arah, betul tak? Tambahan pula, ianya logik untuk mendapatkan nasihat tentang lelaki daripada lelaki. Ianya kadang kala menarik.
Jika mereka sangat ‘cool’ dan memahami, jadi bagaimana pula dia hanya boleh digelar kawan? Dia juga bukan gay. Hahaha, ini agak rumit juga. Ada sesetengah lelaki yang tidak menarik minat kita ke arah itu. Tidak ada chemistry, tidak ada perasaan seperti ada rama-rama dalam perut setiap kali bertemunya. Tidak ada tarikan seksual. Kelakar, tetapi saya sendiri tidak dapat menjelaskannya.

Waktu ini, datang pula lelaki yang memberikan anda perasaan-perasaan itu. Ciri-ciri seorang teman lelaki. Bagaimana anda boleh tahu? Saya selalu percayakan kata hati wanita. Ianya sangat kuat, jadi gunakannya! Ini adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja. Dia akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah cinta.

Itulah perbezaan besar antara kawan lelaki dan teman lelaki, teman lelaki boleh membuatkan anda berasa cemburu tanpa alasan kukuh. Melihat dia menjeling perempuan lain sudah cukup untuk menaikkan kemarahan anda, tetapi jika kawan lelaki melakukan perkara yang saya, anda tentunya akan memberikan sokongan penuh.

Ada satu lagi jenis, saya gelarkannya The Façade- anda berdua hanyalah kawan biasa tetapi jauh di dalam hati tersembunyi rasa “gila” terhadapnya tetapi tidak ada keberanian untuk berterus terang. Ini adalah kategori yang sukar. Mengaku dan berhadapan dengan risiko kehilangan kawan? Sembunyikan perasaan dan bersedia untuk patah hati setiap kali dia berbicara tentang gadis kesukaannya? Kedua-duanya akan membuatkan anda buntu.


Jika anda jenis yang berani, saya cadangkan anda mengaku sahaja. Sekurang-kurangnya anda akan merasa lega apabila mengetahui apa yang anda patut tahu. Sekarang terpulang pada pertimbangannya. Sekiranya dia tidak mempunyai perasaan yang sama dengan anda, sekurang-kurangnya anda tahu. Jika itu berlaku, saya cadangkan anda teruskan hidup selepas sesi pengakuan yang telah membuatkan anda rasa janggal. Pandang ke hadapan, jadilah gadis yang kuat dan teruskan hidup. Sebaliknya bagi saya, secara peribadinya saya akan menolak pilihan ini.

Jadi, jenis lelaki manakah yang ada dalam hidup anda? Sahabat? Teman lelaki? Atau the façade? Agak sukar untuk mengkategorikan mereka kerana ada antara mereka adalah campuran daripada ciri-ciri itu, menghasilkan hybrid yang tidak dapat ditafsirkan. Tetapi satu perkara, sudah tentu hubungan kita dan interaksi dengan lelaki itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Siapa dan jenis hubungan apa persahabatan itu bergantung kepada anda untuk membentuknya bersama mereka- selagi anda tahu dimana anda mahu mula meletakkan garisan.

26 comments:

  1. yuHu studeNt UITM...lalala same like me..lalalaal to course accounTing... a been a year..udah tua..lalaal



    sowi xde kaitaN lak...


    kkdg susaH jua bila dh kwN or bersahabaT dgn seoRg laki2 apabila ttber trsuka..or trsYg kat dia...


    yg pasTi hati kita nie nk kawal camne..klu sYg sBg sahabaT & nk berpanJangaN..kkDg kena lupakan perasaaN sendiri...


    hik3...ttber pjg lak Komenku...lalallaala

    ReplyDelete
  2. huh,...aku penah ada semua lelaki jenis2 di atas...hahahaha...mmg cool...

    ReplyDelete
  3. Sebelum tu, sori la dik..

    akak tak berapa nmpk sgt la tulisan kat column komen tu..

    Bleh tukar kaler dia tak??Ngeh3... bnyk songel plakkan...

    Tapi, betul ni..tak clear..tak tau la kot akak yg rabun warna...ekekekek..

    TQ...

    ReplyDelete
  4. enasan:
    ya laaa dear..memanbg susah..lagi kalau tersuke dia...:)

    tp lg susah kalau kite je suke hakikatnyer org tu x suke kite pun kan?
    ;p

    mcm terhegeh2 je kan?

    ReplyDelete
  5. Dan...

    tuk komen tang laki nih..

    Rasanya dorang lebih terus terang kot...dan pandang sesuatu prkara dgn lbih rasional...

    Cumanya, bila nak babitkan emosi ...of course la kena cari pmpuan gak...

    ReplyDelete
  6. suhaila:

    fuyoooooooooh su caya laa lu...;)

    ReplyDelete
  7. yani:

    ye ke kak...;p
    ti try tukar ek...

    tu mmg betol..;)
    pape pun kawan pompuan lg best..sumer benda leh citer kan?

    ReplyDelete
  8. rafiqy dulu pun mybestfriend tau... hehe~
    cool sangat kan..?

    ReplyDelete
  9. hehehhe
    ye ke dear??

    waaaa
    dat is COOL!!!!

    ReplyDelete
  10. memula mmg berkawan..lelama..jatuh cinta ar..

    kalo ade yg leh pun maybe 1% je..

    ReplyDelete
  11. heheheh
    memang kak

    feel berkawan dengan berchenta tu kan lain..:)

    ReplyDelete
  12. ryn ade besfren lelaki. baik sgt...sampaikan mase ryn bersalin, dia yang amik cuti 4 hari nak tengok ryn. hahah. kelaka. syg sgt dgn die. tp sedih bile tgk die da pts tng...

    ReplyDelete
  13. hi,mEiZ SHA,bagus gak komentar..tu ?
    ..carilah.. kemanisan dlm hidup ini ! utk diingati

    #maaf yer...mEiZ SHA ( kalau boleh panggil jer...dmx / ustaz tu..tlalu janggal laaa..huhuhuk

    ReplyDelete
  14. wahh bestnyer...:)
    rajin n baeknyer dia kak....

    bukan senang nak dpt kwn mcm tu kan?
    hehehe

    ReplyDelete
  15. ye dmx..;)
    sedang mencari kemanisan dlm idup...:)

    ReplyDelete
  16. ahaii susah jugak kan. isk2.. rasanya ke 3'3 kategori ada lam hidup kita.. cuma yg facade tu kita tak dapat nak bezakan dgn kawan2 biasa.. alahaii tp mst sakit kan kalau jd facade ni..waaa

    ReplyDelete
  17. kawan? emm berat ke mustahil gua rasa..

    ReplyDelete
  18. memang matang lelaki ini..tapi hal remeh temeh ini dia tak suka nak layan!!!!!

    ReplyDelete
  19. eyena:

    yup dear..the facade mmg susah sket...ibarat LUAH MATI MAK DITELAN MATI BAPA..kan?

    ;p

    ReplyDelete
  20. apei:

    benada xkan jd berat selagi kite tau mana nak draw the line bro!!!

    ibu umairah:
    betul tu!!!
    :)

    ReplyDelete
  21. amoi:
    thanks beb...;)
    berat gak laa nak buat pilihan kan?
    ;p

    ReplyDelete
  22. hehehe~

    bleh je kak~

    aku ramai kawan lelaki juga, tapi hati tak berdetik untuk cinta pun~

    ReplyDelete

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَ‌جِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا