di batasan hati yang rongak
di birai hening mendung berarak
rawan, resah panjang lebar
berlekuk-lekuk tiada sudah
berliku-liku tiada noktah
apa yang hati tertanya
tiada bibir yang mampu menjawabnya
begitu juga dengan jiwa
kerana rasa takpernah ada
untuk kasih dan cinta
mungkin lelangit masih muda
ataukah juga daratan jiwa yang enggan melakar mesra
palung rindu tak pernah terisi
kerana tiada getar yang mengiringi
rimba jiwa masih tebal
hingga tiada keberanian untuk menyelusuri
takut sesat di hujung rasa
namun bila ada saatnya
tatkala semua wujud mula
tatkala kesuma kuat meronta
tatkala hati membuat angkara
melangkah lamunan membilang bahagia
detik itu apa maknanya?
di birai hening mendung berarak
rawan, resah panjang lebar
berlekuk-lekuk tiada sudah
berliku-liku tiada noktah
apa yang hati tertanya
tiada bibir yang mampu menjawabnya
begitu juga dengan jiwa
kerana rasa takpernah ada
untuk kasih dan cinta
mungkin lelangit masih muda
ataukah juga daratan jiwa yang enggan melakar mesra
palung rindu tak pernah terisi
kerana tiada getar yang mengiringi
rimba jiwa masih tebal
hingga tiada keberanian untuk menyelusuri
takut sesat di hujung rasa
namun bila ada saatnya
tatkala semua wujud mula
tatkala kesuma kuat meronta
tatkala hati membuat angkara
melangkah lamunan membilang bahagia
detik itu apa maknanya?
detik itu maknenye ????? ehehhe . kite pon tak tahu laaa
ReplyDeletesedang membilang hari ye. nak ucap tahniah awal2 lah,. hihi
ReplyDeletemenghitung hari..detik demi detik....bla..bla..bla..hehehehe
ReplyDelete