Buat SuAmI..

When we first met, I fell in love with you. I knew right then you were the only one for me. As time goes by, our love grows stronger still. You're the most amazing man I ever knew. The place I want to be is close to you. There’s ecstasy and peace in your embrace. I know that I can cope with what life brings as long as I wake up to see your face.Thank you my treasured and cherished love. Your loving and caring have made our marriage a blissful adventure of two! Thanks Love.

together forever til jannah

Daisypath Anniversary tickers

♥SoPhea AdriANNa♥

Lilypie Third Birthday tickers

♥sOpHEA aLEESya♥

Lilypie Second Birthday tickers
bila tiada yang baik untuk diucapkan.
maka diamlah.
itu lebih baik dari bicara yang sia-sia.

sama seperti berbicara,
bila tiada yang bermanfaat dan berfaedah untuk ditulis dan dikongsikan,
maka diamkanlah jemarimu.
sepi dari catatan.
itu lebih baik daripada menulis perkara yang sia-sia.

Wednesday, December 3, 2008

oraNG-OraNG TerASinG


DIA telah berusaha melakukan yang terbaik dalam hidupnya, untuk memenangi segala kepercayaan dan keyakinan orang terhadap dirinya, selepas merasakan kehadiran dan hidupnya menjadi musuh, dan perkara ini jelas saban waktu.

Tidak, dia tidak pernah mahu menjadi musuh sesiapa pun, dan andai inilah hidup yang dipilih, dia tidak pernah bermaksud mahu melukakan atau mengecewakan sesiapa, dan hakikatnya, sesuatu yang tidak pernah dikehendaki sudah berlaku dan menguasai kehidupan.

Bagaimana dia mahu orang mempercayai dan kemudian menerimanya dengan sebaik mungkin, tanpa sebarang prasangka atau rasa tidak percaya, ini bukanlah suatu ketakjuban perasaan, hakikatnya dia terjerat dalam pilihannya sendiri.

Dan kemudian dia terpaksa melalui proses perbicaraan mulut orang yang tiba-tiba seperti tidak menyenangi perbuatan dan pilihan, dan mempercayai bahawa dia tidak pernah ikhlas atau jujur.

Dia dianggap manusia paling hipokrit dan tidak memberi sebarang faedah kepada hidup sesiapa pun, hatta hidupnya sendiri dan jadilah dia seorang musuh kepada sesiapa pun manusia lain.

Dia menyedari ini bukanlah masa untuk menyesal atau kecewa dengan sesiapa pun, bahawa dia sudah bertarung berdepan dengan segala rusuh dan kata-kata yang menjadikan dia nista dan cerca.

Bukankah itu tidak mampu dia hadapi dengan perasaan seorang manusia waras dan hanya kekecewaan yang kini sering mengganggu, selepas merasakan seluruh kekuatan dan keyakinan sengaja dibunuh untuk menyeksa jiwa dan perasaan.

Tidak, dia tidak mahu merayu atau menagih sesiapa pun, sekadar mahu diberikan ruang untuk merasai kebebasan dan ketenangan, kebebasan membuat pilihan dan ketenangan melalui hidup yang dipilih.

Apakah ini makna keadilan dan sebenarnya, keadilan tidak pernah menjadi hak untuk orang sepertinya, juga orang lain yang memilih cara hidup sepertinya, biarpun mereka memilih dengan pilihan sebenar-benar pilihan tanpa sebab atau alasan lain yang tersembunyi.

Ramai yang tidak mempedulikan apakah nasib orang sepertinya, harus dipeduli atau dilayan, atau setiap aduan hanya kata-kata rungutan, kata-kata yang hanya mahu menagih simpati atau mencari kesempatan.

Simpati atau kesempatan apakah yang dia mahu cari atau rampas daripada sesiapa pun, dia sering menyoal dirinya selepas berdepan dengan kebuntuan bahawa dia manusia yang hidup mencari ruang kelemahan untuk kepentingan sendiri.

Manusia oportunis, fikirnya, apakah dia manusia golongan itu yang menjaja cinta dan perasaannya dan menjadikan pegangan dan kepercayaan sebagai tukaran, dan ia dilakukan dengan amat mudah sekali.

Bukankah itu suatu penipuan yang berterus-terang, penipuan paling culas tanpa berasa segan dengan segala pun, dan tentunya orang yang melakukan penipuan paling dahsyat itu dirinya, dia menyedari tanggapan tu mengenai dirinya tanpa berjaya menentang atau mengubahnya.

Hidup ini memang menjadikan manusia sepertinya berada dalam keadaan jera, amat jera dan bagaikan suatu magma panas menggelegak dalam fikiran, menyebabkan dia hampir menjerit dan meracau bahawa dia tidak dilayan secara baik.

Dia mengiystiharkan bahawa dia tidak pernah mengharapkan pengiktirafan atau puji-pujian selama ini, juga tidak mahu atas kata nista atau cacian yang meletakkan dirinya amat hina.

Selama ini dia tidak pernah membayangkan bahawa tindakannya akan menjadikan dirinya begini, dan selepas dia bertarung memerangi persepsi buruk dan prasangka, selepas dia mengandaikan segala bentuk kecaman dan tohmahan sudah berakhir, ia tidak seperti yang dijangka atau diharap.

Bagaimana dia mahu membebaskan diri daripada semua itu, atau dia semakin terjerumus dalam perang perasaan dan kini harus bergelut untuk melepaskan diri daripada tanggapan abadi bahawa dirinya orang yang paling tidak jujur.

Alangkah kecewanya dia apabila menyedrai bahawa hidupnya harus menjadi begini dan selepas berusaha masih tidak dapat mengubah, seolah-olah hambatan yang menimpanya amat besar.

Ini suatu perang terbuka, fikirnya, dan tidak ada sesiapa pun yang mahu mempedulikan nasibnya, sama ada dia akan tersungkur dan bangun atau dia terus tersungkur untuk tidak berdaya bangkit, sudah tidak menjadi persoalan orang lain.

Kini dia harus menanggung semuanya, menjadi beban abadi hidup, seolah-olah menjadi sumpahan yang harus ditanggung, dan merasakan segala perjuangannya selama ini bagaikan Sisyphus dengan batunya.

Dia telah melakukan terbaik selama ini, untuk membetulkan kesilapan yang dilakukan, membetulkan niat dan mahu menjadi yang terbaik dan semuanya dilakukan atas nama tanggungjawab, dan bukannya untuk memenangi hati atau perasaan sesiapa pun.

Ini kesedarannya sendiri selepas merasakan bahawa kesilapan lalu perlu diperbetulkan, dan hati perlu dijernihkan demi untuk menjadi sebaik-baik umat, tidak untuk menagih pujian.

“Aku hanya mahu dibiarkan sendirian dengan pilihan dan tidak akan mengganggu sesiapa pun,” katanya, dengan nada sedih dan menyatakan sekali lagi, dia tidak mahu disamakan dengan orang lain yang dianggap petualang atau pendusta.

Dia menegaskan, dirinya bukan orang lain, dan jika dia mempunyai fikiran yang sama dengan manusia dianggap petualang, itu suatu masa dulu yang bagi dirinya sudah menjadi sejarah.

Baginya, masa lalu itu tidak ada kaitan dengan hidupnya hari ini, dan dia sudah lama melupakannya demi membebaskan diri daripada kesilapan dan kesalahan, meluruskan segala arah fikiran yang bengkok atau terkait.

Katanya, dia mahu menumpukan hidupnya kepada tanggungjawab baru yang ditemui, kesedaran dan harapan masa depannya, suatu yang tidak dibayangi oleh pandangan serong dan tidak benar.

Memang, dia akui kehidupan kini menjadikan dia berasa amat terjera dan kadang-kadang meragut kesabaran dan ketahanannya, dan amat berharap dapat dibebaskan suatu masa nanti.

Dia manusia merdeka dan mahu melalui hidup ini selayaknya, tidak dibebani pelbagai persoalan dan masalah yang dibangkit dan diungkit oleh orang lain secara tidak benar dan penuh dengan penipuan dan kejelikan.

Secara tegas dia mahu menyatakan, andai dia melakukan petualangan dan pendustaan, maka segala hukuman akan ditimpakan ke atas dirinya, dan tidak ada sebab orang lain terlalu prihatin dan peduli.

Ini hidupnya, segala inspirasi dan aspirasi untuk menjulang hasrat hidup dan kemahuan, segala-gala yang pernah dicita-citakan, bukan untuk tukaran atau menunjuk-nunjuk kepada sesiapa. Dia letih dengan sikap orang yang kononnya terlalu peduli dan amat prihatin. Dia mahu bebas daripada kebencian manusia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَ‌جِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا