terlafaz lancar sebuah akad,
setulus hati mahar di beri,
terangkat sudah segala penyekat,
diriku kini kau miliki.
air mata ibuku berguguran,
ayahku sebak melepaskan,
puterinya kini kau jagakan.
Suamiku,
jika diriku diterima kerana kelebihan,
kau kan kecewa bila terlihat kekurangan,
jika diriku diterima kerana kecantikan,
kau kan bosan bila ia beransur hilang.
jelaskanlah niat dan matlamat,
menerimaku kerana agama,baru hidup beroleh berkat,
bahagia hingga ke syurga.
ketahuilah suamiku,
kaulah pemilik cintaku,
setelah Allah dan Rasul,
suluhkanlah buatku,
jalan menuju yang satu.
hadiah mahal terbilang,
bahtera penyelamat yang utuh,
gelombang yang karang,
tak mampu meruntuh.
Suamiku,
kita dua insan berbeza,
cita dan cinta yang sama,
jadilah dirimu yang sebenarnya,
terimalah diriku seadanya.
asam garam rumah tangga,
khilaf dan salah pasti ada,
sama0samalah berlapang dada,
pemula maaf paling mulia.
Suamiku,
menang bukan bererti benar,
kalah bukan bererti salah,
dalam berdebat, hormat memagar,
tawadukmu budi terindah.
Suamiku,
berjanjilah padaku,
dengan kemuliaan dirimu,
kenalkan aku dan generasiku,
pada kemuliaan PenciptaMu.
salam sayang,
isteri mu
semoga bahagia sentiasa bersama kamu berdua
ReplyDeleteSEMOGA BERBAGAGIA UNTUK SELAMANYA..
ReplyDeleteawak...
ReplyDeletesweetnyer...
sungguh mendalam..
doakan kebahgiaan awak dan dia hingga ke syurga..
Kak Ninie ;)..
ReplyDeleteSelamat Pengantin Baru, kT doakan akak dan suami akan berbahagia dunia dan akhirat..amin..
So sweet puisi kak ninie..terharu kT bace..(^_^)V
tahniahhhh, ninie..
ReplyDeletealhamdulillah...dh jadi isteri kepada seorang suami yg dicintai oleh mu dan menyintai dirimu..
semoga terus berbahagia berkekalan dunia dan akhirat..
cantikkkkk sgt ninie masa hari nikah tu. berseri2..
terharu bace . uhuhuh . tahniah sis . moge kekal hingga ke akhir hayat . aminn~ :)
ReplyDelete