Buat SuAmI..

When we first met, I fell in love with you. I knew right then you were the only one for me. As time goes by, our love grows stronger still. You're the most amazing man I ever knew. The place I want to be is close to you. There’s ecstasy and peace in your embrace. I know that I can cope with what life brings as long as I wake up to see your face.Thank you my treasured and cherished love. Your loving and caring have made our marriage a blissful adventure of two! Thanks Love.

together forever til jannah

Daisypath Anniversary tickers

♥SoPhea AdriANNa♥

Lilypie Third Birthday tickers

♥sOpHEA aLEESya♥

Lilypie Second Birthday tickers
bila tiada yang baik untuk diucapkan.
maka diamlah.
itu lebih baik dari bicara yang sia-sia.

sama seperti berbicara,
bila tiada yang bermanfaat dan berfaedah untuk ditulis dan dikongsikan,
maka diamkanlah jemarimu.
sepi dari catatan.
itu lebih baik daripada menulis perkara yang sia-sia.

Tuesday, June 2, 2009

NeVer AbOvE yOU..nEvER bEloW yOU..ALwAYs BesIdeS YoU


assalamu’alaikum.

hari ini..tarikh ini aku mula menulis disini..segalanya aku coretkan di atas kanvas ini...lagu idupku??cerita hatiku??segalanya di sini...kepada teman2 blogger..terima kasih atas kunjungan dan kesudian kalian melewati penulisanku..alhamdulillah aku masih tegar di sini..meniti hari2 yang pasti..mencoretkan kata dari hati...

kata2 ini menjadi tarikanku untuk berada di sini setahun yang lalu..menyertai kalian2 shabatku dalam melayari hidup2 mu...“….. Ketika menulis, saya tidak berpikir apakah tulisan saya akan diterbitkan atau tidak; ketika akan diterbitkan pun, saya tidak berpikir apakah ada yang mau membaca atau tidak. Bahkan saya tidak berpikir apakah tulisan saya pantas atau tidak disebut puisi. Biar semua itu orang yang memikirkannya. Tugas saya hanya menuliskan apa yang ingin saya tulis”.

Menulis mengikut gerak hati. Menulis mengatur emosi. Menulis menterjemahkan perilaku dan peribadi. Entah. Apabila ditanya mengapa menulis, aku akan terdiam, mencari jawapan. Ingin berdakwah? Tidak. Belum cukup sempurna untuk itu. Namun, kalau sempurna yang dicari, sampai bila-bila pun tidak akan ditemui “kesempurnaan” itu. Makin diri belajar, belajar dan belajar, kita akan jadi makhluk paling bodoh. Ilmu itu tidak terbatas, kalau diibaratkan ilmu itu dari A sampai Z, setitis daripada dakwat pen untuk membentuk huruf A belum aku guna sehabis-habisnya.

Aku mencari jawapan lagi…Ingin berkongsi pengalaman hidup? Setiap orang wajar dan perlu ada kisah hidupnya sendiri. Tidak perlu ditiru atau dikongsi, kerana pengalaman itu tersendiri. Pengalaman itu memberikan erti pada diri seseorang mengikut kehendak dan keperluan peribadinya. Teringat satu kata-kata ini, yang pernah dibisikkan ke telingaku suatu saat dulu, “setiap orang ada 1 kisah cintanya sendiri. tidak perlu meniru atau ditiru sesiapa.” Menarik. Kalau disesuaikan dengan apa yang aku sedang persoalkan saat ini, “Setiap orang ada pengalamannya sendiri. Tidak perlu ditiru atau meniru sesiapa.” Itulah keunikan manusia yang Allah cipta, berbeza-beza ragam dan keletahnya. Subhanallah. Kita unik, bukan?

Harusnya, kerana apa aku menulis? Mengoreksi diri dan peribadi. Wah, ala-ala jawapan seorang ahli psikologi yang hebat. Konon hebat. Bukankah mengenal diri dan peribadi itu boleh di mana-mana, tanpa perlu ditonjolkan pada sesiapa? Mengapa perlu diterjemahkan di sini melalui tulisan, dan dipertonton di khalayak ramai? Bukankan tulisan itu kadangkala mencerminkan peribadi?
Makin dalam aku menulis, makin terserlah keperibadianku. Makin banyak keaiban diri yang Allah sembunyikan terserlah di mata orang ramai? Jadi, kenapa ya aku menulis?
Entah. Menulis mengikut rentak kata hati, menulis dengan emosi dan perasaan. Menulis bukan kerana apa-apa, bukan kerana sesiapa. Bukan kerana ingin dikatakan hebat, bukan ingin menayangkan segala aib diri. Menulis kerana aku ingin menulis. Menulis kerana hati meminta aku menulis. Aku memperoleh sesuatu ketika aku menulis. Namun, syaratnya, tulislah dengan HATI.


Fakta yang aku peroleh sepanjang pengalaman aku menconteng blog ini:
“tulislah dengan hati.kalau tidak mampu, belajarlah untuk tulis dengan hati. fahamlah dengan hati. bacalah dengan hati. lihatlah dengan mata hati. di hati itu, bertapaknya segala macam hal yang tidak akan pernah mampu disingkap oleh sesiapa. kadang-kadang diri sendiri tidak mampu untuk memahami kata hati sendiri."

tulisan yang dipamerkan dan ditulis mengikut rentak kata hati, mampu mencerminkan STATUS HATI dan IMAN saat itu. tulisan mampu mempamerkan emosi anda saat itu. tulisan mampu mencerminkan anda siapa dan bagaimana saat itu, hanya kalau tulisan itu dijana melalui akal dari hati. tulisan mampu menterjemahkan ANDA SIAPA? tulisan mampu menyerlah keegoan, kesombongan, kejahilan, keperibadian anda! jadikan pembaca sebagai cermin untuk anda menilai peribadi sendiri.

TULISAN itu kadangkala sepenuhnya datan dari hatiku. di hatiku itu letaknya BEKALAN KEPERCAYAAN yakni IMANku. sejauh mana tulisan itu mampu menggerakkan hati PEMBACA, itulah STATUS dan UKURAN nilai imanku. anda adalah cerminku, untuk aku menilai diriku yang kadangkala hanyut dan leka. aku belajar untuk menulis dengan hati untuk memahami diriku, mengubah dan memperbaiki dari satu saat ke saat yang lain..”
belajarlah untuk MENULIS dengan HATI untuk mengenal diri, mengubah dan memperbaikinya.

Diriwayatkan daripada An-Nu’man bin Basyir, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya: “Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak, rosak pulalah seluruh badan, Ingatlah ia adalah hati”.(Riwayat Bukhari dan Muslim)
fahamkah? bacalah dengan HATI ! =)
wassalam.

6 comments:

  1. sangat kagum ngan penulisan dlm blog ni tau.. nak dicomparekan ngan blog i tu hihi

    ReplyDelete
  2. mekaseh kak...
    xder ape laa..kadang2 apa yg di tulis tu juz untuk peringatan pada diri sendiri jer kak..ihiihi

    ReplyDelete
  3. baca dengan hati dan niat yg elok itu juga penting :D

    ReplyDelete
  4. yup belle....

    bacalah dengan hati.;)
    mulakan dengan bismillah bukan caci maki dan mempersendakan orang lain..........

    di balik kata itu terserlah keperibadian kamu....;)..kebodohan dan kehinaan dalam satu..

    ketidak puasaan hati..yang akhirnya mengHITAMkan hati itu sendiri...

    ReplyDelete
  5. salam ninie..
    selamat ulangtahun utk blog ninie..

    ReplyDelete
  6. thnaks kak atty.;)
    x sangka da setahun jagung rupenyer saya disini.....

    dapat punya kakak macam kak atty, kak yati dan mereka semua.;p

    ReplyDelete

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَ‌جِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا